Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
KEMBARA TOPI INSPIRASI KAPASITOR 2011
- mosh
- 14 years ago
- 3,921
CADANGAN AKTIVITI 2011 : KEMBARA TOPI INSPIRASI KAPASITOR 2011
Ok, aktiviti ini saya sudah bincangkan Clarkie dan Jojo. Jojo kata aktiviti ini menarik dan memberi lampu hijau untuk diteruskan.
Tapi di sini jika satu dua sahaja orang suka dan mahu turut serta, tak jadi gak, maka saya bentangkan cadangan ini, dan anda maklumkan la samada anda mahu memeriahkannya atau tidak. Seperti biasa aktiviti di Kapasitor ini semua atas dasar SUKA dan RELA.
Konsep Aktiviti
Kita biasa dengar phrase berikut, “put on your thinking cap” atau “put on your creative cap” bukan?
Kalau bahasa melayu atau maksudnye mungkin, masa untuk benar-benar berfikir, mencari idea baru dan sebagainya.
Bukanlah topi, cap atau hat itu benar-benar magik atau perlu tetapi sekadar simbolik sahaja. Jadi apa dia aktiviti kembara topi inspirasi ini? Atau kalau B.Inye “THE KAPASITOR CREATIVE CAP JOURNEY 2011” (nota : tidak digunakan kreativiti sebab inspirasi tu bunyi lagi sedap untuk BM)
Aktiviti ini sekadar suka-suka tetapi mempunyai beberapa tujuan.
Bagaimana dijalankan :
Kali ini kita menukar simbolik kepada realiti dan realiti kepada simbolik. Satu topi akan berpindah-pindah tangan sepanjang 2011 antara ahli-ahli kapasitor yang mahu turut serta.
1) Peserta pertama, iaitu ketika topi atau cap(asitor) itu berada dalam pegangan mereka, mestilah menghasilkan satu post/entry di Kapasitor sama ada di seksyen EN, MS, ARTWORKS, MUSIK mahupun KOMUNITI atau gabungan mana-mana seksyen dalam masa 5 hari ketika topi itu dalam pegangan mereka. Post/entry itu tidak semestinya mengenai topi itu, tetapi semestinya kreatif atau informatif atau menarik!
2) Post atau entry yang dihasilkan patut diletakkan “KTI #01: (TAJUK ENTRY ANDA)” . Seterusnya peserta lain boleh mengikut turutan KTI#02 dan seterusnya.
3) Setiap entry itu mesti disertakan gambar topi itu semasa dalam pegangan peserta. (samada gambar peserta memakai topi itu, tok ketua kg beliau pakai, kucing pakai, anak pakai,pada laptop/pc, pada gitar kesayangan anda, pada tempat anda lawati atau mana2 atau sesiapa sahaja). Oh video pun boleh.
4) Pada topi itu pula anda boleh letaklah tanda anda seperti autograph ke, kata2 ucapan, jahit sesuatu art, lukis apa tanda, letak badge, sticker ke atau apa2 yg sesuai.
5) Setelah entry diupload, topi itu perlulah di serahkan pada peserta yang mengikut senarai giliran melalui pos (kos tanggung sendiri ye). Kami tak galakkan anda menyerahkan secara by hand atau perjumpaan kerana khuatir jika perjumpaan tanpa mengenal kenal benar-benar seseorang itu bahaya terutama untuk golongan ahli perempuan. Bukanlah pula hendak mengatakan ada ahli-ahli yang bahaya tetapi tau-tau je la perkenalan dunia cyber ni harus diawasi, kalau jadi betul sampai kawen, kalau nasib tak baik..hhmm. So it’s better to be safe than sorry.
6) Seterusnya aktiviti ini sama dilakukan oleh peserta yang menerima topi ini.
Tujuan aktiviti ini :
1)Happy –happy je
Iyelah, yang penting happy kan? :)
2) Jadi kreatif dan tambah post di kapasitor
Yup, itulah harapannya.
3)Kenangan
4) Promosi kapasitor
- Ok, bab ini Clarkie kata dia nak buat satu FB atau blogspot utk aktiviti ni.
- aku plak dah buat satu akaun tumblr untuk aktiviti ni, dan anda boleh repost entry di sini gak, sebab aku open blog tu sesiapa pon bole submit post /entry.. Klik kat lambang pensel tu (submit button) and post entry k.
- Mana tahu anda mahu buat kerja amal seperti melawat rumah anak-anak yatim, org2 tua, gotongroyong dan sebagainya ketika topi pada pegangan anda. Apalagi blog la pasal tu! Oh yang ni terpulang, takde paksaan. Tak semestinya aktiviti tu seperti ini atau gempak gila ke apa, personal tapi menarik pon ok atau sekadar penulisan kreatif.
- atau mungkin anda ada melawat, melancong,melencong ke tempat-tempat menarik. Atau ke pameran-pameran atau aktiviti seni seperti teater, konsert, ceramah dan sebagainya.
- Juga saya membayangkan, mana tau ahli-ahli kapasitor yang berada di luar negara turut serta maka benar-benarlah topi itu jauh mengembara dengan gambar-gambar di serata lokasi dunia.
- Kalau sambutan bagus, boleh sahaja topi ini terus mengembara hingga 2020!
Ok jika anda cakap YES! Gua on je bro! sila komen di bawah, jadi list pindah-pindah topi turut ikut turutan sapa komen ON/yes/OK/set! dulu. (Tapi aku dah reserved tempat no. 1 & 2 untuk Jojo selaku owner Kapasitor dan Uculer untuk memulakan program)
Jom la geng! ;)