Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sepetang Bersama Churchill

 

“Haram jadah!”

Churchill tepukkan kedua belah tapak tangannya ke muka meja. Dua biji gelas, setiap satunya berisi air teh ais berkocak sebentar. Pembantu peribadinya kelam kabut meminta diri, khuatir ditembak barangkali.

Aku nyalakan Surya sebatang. Tembakau dan nyalaan api mancis yang bersatu menyebabkan ianya berbunyi kemeretek. Perlahan-lahan asap wangi yang berbau kayu manis mengepul di udara.

“Lu sebagai salah seorang pemimpin yang berkuasa sepatutnya menghentikan, Churchill.”

Churchill memandang aku dengan pandangan mata syaitan, kemudian dia mengalihkan pandangannya ke sebalik pagar, kepada sepasukan askar yang sedang menjalani rutin kawad. Churchill diam.

“Lu tengok askar-askar tu, lu ingat semuanya lahir tak berkeluarga? Lu pernah jadi wartawan, sepatutnya lu lagi faham akibat perang.”

Churchill meneguk air teh ais yang gelasnya sudah berpeluh. Kemudian dia berkata, “Pengecut macam kamu ‘ja yang takut mati.”

Aku cuma tersenyum. Faham benar aku pada lelaki yang di dadanya penuh dengan lambang-lambang kuasa ini.

“Lu lupa pendaratan Gallipolli, hah Churchill si penyembelih? Ha ha.”

Churchill nampak tidak senang dengan provokasi aku. “Kalau bukan pasal kita ini sahabat, sudah lama peluru ini aku sumbatkan dalam otak kau!”

Di langit, lima buah jet pejuang meluncur laju memutuskan silaturrahim awan-awan. Di belakangnya mengekori lima buah lagi jet pejuang dan lima buah lagi dan begitulah seterusnya, entah berapa puluh, bahkan mungkin beribu jet pejuang yang sedang terkorban dalam propagandanya.

“Apa yang pembantu lu sampaikan tadi, Churchill? Sampai mencarut-carut lu dibuatnya.”

“Hitler.”

“Apa pula yang dibuatnya kali ini?”

Churchill menghela nafas panjang. Dia cuba untuk bertenang mungkin. “Bukan semua perkara aku boleh kongsikan dengan kamu.”

Aku menyedut Surya dalam-dalam. Sedutan yang terakhir. Selepas ini aku akan hilang perlahan-lahan seperti asap Surya. Seperti tulisan pensel yang dipadam dengan pemadam.

Petang ini bukan petang yang biasa. Winston Churchill, wartawan yang aku kenal itu sudah mati. Yang duduk di dalam tubuhnya itu syaitan. Syaitan yang mencadangkan penggunaan mesingan kepada pemogok-pemogok lombong.

“Aku minta diri, sahabat. Pentas itu memerlukan aku sekarang. Sampai jumpa lagi nanti.” Kata-kata terakhir Churchill meninggalkan aku bersama puntung-puntung suria dan dua biji gelas yang sebentar tadi berisi air teh ais.

Churchill berjalan dan perlahan-lahan tubuhnya hilang dari pandangan. “Selepas berpuluh tahun, masih gua tak tahu apa yang lu fikirkan, Churchill.” Monolog aku sendirian.

Aku keluarkan sebatang lagi Surya. Tembakau dan nyalaan api mancis yang bersatu menyebabkan ianya berbunyi kemeretek. Perlahan-lahan asap wangi yang berbau kayu manis mengepul di udara. Sekali lagi.

Di corong pembesar suara, kedengaran suaranya begitu gah memberi ucapan.

Be Ye Men of Valour!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Klasik

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) what we got here, is a failure of communications
  • 2) opss! to communicate!

  • (Penulis)
    3) 'a solemn hour' yeah mari berperang.. ha ha
  • 4) indifferent is a very repulsive thing,

  • (Penulis)
    5) ya, orang-orang berpangkat selalunya ada tabiat acuh tak acuh itu, ha ha
  • 6) hehe, tulisan begini aku suka. ada ciri-ciri nak asimilate or redefine sejarah.

    kalau kau panjangkan lebih sikit, dan letak sikit klimaks atau lanjutan/konsikuen pasca plot ni, lagi menarik.

  • (Penulis)
    7) akan aku usahakan caha, tengs bro
  • 8) mula-mula baca, agak kurang faham. dua kali baca, samar-samar. tiga kali baca, baru nampak motifnya. aish, macam mana boleh lambat hadam ni. mungkin kurang gemar subjek sejarah kot. hehehe...


  • (Penulis)
    9) aku dalam pelan nak besarkan lagi story ni ridh, kekekekeke
  • 10) Aku bayangkan Brad Wills hisap surya.

  • (Penulis)
    11) wahyu, 27 Oktober hari aku lahir dan hari Brad Will mati ditembak, ha ha
  • 12) kalau klasik tu memang kene hal2 sejarah ek? bukan gaya bahasa ke apa? saje je curious
  • 13) lunaluni: hehe, sepatutnya klasik bermaksud tulisan klasik. tapi tak apalah hihi.

  • (Penulis)
    14) ya, caha sudah jelaskan.

    klasik menurut kamus dewan ialah mempunyai sifat-sifat yg lama atau yg tidak dipakai lagi.

    dan untuk lebih merumitkan lagi keadaan, tulisan klasik adalah susunan ayat bahasa melayu lama yang membuatkan kita terpaksa membacanya sehingga berulang kali dan juga penggunaan perkataan-perkataan arkaik yang kebanyakannya sudah pupus. selain ejaan-ejaan yang mengelirukan. jadi untuk membaca naskhah melayu klasik pada zaman berteknologi begini memerlukan minat yang mendalam pada bahasa melayu lama.

    tulisan aku ini bukan tulisan klasik. ianya lebih kepada nostalgia.
  • 15) alamak. kena baca 10x lagi utk fahamkan cerita ni. atau mungkin patut simbah clorox sj pada otak yg dah semakin berkarat?

  • (Penulis)
    16) haha, tidak perlulah simbah clorox. kau cuma perlu lihat pada sejarah sahaja. aku cuba tarik sedikit personaliti winston churchill ke hadapan, churchill antara pemimpin perang dunia ke-2, dan cerita ini cuma fiksyen tentang churchill daripada apa yang aku fikirkan tentang dia. terima kasih baca
  • 17) saya paling suka pembantu peribadi churchill. dia org yang bijak. hehe

    sukalah stail penulisan anda.

  • (Penulis)
    18) ancalime: terima kasih

Cerpen-cerpen lain nukilan rebelliben

Read all stories by rebelliben