Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Si Cantik Cempaka
- kamalia
- 14 years ago
- 5,584
Kredit gambar: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Assalammualaikum…
Entri ini sebenarnya adalah entri promosi. Jangan risau kerana ianya tidak panjang. Sederhana pendek sahaja.
Saya ingin menjemput warga Kapasitor untuk memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini yang bermula pada 22 April 2011 di PWTC. Kalau sudah namanya pesta buku, tentulah ia menjadi tempat berkumpulnya berpuluh-puluh ribu buah buku sepanjang pesta berlangsung, kan?
Namun di sebalik kemeriahan berpuluh-puluh ribu buah buku yang menghadiri pesta tersebut, aka nada terselit sebuah judul buku kecil. (dan tentunya ia tidak dijual sebuah saja) . Buku tersebut tanpa rasa segan silu mahu memeriahkan pesta buku yang bakal berlangsung nanti. Apa yang menariknya, ini merupakan kemunculan julung kalinya si buku itu ke pesta tersebut nanti dan tentunya menjadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakannya.
Buku kecil ini didedikasikan khas untuk kanak-kanak dan ditujukan secara umum untuk semua golongan. Buku ini akan membawa pembaca menelusuri satu kisah yang tak akan lapuk dek zaman, iaitu tentang kecantikan. Sehingga ke saat ini, soal kecantikan terus-terusan menjadi perdebatan di kalangan manusia. Mana satu lebih penting, kecantikan luaran atau kecantikan dalaman? Atau adakah kita perlu kedua-duanya sekali?
Buku ini bukanlah mahu merungkai persoalan tersebut. Buku ini hanya berkongsi secebis kisah tentang kecantikan yang selalu diagungkan oleh manusia (walaupun ada sesetengahnya yang berpura-pura menafikan kewujudan kecantikan). Antara manusia, kecantikan serta keindahan tidak boleh dipisahkan kerana manusia adalah pusat pada keindahan dan kecantikan tersebut.
Buku tersebut bolehlah didapati di booth Jemari Seni di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.
Untuk sinopsis lanjut boleh rujuk di sini (siap promote Kapasitor tu. Tak ku sangka!)
Terima kasih daun keladi :)