Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

ulasan baca: Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara

 

Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara
Syed Husin Ali
Penerbit Insan, Kuala Lumpur
Cetakan pertama 1996, Cetakan keempat 1998


Tiga hari lepas, dua hari aku ke kampung halaman mama. Ada urusan penting. Hal warisan keluarga. Seperti biasa, apabila ke sana, aku dan mama akan bermalam di rumah makcik, Che' Ha (kakak kepada mama); seperti biasa juga setelah siap berkemas dan memunggah barang-barang dan beg keluar dari kereta ke dalam rumah, aku akan terus meluru masuk ke bilik yang biasa aku tidur setiap kali aku beraya di Kuala Terengganu, dan terus mengadap perpustakaan kecil tinggalan arwah pakcik, Ayah Di (abang ipar mama) - al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah; aku tidak ada pada hari pengkebumian arwah kerana belajar. Dahulu, ulang tayang waktu aku budak kecil, bilik ini adalah bilik rujukan mencari stuff rock n roll - kaset-kaset heavy metal dan jeans ketat tinggalan sepupu aku (bilik lelaki anak arwah Ayah Di). Pada hayatnya, arwah pakcik aku berjasa sebagai seorang guru sekolah menengah yang tegas. Beliau banyak meninggalkan buku-buku lama dan buku-buku ini masih tersimpan dan tersusun-semat di rak buku di dalam bilik ini. Tapi sayangnya, tiada siapa baca kecuali aku. Nampaknya, arwah masih berjasa lagi.

Banyak buku yang telah aku ambil pinjam bawa pulang dan banyak lagi yang akan aku pinjam lagi. Dalam banyak-banyak buku aku keluarkan dari rak, aku tertarik pada buku Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara; hasil tulisan dan pengalaman Dr. Syed Husin Ali sepanjang beliau di dalam tahanan kem Kamunting, Perak; sekitar tahun 1974-1980 di bawah akta ISA. Pada mulanya, aku baca secara sambil lewa, hanya untuk dijadikan modal tidur setelah penat memandu pecut selama 6 jam tanpa henti dan tanpa tidur sebelumnya. Tapi apabila habis satu bab, aku baca lagi bab seterusnya. Kisahnya amat mendebarkan, mencabar, mengharukan dan sangat memberi inspirasi. Seperti selalu, apabila aku mula teruja melakukan sesuatu, aku takkan berhenti.

Jadinya, aku tak tidur malam itu sehingga ke pagi. Aku habiskan pembacaan sehingga ayat terakhir malam itu juga. Awal paginya, aku tahu juga kenapa judul buku ini dinamakan dua wajah. Buku ini sangat memberi perangsang dan semangat kepada aku secara spiritual, mental dan fizikal untuk mengharungi kehidupan yang menggila kelak.

Salah satu sebab kuat untuk memansuhkan ISA.


Musik:
1. The Doors - Morrison Hotel
2. 80s HardcorePunk Bands - American Youth Report Compilation.
3. Pink Floyd - The Echoes Album



Kredit gambar: just observation.

 

aizattarmizi, 5.30 pagi, 24 julai 08, bilik.

Baca perbualan