Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Saya Nak Power!!

 

Pada satu malam, ditakdirkan seorang suami duduk menganggur di beranda rumah kayu usangnya. Begitu juga pada malam-malam yang sebelumnya: suami itu termenung sahaja di beranda, mengisi waktu rehatnya dengan renungan yang melangkau entah apa-apa. Sepanjang malam dia akan melihat langit yang kosong tanpa bintang atau bulan sehinggalah dia termamai dan akhirnya tidur di beranda luar, terdedah kepada dingin angin; sedangkan isterinya tidur di dalam rumah dengan keselesaan sebuah bilik tidur yang hangat.

Maka telah ditakdirkan, pada satu malam itu semasa suami termenung, dia terlihat sebuah tahi bintang berapi-api melintasi langit. Dari jauh, tahi bintang itu meluncur di udara. Suami itu pun kagum dengan kecantikan api tahi bintang itu. Tanpa disedari, tahi bintang itu rupa-rupanya meluncur jatuh ke bumi, betul-betul menghala ke sawah milik suami dan isteri itu. Suami yang termenung itu terus termenung, masih kagum dengan api tahi bintang tadi sehinggalah.....

BOOMM!!!

Tahi bintang tadi terhempas di atas tanah sawah suami itu...

Terkejut beruk si suami dan dia pun terus melompat turun ke tanah. Manakala isterinya pula masih di alam mimpi, tidur mati seperti sudah arwah. Sesampai saja si suami ke sawah padinya, sebuah lubang besar telah terbentuk dengan kedalaman 1 meter dan seluas satu petak sawah. Habis padi-padi yang hampir menguning terburai ke sana-sini, patah-patah, renyuk dan mati.

Apa lagi, si suami pun baran. Satu petak sawahnya telah musnah. Selama 5 minit dia menyumpah-nyumpah serta carut tak henti-henti, mengucapkan butir-butir kata yang tak dapat kita ceritakan sekali dalam naratif ini.

Setelah 5 minit itu berlalu, barulah dia perasan di tengah-tengah lubang 1 meter seluas satu petak sawah itu terdapat sejenis lampu ala-ala lampu aladin. "Eh, ini macam pernah ku lihat..." lintas hatinya yang mengalami perasaan deja vu.

Tanpa membuang masa, dia terus mengambil lampu ala-ala aladin itu dan menggosok-gosok di tepi lampu itu. Gosok, gosok, gosok....tapi tiada apa-apa yang berlaku. Kemudian, dia terasa seperti orang bodoh dan keanak-anakan kerana menggosok sebuah lampu ala-ala aladin, mengharapkan sesuatu akan terjadi.

Setelah dia berang dengan tindakannya yang memperbodohkan dirinya, dia membuat keputusan untuk mencampak saja lampu ala-ala aladin itu masuk ke tali air. Biar objek yang telah mengakibatkan dia bertindak bodoh tenggelam ke dasar tali air dan tidak akan dijumpai lagi sampai bila-bila. Begitu nekadnya.

Belum sempat dia membaling lampu ala-ala aladin itu, tiba-tiba sahaja asap bewarna-warni keluar berkepul-kepul daripada mencung lampu itu. Sikit-sikit kepulan itu naik di udara dan muncullah....

"Eee...jin!!"
"Ya. Saya jin. Tuankah yang telah memanggil saya keluar?"kata jin itu dengan suara garau.

Si suami itu pun terkebil-kebil mengiyakan. Kemudian dia menjelaskan yang satu petak sawahnya telah musnah kerana lampu jin tadi.

"Owh. Maafkan saya. Sebagai ganti, saya akan menunaikan satu hajat tuan."

Lantas hati suami melonjak keriangan mendengar perkhabaran jin itu dan seraya berseru, "Saya nak power!!"

"Baiklah," sepatah perkataan keluar dari mulut jin. Kemudian jin tersebut membaca mantera dalam bahasa inggeris secara rap. Setelah seminit berlalu, jin itu pergi ke pohon pisang yang berhampiran dan mengambil sedikit daripada daunnya. Lalu dia memuntahkan isi perutnya di atas daun itu.

"Siang tadi punya makanan. Makaroni keju dan juga ayam kentaki," jelas si jin sambil tersenyum dan mengelap sedikit sisa-sisa muntah di tepi mulutnya. Muntah di atas daun pisang tadi di hulurkan kepada si suami. "Makanlah, nanti kau jadi kuat."

Si suami merenung jin itu tepat ke dalam mata. Secara tiba-tiba suami menghinggapkan pelempangnya ke muka jin dan muntah di atas daun pisang itu tercampak serta-merta entah ke mana-mana.

"Kau ingat aku ini kayu??!! Makan muntah makaroni keju??!!"herdik si suami itu dan lantas berlalu pergi.

"Ish, orang zaman moden ni dah pandai-pandai belaka. Kalau dulu, orang makan saja muntah aku...." Jin itu melihat si suami pergi dengan barannya. Tangan suami itu memang bukan calang-calang kuat.

Sebelum si suami berjalan meninggalkan sawahnya, dia sempat menoleh ke belakang dan berkata, " Kau memang tau, aku ni lactose intolerant, tak boleh makan keju. Lepas tu, saja nak tipu aku dengan ayam kentaki kau!!! Ciss!!!"

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahahah..ngekkkkkkk~~~~ ble plak wat lawak super power kat sini.. cesss..;p
  • 2) hehehehehe.....;p
  • 3) hohohho cam siot ending.
    nice. kreatif.
  • 4) wakakakaka.
    wakaka

    xleh blah=
  • 5) hahahahahahah
    lawak giler aaaaaa
  • 6) hahahaa..sungguh terharu baca cerita ni. Menitiskan air mata. Lawak..lawak 5 bintang! Tak dpt bayangkan kalau idea cerita awak ni diguna pakai dalam iklan super power kat tv tu..comfirm satu malaya gelak 7 hari 7 malam.

    *sakit perut gelak sakan...
  • 7) HAHHAHAHHA... nice! suka ar.. lwak =))
  • 8) cite best wlpn pengakhirannya mcm hampes. nice, keep it up
  • 9) eheheh..best gak
  • 10) huhuhu.....
  • 11) blum tahap wakaka lg
  • 12) aduuh.. kelakar gak..
    penghabisan die cam x paham cket..
    huhu.. teruskan lagi..
  • 13) hahaha...lawak la cte nie...

Cerpen-cerpen lain nukilan kpalakotak

Read all stories by kpalakotak