Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Bagaimana membalas emel dengan menggunakan emel lain dalam Gmail?
- jojo
- 14 years ago
- 4,522
Tutorial ini akan memudahkan urusan kerja anda terutamanya kerja-kerja yang melibatkan emel. Jika anda hanya menggunakan satu emel dalam segala urusan kerja anda maka tidak mengapa. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai banyak emel (satu emel untuk kegunaan peribadi, satu untuk kegunaan kerja satu emel lagi untuk kegunaan skandal) maka pasti anda jenuh nak login satu persatu setiap emel itu, betul?
Jangan risau! Saya ada cara untuk memudahkan kerja anda!
Tutorial sebelum ini mengajar anda cara-cara untuk membaca emel daripada webmel syarikat. Apabila anda sudah baca, pastilah anda mahu membalas emel itu pula bukan? Oleh itu, saya akan ajar anda bagaimana membalas emel dengan menggunakan emel lain dalam Gmail.
Langkah #1: Login ke Gmail anda. Klik pada SETTINGS. Kemudian, cari tab Accounts and Import. Klik tab tersebut.
Langkah #2: Klik pada Send mail from another address (Hantar mel daripada alamat lain)
Langkah #3:Masukkan nama dan alamat emel yang lain. Dalam tutorial ini, saya menggunakan emel baru johari@abc.com. Kemudian, klik pada Next Step >>
Langkah #4:Pilih Send through Gmail (pilihan pertama). Dengan cara ini, emel anda akan melalui mel server Gmail dan sememangnya lebih mudah. Setelah selesai, klik pada Next Step >>
Langkah #5: Sahkan emel anda. Satu emel pengesahan berserta pautan khas akan dihantar ke emel anda. Klik pada Send Verification.
Langkah #6: Emel sudah dihantar. Sila tunggu sehingga emel itu sampai. Sementara itu, skrin di bawah akan kelihatan.
Langkah #7:Login ke webmel anda. Emel pengesahan daripada Gmail sudah pun masuk. Buka email tersebut.
Langkah #8: Berikut adalah contoh emel pengesahan daripada Gmail. Klik link panjang di bawah ataupun salin semula Confirmation Code dan masukkan ke dalam Langkah #6
Langkah #9: Selesai! Anda sudah mempunyai satu lagi alamat emel dalam Gmail.
Langkah #10: Untuk menghantar emel menggunakan emel lain, sila pilih daripada drop-down menu yang tertera setiap kali anda mahu menghantar emel.
Peringatan:
Tutorial ini hanya untuk pengguna Gmail sahaja. Gambar yang diambil mungkin berlainan daripada yang sebenar bagi melindungi data-data yang tertentu.2. T