Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cabaran Puisi Multimedia Kapasitor

 

Cabaran Puisi Multimedia Kapasitor(CPMK)

Mari, mari adik, abang dan kakak kakak. Mari rapat. Ini ada berita baik untuk anda semua.Hadiah istimewa berupa sebuah buku “Berkelana Di Belantara Kata” bernilai RM25.00 menanti anda. Sertailah Cabaran Puisi Multimedia Kapasitor(CPMK) yang julung-julung kalinya diadakan di Kapasitor.



Saya mahu menang tapi saya tak tahu nak masuk cabaran ni macam mana?

Mudah saja. Hanya warga kapasitor sahaja yang berhak memasuki cabaran ini. Sekiranya anda belum menjadi ahli. Daftarlah dengan segera!!!

Yuran penyertaan? Mana ada. Free je beb. Apa yang anda perlukan ialah letakkan tajuk CPMK di hadapan tajuk puisi anda. Contohnya: “ CPMK1 : Gerimis Hati ”

Hantarlah sebanyak manapun penyertaan anda. Tapi encik, cik, puan-puan, tuan-tuan harap maklum hanya satu je yang akan menerima hadiah. Hantar je la kan. Kot-kot dalam 10 tu 1 tu mengena. Siapa tau tak?


Multimedia? Apa benda plak tu?

Multimedia adalah kombinasi dari paling sedikit dua media input atau output dari data, media ini dapat berupa audio (suara,musik), animasi, video, teks, grafik dan gambar (Turban dkk, 2002) atau multimedia merupakan alat yang menciptakan presentasi yang dinamis dan interaktif yang mengkombinasikan teks, grafik, animasi, audio dan gambar video (Robin dan Linda, 2001).

Menurut kamus dewan edisi ke 4 multimedia adalah berkaitan penggunaan pelbagai jenis media spt slaid, televisyen dsb, terutamanya dlm membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara dsb); 2. berkaitan dgn produk, program dsb yg melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data dsb utk menyampaikan maklumat dsb.

 

*minimum 2 elemen multimedia: gambar + text
*digalakkan penggunaan elemen multimedia semaksimum mungkin.


Aduh peningla, saya mana pernah buat video, ape tu audio bla bla...

Jangan pening-peningkan kepala anda kat bawah ini saya sudah sediakan contoh-contoh dan juga link yang berguna untuk rujukan anda.

Contoh karya: Kerikil , Mu gedebe ko Awe , Buana Sepi , Lagu Rindu  , Kejora di Langit Jauh , Jannah

Contoh tools: Imageloop ,Kizoa , Magix , windows movie maker

 

Ada juri professional tak? Sape ek? Markah tu guna sms ke?

Yosh, juri professional telah dilantik. Dan, mungkin akan bertambah dan bertukar dari semasa ke semasa. Untuk skema pemarkahan pula adalah seperti berikut:-

Penggunaan elemen multimedia:- 50%
Gaya bahasa, struktur puisi dan isu/ tema :- 30%
Publisiti dan komunikasi antara pembaca dan penulis (jumlah like, jumlah bacaan, jumlah komen, jumlah rate): 20%

Penalti :-

i. Kesalahan tatabahasa / kesalahan ejaan/ pengunaan singkatan ayat untuk kesalahan pertama akan  ditolak 5 markah, kedua 7 markah, ketiga dan seterusnya 10 markah.

ii. Penggunaan puisi orang lain tidak dibenarkan sama sekali dan ini akan mengakibatkan penyertaan anda dibatalkan serta merta.

 

Markah bonus 1-10%:

*untuk mereka yang bermain sendiri instrumen dan mendeklamasikan sendiri puisi.


Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak tidak akan dilayan.


Penyertaan dibuka hari ini(18/2/2011) dan akan di tutup pada pukul 5pm 31/3/2011.

 

----------------

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau berminat untuk menjadi penaja bolehlah menghubungi saya (paktam85) melalui private message di kapasitor ini. 

Diharap para ahli boleh uar-uarkan di blog atau facebook masing-masing. Sekian, terima kasih.

Baca perbualan