Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Projek ELARTI : Penulisan suara baru?
- putri_alya
- 16 years ago
- 1,824
"PAHATKAN NESAN SERANGKUM SYAIR....KELUH PUJANGGA KASIH TAK
SAMPAI" - Ali Setan
Baru-baru ini,aku telah ke Borders di Times Squaredengan
ditemani seorang teman. Sejak berhenti kerja , masa yang terluang,aku banyak
habiskan dengan ke kedai-kedai buku membeli buku-buku untuk menambahkan
pembacaan aku. Kali ini, tujuan aku ke Borders adalah untuk melihat travel book
ke Medan dan Bangkok memandangkan, aku dan ‘seseorang' itu telah nekad untuk
ber'bag packing' ke Bangkok atau melancong ke Medan.
Ketika berpusing-pusing mencari section TRAVEL, aku singgah
ke section Bahasa Melayu dan mata aku tetancap pada sebuah buku yang kulit
mukanya berwarna cokelat sedikit dengan gambaran kabur kaki wanita yang memakai
selipar. Ia merupakan sebuah bukuzin yang bertajuk ELARTI: Penulisan Suara baru
Kotemporari. (27sx: sesuai untuk minda matang sahaja). Ia merupakan sebuah
bukuzin yang memuatkan hasil karya penulis bebas yang rata-rata merupakan nama
besar dalam dunia blogger.
ELARTI ini merupakan elarti projek kedua yang memuatkan 10
esei, 11 puisi, 8 cerpen dan 9 profil seni serta sebuah rebiu filem yang pernah
mencetuskan kontroversi suatu mas dulu,iaitu FITNA. Bukuzin kali ini membariskan penulis seperti
Aleya Ariana, Arnee Ismail, Azharul Azmir Kamarulzaman, Elle J hafiz, Fairul
Nizam Ablah, Fatimi Nadiah Zainudeen, Jacob Tan, Leon Wing, M. Fadli Al-Akiti,
Muhammad Azwan Ismail, Nadiya Yahaya, Nazim Masnawi, Rumaizah Abu Bakar,
Sharanya Manivannan, Zawary. Manakala untuk bukuzin kedua ini membariskan
Jerome Kugan, Bernice Chauly dan Amir Muhammad bagi mengisi ruangan profile
seni.
Boleh didapati dengan harga RM15 sahaja dan ia merupakah
hasil keluaran STORMKITCHEN dan telah dicetak oleh ARMNETWORKS ADVERTISING AND
COMMUNICATION SDN BHD. Bukuzin setebal
96 muka surat ini mengandungi kumpulan penulisan satira yang tinggi dan amat
menghiburkan. Kalau tak percaya..dapatkan lah ia di pasaran.
Apa yang membuatkan aku kagum dengan projek ELARTI ini
adalah..idea dan konsep yang diketengahkan. Bahkan, pada aku....mereka mempunyai
strategi pemasaran yang agak baik apabila mereka, sebuah kumpulan kecil mampu
menempatkan hasil kolektif karya mereka di tempat-tempat seperti Borders. Bukan
senang untuk mengangkat hasil karya independent...tapi mereka Berjaya buktikan. Kasi
saspek la sama diorg!
So apa lagi....dapatkan la..Berani mencuba? Hantarkan hasil
karya anda untuk dimuatkan kedalam project ELARTI ke-3. AKAN DATANG. Tungguuuu.......
MENGANGKAT KARYA SENI KE MATA DUNIA..BUKAN SENANG..TAPI TAK MUSTAHIL!