Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KHAMIS : Kapasitor Kita Punya

 

Assalamulaikum,

mulai jam 12 malam ini marilah kita beramai-ramai menghujani blog, twiter, facebook, tagged, status YM, dan lain-lain. Esok hari kapasitor. Hari untuk memberi ruang kepada mana-mana komuniti untuk memberi kapasitor publisiti.

Apa yang anda boleh lakukan?

1) Gunakan kapasitor widget untuk karya anda sendiri atau karya yang anda minat di blog anda. Kod kapasitor widget boleh diperolehi dari ruang bawah karya, sebelum ruang komen.

2) Gunakan butang F share untuk berkongsi karya di sini dengan rakan-rakan anda di Facebook. Dapatkannya di bahagian kanan sebelah tajuk Karya yang anda ingin kongsikan.

3) Di situ juga ada butang tweet dan google buzz untuk berkongsi dengan rakan anda di laman tersebut.

4) Anda boleh buat entry khas di blog (myspace, dll ) untuk memberi publisiti kepada Kapasitor. Dalam apa jua bahasa. Dalam apa juga stail. Poster, bercerita di blog, atau apa sahaja. Nah, apa kata pautkan link entry tersebut di sini. Mungkin kita boleh pilih entry "publisiti" terbaik dan pampangkan dalam edisi prasasti yang akan datang. Hm, orait juga tu.

5) Buat status Ym yang dipautkan url kapasitor/karya yang anda minat. Cuma satu hari sahaja. Ini juga peluang untuk mendapatkan lebih komen dan rating untuk karya anda sendiri atau karya orang yang anda minati.

6) Status di facebook dan lain-lain tempat?

7) Atau apa sahaja yang anda fikirkan kena untuk memanaskan hari kapasitor.

 

Ingat, setiap khamis. Bukan esok sahaja. Semoga ada rakan-rakan anda akan terpaut, dan menjadi ahli baru yang berpotensi di sini. Mungkin juga anda akan dapat peminat baru dan memacu penulisan anda. Semuanya di tangan anda.

Salam.
apunpital

Baca perbualan