Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Show your support for M01S01 - Urusan Seri Paduka Baginda, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

M01S01 - Urusan Seri Paduka Baginda

  • 36
  • jojo
  • 17 years ago
  • 12,429
  • PAID

 

Surat ini dikarang pada 175 Masehi oleh seorang penulis jalanan yang berambut keras bagai dawai yang bernama Jauhari Albert bin Muzitol bin Pawakeke bin Daeng Pulot bin Daeng Selot bin Daeng Sentol. Kepada sesiapa yang menjumpai surat ini, ketahuilah bahawasanya surat ini dipenuhi dengan fatamorgana seorang lelaki yang gemar menjadikan kucing sebagai objek sepakannya. Maka, jika terbaca olehmu barang secebis dari 16 siri surat-surat yang bakal menjelang, ketahuilah bahawasanya surat-surat ini ditulis oleh 16 manusia yang berbeza dengan dimulai Jauhari Albert sebagai pembuka ceritera dan diilhamkan oleh Paduka Apun selaku penaja.

Ceritera bermula di zaman oneng-oneng yang masih belum mengenal formula pemecahan atom oleh Albert Einstein,

Arakian, tersebutlah cerita silam di zaman Firaun Remeses II yang bermaharajalela di Lembah Emas Sungai Nil. Di hulu sungai yang mencetus tamadun hedonistik silam itu, bermukimlah lima homo sapiens yang berumur awal 20-an dan tiada hubungan darah namun mengaku saudara. Yang Along bernama Daeng Fathol, yang Angah bersebut Daeng Fauzol, yang Lang berpanggil Daeng Khairol, yang Andak berjuluk Daeng Mentol dan yang bongsu bertaut Daeng Sentol. Lima bersaudara ini tiadalah diketahui orang akan dari mana asalnya kerana burung Cenderawasih yang menyampaikan cerita ini kepada Tok Selampit tiada sempat menceritakan dari mana kedatangan mereka.

Akan kelima-lima saudara ini, tersohorlah di kalangan empayar Mesir pada ketika itu kerana kepandaian mereka bidang yang tertentu. Daeng Fathol diberitakan handal berburu, Daeng Fauzol dikhabarkan hebat berlagu, Daeng Khairol dikatakan gagah (1)berbubu, Daeng Mentol dirisikkan gemar (2)berkayu dan Daeng Sentol diyakinkan pandai (3)sepatu. Hiduplah mereka dengan rajin dan usaha, tidak seperti remaja di kepulauan Nusantara yang khabarnya pada ketika itu gedik memilih kerja.

Mahu juga Tok Selampit menambah cerita, bahawasanya Firaun Remeses II itu sangat lalai dan biadap orangnya. Walaupun Yang Maha Esa memberkati empayar Mesir dengan Sungai Nil yang didalamnya terdapat banyak petunjuk bagi kaum yang berfikir, namun Firaun Remeses II itu tidak mahulah menggunakan seleblum dan serebrumnya untuk menghasilkan impuls isyarat yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang hamba kepada Yang Maha Pencipta. Mengikut heroglif yang sempat Tok Selampit baca hasil seludupan para pedangang Eropah yang gemar mencuri, Firaun Remeses II itu mengaku zuriat dari Tuhan Ra yang bererti Tuhan Matahari. Dan berdasarkan tafsiran sebiji (4)prasasti yang ditemukan di pesisir pantai pada hujung kurun ke-18 oleh pengikut Kerajaan Henry the Lion, Firaun Remeses II itu juga pernah memancung kepala seorang khadamnya serta merta hanya kerana mentertawakan celak matanya yang herot.

*****

Baca perbualan

Show your support for M01S01 - Urusan Seri Paduka Baginda, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Klasik

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) hoho.. aku harap citer ni tak terlalu berat ek? thankss... :D
  • 2) pergh. orang nak sambung ni mesti naya gile. kah kah. nice one jo. aku nak tengok camne orang lain nak turn citer ni jadi menarik lagi. hahaha. nice one. salute la bro, ko memang pandai buat aku ketawa terbahak2 kat office ni.
  • 3) dem!! nama fathol yg ada, ini yg tak puas ati ni.

    cerita berlatar belakangkan sejarah? wah~ aku hanya tahu math mod je.
  • 4) kurang hajar ni, sangat kurang hajar! hahahahahahahahahahahahaha
    ok, aku komen kemudian, ini cuma initial reaction aku. Nyi Burga Kelara punya johari!
  • 5) ok guys. aku M/C sebulan ye. dokter kata jari2 cik therain tak boleh typo bahasa klasik dgn baik. ~daaaaa~~~~
  • 6) 1: siapa pencerita sebenarnya? cenderawasih kepada tok selampit kepada jauhari albert? begitukah?

    2: 'gagah (1)berbubu', first time baca gagah berbulu. patut la tak faham.

