Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Kapasitor MS: Buletin April 2011
- cahatomic
- 14 years ago
- 8,954
Salam semua! :)
Pertandingan Cerpen Bertema Edisi 4
Pertandingan yang akan tamat pada 25 April dan dihakimi pada 30 April ini mencatatkan episod sedih bagi saya. Ini kerana selepas 3 edisi, saya gagal terpilih sebagai pengadil bagi tema keempat yang sedang berlangsung ini. Apa boleh buat. Urusetia pertandingan yang terdiri daripada saudara Mohd Syahar Azizan telah sebulat suara memilih Cik Kamalia selaku hakim Pertandingan Cerpen Bertema Edisi 4!
Tahniah Cik Kamalia, cemburu I you! Tapi I doakan selamat maju jaya dan selamat memilih pemenang bagi edisi ini! :)
Setakat ini telah ada 5 penyertaan yang diterima, anda boleh lihat senarainya di sini. Buat yang belum pernah menghantar, belum terlambat lagi buat anda memenangi salah satu daripada 3 slot pemenang yang disediakan.
Buletin Mei 2011
Tak cukup dengan PCB, giliran Buletin pula menghalau saya pergi.. sobs! Buat julung kalinya, walaupun mendominasi penulisan buletin dengan penuh istiqamah sejak Februari 2009, pihak produser Buletin Kapasitor Seksyen Bahasa Melayu (MS) dengan tegas dan penuh tekad menyatakan ketidakpuasan hati terhadap prestasi penulisan saya lalu menganugerahkan tugas penting menulis Buletin bagi bulan Mei kepada saudara Paktam85!
Kepada lelaki tampan bekas pemain futsal kolejnya di UPM dahulu, Encik Paktam85, janganlah contohi saya dalam terlambat menghantar buletin ya. Cubalah pos secepat mungkin mengikut jadual. :p
Seputar Mac
Sepanjang bulan lepas menyaksikan beberapa perkara menarik telah berlaku di Kapasitor. Pengkaji lalat daripada universiti tertua negara, saudara Kurusawa, membuat satu lagi entri unik yang pertama seumpanya di Kapasitor.
Beliau yang terkenal melagukan tidak kurang daripada 10 buah puisi di Kapasitor serta mempunyai anak lelaki yang gemar menduduki nombor 1 dalam peperiksaan dalam kelas kini muncul dengan karya naratif cerpen dalam bentuk audio dan diberi tajuk Bayang-bayang dengan Anjingnya.
Kru Pengelola Kapasitor juga tidak ketinggalan memeriahkan Mac dengan pencapaian masing-masing. Ridhrohzai menerusi Nasi Lemak Sambal Kerang muncul di Mingguan Wanita edisi 18 Mac 2011.
Kamalia, si gadis cilik pula bergaya dengan Si Cantik Cempaka, buku pertama beliau yang kini sudah muncul di pasaran di bawah jenama Jemari Seni. Kalau gadis-gadis lain hanya boleh menjadi peminat Hlovate, Kamalia selamba bernaung di bawah satu syarikat penerbitan.
Ha.. kalau ada sesiapa nak kirim salam kepada Hlovate tu bolehlah kirim melalui Kamalia ya lepas ni!
Reviu Seksyen Puisi oleh Paktam85
Alhamdulillah, seksyen puisi tidak pernah ketandusan karya. Setiap bulan sentiasa saja dibanjiri karya dengan pelbagai tema. Bulan Mac telah menerima kehadiran sebanyak 50 buah puisi.
Tahniah kepada Cikgunikmie kerana muncul sebagai penyumbang terbanyak di seksyen puisi. Tahniah juga buat kekasih denan usahanya yang bersungguh-sungguh menjayakan edisi deklamasi beliau.
Kehadiran penulis-penulis baharu seperti damat, khairulr dan extra mewarnai kemeriahan berpuisi di kapasitor.
Adalah menjadi lumrah peserta-peserta baru kurang berinteraksi dalam lingkungan asbab segan dan gusar. Ironinya, ke mana menghilang komen-komen penulis lama. Ayuh rakan-rakan sama-sama kita hargai karya masing-masing! Walau hanya smiley...
Reviu Seksyen Cerpen oleh Rihdrohzai
Sekitar bulan Mac, Sebanyak 22 buah cerpen telah dihantar dengan variasi tema dan jalan cerita. Pastinya wujud variasi kerana munculnya muka-muka baru yang mewarnai seksyen cerpen seperti BenzAlif15, exoria, neddy, dan khairulr.
Kali ini saudara toti menyumbang tiga buah cerpen yang menjadikan beliau penulis paling aktif untuk bulan Mac. Selain itu, cerpen dari Kurusawayang bertajuk "Bayang-bayang dengan Anjingnya" menjana satu medium baru dalam seksyen cerpen dengan menggunakan audio sebagai wadah dalam menyampaikan tulisannya.
Secara keseluruhan, karya-karya dalam bulan Mac menampakkan kematangan dalam diri penulis yang menyumbang karya. Bulan ini seksyen cerpen kaya dengan falsafah, dengan adunan emosi yang pelbagai. Boleh saya katakan karya-karya yang dihantar begitu menarik dan bermutu.
Namun, menjadi kegusaran saya apabila melihat seksyen novel. Mungkin perlu lakukan anjakan paradigma untuk menghidupkan semula seksyen itu.
Untuk pengetahuan anda semua, Riri turut memberikan ulasan terhadap karya-karya yang dipilihnya. Untuk reviu penuh seksyen ini bolehlah dibaca di sini.
Baiklah di sini saya akhiri buletin saya dengan karya pilihan Kru Pengelola bagi bulan Mac 2011.
Puisi
Burung Malam - Gopabahari
Untuk Kamu - Sughananah
Di Dunia Sebelah - Lightnur
Insepsi - Indra0579
Dunia - Extra
'Takdir'ku - Dariaz
Hujan, Potret & Sahabat - Robot
Amuk Bukan Pilihan - Kekasih
MacSebelasSebelas - Kurusawa
Tiga. - Petak
Cerpen
Di Sayap Kupu-kupu Terbang - Upenyu
La Mer 1 - MissClarks
Mail Mondok - Toti
Surat - Penglipur
Merdeka Cinta Kita - KhairulR