Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
ulasan baca: Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara
- aizattarmz
- 16 years ago
- 1,261
Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara
Syed Husin Ali
Penerbit Insan, Kuala Lumpur
Cetakan pertama 1996, Cetakan keempat 1998
Tiga
hari lepas, dua hari aku ke kampung halaman mama. Ada urusan penting.
Hal warisan keluarga. Seperti biasa, apabila ke sana, aku dan mama akan
bermalam di rumah makcik, Che' Ha (kakak kepada mama); seperti biasa
juga setelah siap berkemas dan memunggah barang-barang dan beg keluar
dari kereta ke dalam rumah, aku akan terus meluru masuk ke bilik yang
biasa aku tidur setiap kali aku beraya di Kuala Terengganu, dan terus
mengadap perpustakaan kecil tinggalan arwah pakcik, Ayah Di (abang ipar
mama) - al-fatihah, semoga
rohnya dicucuri rahmat Allah; aku tidak ada pada hari pengkebumian
arwah kerana belajar. Dahulu, ulang tayang waktu aku budak kecil, bilik
ini adalah bilik rujukan mencari stuff rock n roll - kaset-kaset heavy metal dan
jeans ketat tinggalan sepupu aku (bilik lelaki anak arwah Ayah Di).
Pada hayatnya, arwah pakcik aku berjasa sebagai seorang guru sekolah
menengah yang tegas. Beliau banyak meninggalkan buku-buku lama dan
buku-buku ini masih tersimpan dan tersusun-semat di rak buku di dalam
bilik ini. Tapi sayangnya, tiada siapa baca kecuali aku. Nampaknya,
arwah masih berjasa lagi.
Banyak
buku yang telah aku ambil pinjam bawa pulang dan banyak lagi yang akan
aku pinjam lagi. Dalam banyak-banyak buku aku keluarkan dari rak, aku
tertarik pada buku Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara; hasil tulisan dan pengalaman Dr. Syed Husin Ali sepanjang beliau di dalam tahanan kem Kamunting, Perak; sekitar tahun 1974-1980 di bawah akta
ISA. Pada mulanya, aku baca secara sambil lewa, hanya untuk dijadikan
modal tidur setelah penat memandu pecut selama 6 jam tanpa henti dan
tanpa tidur sebelumnya. Tapi apabila habis satu bab, aku baca lagi bab
seterusnya. Kisahnya amat mendebarkan, mencabar, mengharukan dan sangat
memberi inspirasi. Seperti selalu, apabila aku mula teruja melakukan
sesuatu, aku takkan berhenti.
Jadinya,
aku tak tidur malam itu sehingga ke pagi. Aku habiskan pembacaan
sehingga ayat terakhir malam itu juga. Awal paginya, aku tahu juga
kenapa judul buku ini dinamakan dua wajah. Buku ini sangat memberi
perangsang dan semangat kepada aku secara spiritual, mental dan fizikal
untuk mengharungi kehidupan yang menggila kelak.
Salah satu sebab kuat untuk memansuhkan ISA.
Musik:
1. The Doors - Morrison Hotel
2. 80s HardcorePunk Bands - American Youth Report Compilation.
3. Pink Floyd - The Echoes Album
Kredit gambar: just observation.
aizattarmizi, 5.30 pagi, 24 julai 08, bilik.