    3: permulaan yang bagus!
    (-_-' macam mana nak sambung ni?)
  • 7) hahaha..syoknyer berpantun dipagi hari..err..burung cenderawasih ni tak ada kerja lain ke selain mendendangkan cerita pada Tok Selampit?

    adeke g pasar untuk berdendang..hahaha..nyanyi sorg2 sudeyh~~

  • (Penulis)
    8) mangifera: nyehehe.. saje nak susahkan org selepas aku so that org selepas aku akan "dera" org selepas dia dan lagi dan lagi..
    otak: alamak, lupe selit nama ko :p
    cahatomic: mana ada.. mada ada kurang ajar :p
    _theRain_: cis, keji!
    valium: begitulah
    syud: cenderawasih tak de keje

    zinggof: penulis seterusnya tak semestinya maintain genre yg aku tulis kan? kesian pulak kalo ade antara penulis2 slps ni yg tak suka genre sebegini.
  • 9) bagus bangat ini joe!!! (sib baik aku bukan org 2nd...yeaa!!)

    ade satu je perktaan yang tertinggal dalam seluruh cerita ni:

    'kerana kepandaian mereka DALAM bidang yang tertentu'.

    go go!! who's next?

  • (Penulis)
    10) fairuzar: ops, ok.. sorry2. tertinggal kata sendi tu sbb mata dah kuyu pagi tadi masa tulis citer ni. tq2
  • 11) prosa klassik dehh!!
    tak sabar nk tunggu yg next!! keep it going guyz!
    • sha
    • 17 years ago
  • 12) wow! best2... hhehehhe... whose next?

  • (Penulis)
    13) reason + paper_cat dah ready dah tu. kamon, lepas turn rea + cat ni, turn sape lak kena dera? kohkohkoh
  • 14) adinda berkata yg benar kanda jo. ape keji pulak. ahhh. akan daku sahut cabaran ini. tunggguuuuu ko caha... iyah iyah!! upss, pls viewed as morally destitute, papered over with platitudes 'bout living w(h)ell...lalalala~~~

    *time to revenge!*
  • 15) .. mak aih. ni pantun suma sumbat ni. kemon rea and eme. :P
    aku last. <<< hahahahahahaha.
  • 16) naya lah, menangis tua tgk cerita macm ni... nak golek-golek pun ada .. hahahahah
  • 17) ehem...ehem....;p
  • 18) Wah ini mmg mencabar...
    Alangkah baiknya klu gabungan penceritaan ini berlandaskan satu
    sinopsis awal, rasanya pergerakan cerita akan lebih licin. (Sekadar satu luahan). Apapun semua ini satu idea yg bernas dan cemerlang, cuma perlu dijaga n diperbaiki cara perlaksanaannya...krn idea yg diluncurkan itu sebenarnya adalah keberuntungan (kelebihan) penulis...tak sabar tunggu siri seterusnya :)

  • (Penulis)
    19) huhu, awal2 ingat nak kasi cerita cinta super jiwang. tapi rasanya tak best sbb aku tak reti sgt nak tulis cerita cinta ni.

    so, jgn marah yer? kamon, korang2 sumer hebat2 berbanding aku yg picisan ni.
  • 20) haha, aku kena banyak baca buku-buku genre ini supaya dapat mood menulis. berapa peratuskah peluang kejayaan, aku pun tak pasti. sebab aku tak pandai dan tak pernah.

    sangat mencabar minda!
    i like ;)
  • 21) hati aku berdebar debar manatikan giliranku...arghhh..tidak...cibai kau jojo...takleh ker kau buat cerita pasal karipap pusing ker...ayam goreng ker...ish kau nie..ISH kau nie...iSHHHHHHHH

  • (Penulis)
    22) cahatomic: sile buat reference byk, tak salah menimba ilmu.
    zhentan: kui3... kohkohkoh3... agagagaga.. kwang3 :P
  • 23) hahaha...kelakar gler...terbahak aku dlm blik ni...(seb bek boss xde)
  • 24) aduh! apa ni abe jo???
    seb baik jadi orang kedua last....
    rasanya citer tu mesti dah jadi lain...
    wakakakak.....
    nasib lerrr...
  • 25) setelah aku baca buat kali ke 3. aku berpendapat sebenarnya cerita ni sangat bagus garapannya. bermula indah, disulami jenaka. sarat dengan benih-benih cerita yang boleh digunakan utk chapter2 seterusnya. tinggal lagi, adakah pencerita2 bingkisan 2 hingga 16 selepas ini boleh mentafsir apa yang disiratkan oleh jauhari albert.

    kudos saudara! (bukan kendos ye. kudos. kendos tu coklat kegemaran aku kecik2.)

  • (Penulis)
    26) cahatomic sudah berleluasa! konon tak reti menulis karya klasik tapi akhirnya menunjuk belang!

    http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1048
  • 27) err.. tiba2 rindu fathul ahmad. hehehe.. hmm..hebatnye lah korang nih.. kagum kagum..
  • 28) permulaan yg baik n menarik!..hihi..nak p next~ ;)

  • (Penulis)
    29) test koemn
  • 30) wah...tersengih sendirian membaca..
  • 31) >beSt la lYan ceTa mCm nE:) asYik ceTa cHenTa je:)
    >hEhEhE..sO fUn:)
    >nExt?
  • 32) bro! best cite ko ni bro...
    klasik + humor pun ade....
  • 33) aah besh la bro :D
  • 34) nice..=)

  • (Penulis)
    35) terima kasih semua

  • (Penulis)
    36) jemput baca karya saya 4 tahun lepas

Cerpen-cerpen lain nukilan jojo

Read all stories by jojo