Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Keranamu Joe..
Nurul
merenung ke skrin komputernya tanpa berkelip mata. Beberapa saat berlalu dan
dia masih berteleku merenung skrin di hadapannya.
Congratulations. Your
eligibility to graduate has been confirmed for the Master of Biotechnology.
Ayat
itu terpampang di skrin. Satu persatu baris ayat di amatinya. Kurang percaya
dengan apa yang dilihat, risau sekiranya itu hanya ilusi semata-mata. Mata
dikerdip berulang kali. Memang tak salah lagi. Oh My God, I'm going to graduate! Nurul menghela nafas lega. Terurai
segala penat lelah selama ini. Pantas dia bangkit meluru ke bilik Huda.
"H,
result dah keluar! N lulus H!! N lulus!!!!!" Nurul merempuh ke bilik sebelah,
memeluk housemate nya itu sambil melompat kegembiraan.
"Congrats
N!!!! I'm so proud of you!!!" Huda membalas pelukan dan kedua-duanya melompat
kegembiraan.
Ada airmata gembira di bibir
mata Nurul. Sungguh, hanya Huda yang tahu perit jerih yang dialaminya demi
mendapatkan sekeping ijazah itu.
"Thanx
for everything H.. I can never do this without you.." Tulus mata Nurul merenung
tepat ke anak mata Huda.
"H
tak buat apa-apa pun N. You did this by yourself. You deserve it. H cuma bagi
sokongan moral, the rest semua atas usaha N sendiri. And I'm so proud of you!"
Pelukan di eratkan lagi.
Setitis
air mata Nurul menitis membasahi pipi. "I can't believe it! I'm graduating H..
I'm graduating.." Air mata meleleh sambil kotak fikiran berputar ligat mengimbas
kembali segala peristiwa pahit yang dialaminya sewaktu undergrad dulu...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Aku
bukan nak lagakan korang Nurul.. Aku cuma cakap apa yang aku dengar dari mulut
Azie sendiri. Dia kata ko rampas Joe dari dia."
Nurul
terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aini.
"Tapi
aku tak buat mcm tu Aini! Tak kan
lah aku nak rampas Joe tu dari Azie?"
"Yang
itu aku tak tahu.. Tapi macam tu la Azie cerita kat aku. Dia kata ko selalu
goda si Joe tu. Ko biar benar?"
"Hah?
Sumpah aku tak pernah goda si Joe tu Aini!" Nurul menelan air liur yang kesat. Memanglah aku ada hati kat dia, tapi tak
pernah pulak aku goda dia.
"Tu
la.. aku pun rasa ko tak seteruk tu. Tapi aku rasa better ko be prepared la.
Sebab rasanya si Azie tu dah canangkan pasal ni kat semua orang. Aku rasa pasni
mesti semua orang pandang slack kat ko."
Nurul
terdiam. Patutlah Nisa dgn Maz pandang semacam jer tadi.. Ah Azie.. Kenapa
sampai macam ni ko treat aku?
Joe. Jejaka yang Nurul kenali
sejak di bangku sekolah lagi. Mereka pernah berjiran dan sering ke sekolah
bersama-sama suatu ketika dulu. Namun begitu mereka terpisah kerana keluarga
Joe terpaksa berpindah mengikut haluan kerja bapanya. Setelah enam tahun mereka
terputus hubungan, tanpa disangka takdir menemukan mereka kembali di bumi UM
ini, mengambil course yang sama.
Tahun
pertama banyak diluangkan dengan study bersama dan bergurau senda berdua. Ada keserasian antara
mereka meskipun jarak dan waktu pernah memisahkan mereka. Ketika itulah Nurul
menyedari bahawa hatinya semakin lama semakin terpaut pada teman lamanya itu.
Dalam diam dia mengagumi karisma Joe. Cara jejaka itu menghormati kaum wanita,
ketekunannya belajar, ketulusannya dalam persahabatan. He also has a sense of
humour yang selalu membuat Nurul terhibur dan ketawa. Oh and yes, he's
good-looking as well, dan hakikat itu membuatkan Nurul menjadi gadis yang
paling dicemburui oleh hampir setiap siswi di muka bumi UM ini. Termasuk Azie.
Tahun
kedua menyaksikan kesungguhan Azie untuk mendekati Joe. Berbekalkan wajah yang
cantik, body yang menggiurkan, liuk-lentuk Azie akhirnya melunturkan ketahanan
Joe. Mereka bercouple, dan diwar-warkan sebagai couple of the year. Sama cantik
sama padan. Saat itu Nurul cuma diam menyepi. Sedikit terkilan kerana berasa
dipergunakan oleh Azie. Niat ikhlas Nurul untuk membantu Azie dalam
pelajarannya rupa-rupanya dipergunakan oleh Azie untuk mendekati Joe. No wonder
bersungguh-sungguh benar Azie meminta pertolongan darinya sungguhpun Nurul bukan
lah top scorer di dalam course mereka. Ternyata Azie mempunyai agenda lain.
Kewujudan
Azie menyebabkan hubungan Joe dan Nurul menjadi renggang. Mereka tidak lagi
study bersama. Walaupun Joe insist, tapi Nurul dapat merasakan kehadirannya
tidak disenangi oleh Azie. Sering sahaja gadis itu menjeling tajam ke arahnya
setiap kali Joe tidak melihat. Tambahan pula hati Nurul cukup sengsara setiap
kali Azie mengelus tangan Joe atau melentokkan kepalanya ke bahu jejaka itu.
