Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB: Tema 6 Kini Menjelang

 


Kredit gambar:http://beribiru.net/?p=280

Ketika saya menulis entri ini, baru dua daripada empat pemenang edisi lepas yang berjaya membalas mesej tentang pemberitahuan keputusan. Dua lagi entah ditelan ke mana. Wei, tidak mahu token kemenangan masing-masingkah? Hehe.


Saya akan bersabar sedikit lagi sebelum uar-uarkan pemenangnya. Kalau boleh saya mahu gambar-gambar pemenang dimasukkan sekali. Tapi kini, bergantung kepada maklum balas mereka yang belum menjawab tu. Kalau lambat sangat, maka tak dapatlah nak tunggu.


Baiklah, bagi meneruskan kesinambungan PCB yang baru mahu menginjak edisi ke 6 ini, di sini saya dengan bangganya mengumumkan temanya:


Ramadhan


Anda ada kisah menarik mengenai bulan Ramadhan? Belajar berpuasa mungkin? Anda ada terjumpa cinta di bulan Al-Mubarak ini? Ehem ehem ehem! Mahu berkongsi? Hei, hantar saja penyertaan dengan menambah "PCB#6" di pangkal tajuk karya yang dihantar.


Tentang hadiah, disebabkan penyertaan yang agak menurun pada edisi yang lalu maka saya memperuntukkan satu slot pemenang saja kali ini iaitu token tunai bernilai RM50. Bolehlah kan nak anggap sebagai duit raya Kapasitor :p


Pemenang akan dipilih berdasarkan kesegaran idea, jalan cerita yang menarik dan bilangan like yang diperoleh. Pengunaan laras bahasa yang betul adalah digalakkan.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Ogos 2011 jam 11.59 minit malam. Jika edisi 4 Kamalia menjadi pengadil dan edisi 5 Kurusawa menggalas tanggungjawab. Ada sesiapa yang mahu ambil angka 6? ;)

---

Pertandingan Cerpen Bertema (PCB) adalah inisiatif Kapasitor Seksyen Bahasa Melayu (Kapasitor MS) menggalakkan penulisan berkualiti oleh pengkarya. Setiap edisi PCB berdurasi 2 bulan dan peserta perlu menulis cerpen berdasarkan tema yang ditentukan bagi edisi berkenaan. Karya yang dihantar adalah hak milik penulisnya. Pihak Kapasitor cuma memberi token insentif kepada pemenang tanpa memiliki apa-apa hak ke atas karya.

Bagi membaca karya-karya PCB edisi yang lalu, klik di sini

Baca perbualan