Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

HDR menggunakan photoshop

 

 

Sebelum ni saya pernah menulis tutorial HDR menggunakan photoscape.
Bagi anda yang sudah dalam tahap 'advance' dan merasakan photoscape hanya mainan kanak-kanak tadika,
saya berikan pilihan kedua (yang lebih menarik hasilnya) menggunakan PS.

Ini juga sebagai nota ingatan untuk diri saya sendiri.


1. Buka gambar dalam photoshop.

2. Di ruangan 'layer', Tekan ctrl+j (untuk duplicate gambar)

3. Pergi ke image-> adjustments-> shadow/highlight

4. Masukkan nilai di bawah;

 

shadows amount:50%, tonal width 45%, radius 44px

High-light amount 67%, tonal width 65%, radius 46px

 

 

5. Tekan ctrl+j untuk menduakan layer.

6. Tetapkan layer baru pada color dodge.

7. Tekan ctrl+j lagi.

8. Tetapkan layer baru pada linear burn

9. Pilih warna hitam untuk foreground color.

10.Pergi ke Select -> color range. Masukkan nilai 100.

11.Klik butang mask pada bawah tetingkap layer.

12.Klik pada layer mask tersebut dan kurangkan noise dengan aplikasi gaussian blur.

13.Tekan ctrl+j.

14.Tetapkan layer baru pada overlay.

15.Klik layer mask dan tekan ctrl+i (untuk invert)

 

Akhir sekali, kurangkan opacity pada layer-layer anda hingga mencapai imej yang anda inginkan.



Contoh gambar sebelum dan selepas.

(Gambar diambil menggunakan kamera kompak biasa, bukan dslr)



Sebelum






Selepas


Selamat mencuba!


 

 

Baca perbualan