Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Rahsia nombor 19
- kamalia
- 16 years ago
- 7,924
Kitab suci umat Islam, Al-Quran bukan sahaja mengandungi keindahan dan kesempurnaan dari sudut bahasanya, tetapi juga telah berjaya membuatkan para saintis dan pengkaji-pengkaji seluruh dunia terkejut dan terpegun dengan keajaibannya dari sudut ilmiah.
Seorang sarjana pertanian Mesir, Rashad Khalifa telah menemukan satu kod Matematik yang mengandungi rahsia Al-Quran yang tidak terungkap berabad-abad lamanya. Setelah melakukan kajian dan penyelidikan selama bertahun-tahun dengan bantuan komputer, beliau membuktikan surah serta ayat-ayat di dalam Al-Quran mempunyai gandaan angka 19. Penemuannya itu adalah inspirasi setelah melakukan penafsiran dari surah Al-Muddatstir, ayat 30-31:
Firman Allah yang bermaksud: "Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga). Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab dan orang-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?". Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia".
Profesor Dr. Hamka di dalam bukunya, Tafsir Al-Azhar menyatakan bahawa orang-orang kafir, terutamanya Abu Jahal mengejek Baginda apabila mendengar ayat tersebut. Orang-orang kafir menyangka penjaga neraka hanya ada sembilan belas. Ia sebenarnya adalah perumpamaan dari Allah S.W.T. yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Berikut adalah beberapa penemuan Rashad Khalifa pada 1976 dan didedahkan pada umum di Pameran Islam Sedunia di London:
1) Apa yang diketahui bahawa setiap surah di dalam Al-Quran sentiasa dimulai dengan bacaan "Bismillahirrahmanirrahim". Bacaan tersebut terdiri daripada 19 huruf atau 19 X 1 (di dalam bahasa Arab).
2) Bacaan "Bismilah" terdiri daripada beberapa kelompok kata: Ismi, Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahiim. Hasil kajian menunjukkan jumlah masing-masing setiap kata-kata tersebut di dalam Al-Quran sentiasa merupakan gandaan 19.
(i) Jumlah kata 'Ismi' di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 19 kali (atau 19 X 1).
(ii) Jumlah kata 'Allah' di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 2, 698 kali (atau 19 X 142).
(iii) Jumlah kata 'Ar-Rahman' di dalam Al-Quran telah dijumpai sebanyak 57 kali (atau 19 X 3).
(iv) Jumlah kata 'Ar-Rahiim' di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 114 kali (atau 19 X 6).
Mengikut beliau, apabila faktor pendarabannya dijumlahkan maka terhasil jawapan yang merupakan gandaan 19 juga: 1 142 3 6 = 152 (atau boleh disebut di dalam 19 X 8).
3) Jumlah keseluruhan surah-surah di dalam Al-Quran berjumlah 114 surah iaitu bersamaan dengan 19 X 6.
4) Bacaan "Basmallah" di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 114 (19 X 6), iaitu sebanyak 113 kali ditemukan sebagai pembuka surah kecuali surah yang ke-9 (At-Taubah), manakala sebuah lagi ditemui pada surah yang ke 27 (An-Naml), ayat yang ke-30.
Surah yang ke-9 tidak dimulai dengan bacaan "Basmallah" kerana isinya merupakan ayat-ayat perang. Dalam surah ke-9 ini kebanyakan isi bicaranya adalah tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin kerana pengkhianatan mereka. Bagi surah yang ke-27 terdapat kisah mengenai penyerahan diri Ratu Balqis oleh Nabi Sulaiman a.s.