Hati perempuan mana yang tak terhiris apabila melihat jejaka pujaan dipeluk
erat oleh gadis lain. Nak-nak lagi gadis secantik Azie. Ah, siapalah aku nih.
Nak dibanding memang bagai langit dan bumi. Lebih baik aku study sendiri.
Namun
begitu kehilangan Joe amat Nurul rasai. Prestasi pelajarannya mula merosot.
Setiap kali buku teks dihadap, muka Joe mengisi ruang penglihatan, lawak Joe
mengisi kotak fikiran. Ah, sengal la camni! Makin Nurul cuba untuk menjauhi,
semakin kuat bayangan Joe menghantuinya. Joe juga tak membantu. Saban hari ada
sahaja text darinya bertanya khabar, bertanya assignment. Hish mamat nih. Jangan baik sangat boleh tak? Aku ni dahlah syok kat
kau. Kau tu dah ada awek cun giler pulak tu. Aku flying kick jugak kang.
Namun
kata-kata itu cuma untuk mengcover debaran di hati. Hakikatnya hati Nurul
sentiasa berbunga riang setiap kali mendapat mesej dari Joe. Itulah antara
characteristic yang Nurul kagumi pada Joe. Dia tak pernah lupa kawan. Tapi
Nurul pasti, tentunya mesej dihantar tanpa pengetahuan Azie. Jika tidak, pasti
perang dunia ketiga meletus. Nurul pun tak faham apa yang Azie cemburukan
sangat dengan dirinya. Walhal memang jelas dan nyata Azie memiliki segalanya.
Ah biarlah.. Malas nak fikir..
Namun
kini.. Setelah final year, satu UM digemparkan dengan berita bahawa couple of
the year itu tidak lagi bersama. Tiada siapa yang tahu apa punca sebenar
perpisahan mereka. Yang Nurul pasti, Joe tiba-tiba menjauh diri darinya. Tidak
lagi bertanya khabar atau bertanya soal studies. Azie dan rakan-rakannya pula
sentiasa menjeling setiap kali Nurul menghampiri, dan kini berita yang
didengarinya dari Aini menyentap hati Nurul. Tak kan
sebab aku diorang break-up? Erk. Memanglah aku ada terfikir nak bomohkan si Joe
tu. Ada gak terfikir nak simbah asid kat muka Azie tu, tapi tak pernah lah
pulak aku buat.
"Habis
tu apa aku nak buat ni Aini? Ko tolonglah backing aku. Cakaplah aku tak sekeji
tu." Nurul cuba
meminta simpati.
"Yang
itu aku tak leh nak kata apa. It's our words against Azie's. Ko ingat kita
boleh menang ke? Dia tu famous, seantero Malaya
kenal tau tak? Ko tu sapa? Makcik kantin pun tak perasan ko kot?"
"Weh,
ni dah lebih nih.. kot yer nak kutuk pun sikit-sikit cukup la. Aku dah cuak ni.
Habis tu kalau satu UM pandang slack kat aku camne Aini? Mati lah aku!"
"Hah
tu la ko! Yang ko cari pasal dengan prom queen tu apahal? Dia tu dahlah ramai
pengikut kaki kipas dia. Memang masak lah ko!"
Nurul
menelan air liur. Terbayang dirinya diikat di tiang bendera dan dilontar dengan
telur busuk dan pelbagai jenis sampah sarap oleh konco-konco Azie. Alamak.
Matilah camni!
"Tapi
mana ada aku goda si Joe tu!!" Nurul masih cuba mempertahankan diri.
"Manalah
aku tahu. Dah Azie cakap macam tu. Ko ingat bebudak lain tu nak percaya ke
cakap ko?"
Nurul
terdiam. Tiba-tiba terasa dirinya keseorangan tanpa kawan. Dulu ada Joe yang
sentiasa membacking dirinya. Tapi sekarang Joe pun dah membisu seribu bahasa.
Cuma sekali-sekala Nurul dapat menangkap kelibatnya keluar dan masuk kelas. Joe, what happened Joe? Kenapa Azie
berdendam dengan aku? Kenapa kau menjauh? Nape Joe? Ah sengal la. Aku ni asik
cakap sorang-sorang je apa kes? Gila bayang betul. Aduhh final year project aku
dah lah sama group dengan Azie. Shoot! Memang masak lah aku! Joe tolong Joe!!
Cis kalau Azie dengar ni mampus aku kene belasah dengan minah tu.
Seperti
yang di jangka,
hampir semua siswi yang mengenali Nurul turn against her. Di mana sahaja dia
berjalan, pasti ada mata-mata yang menjeling dan mulut-mulut yang berbisik.
Hinggakan untuk turun ke kafeteria pun Nurul dah tak sanggup. Terasa dirinya
dipandang dengan penuh scrutiny. To make matters worse, Azie selalu mengadu
kepada supervisor mengatakan Nurul tak contribute pada projek mereka.
Hidup
Nurul mula dilanda kesengsaraan. Makan tak menentu, tiada tempat mengadu. Cuma
airmata menjadi peneman. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, Nurul menerima panggilan
mengatakan ibunya sakit, terlantar di hospital. Hampir sahaja Nurul berhenti
belajar untuk menjaga ibunya. Namun atas nasihat kakaknya, Nurul teruskan juga
pengajian sungguhpun prestasinya semakin hari semakin merudum. Nurul hidup dalam
tekanan, tiada yang sudi menghulurkan bantuan. Untung Nurul ada Huda, teman
sekolahnya dulu yang kini belajar di kolej swasta berhampiran dengan UM.
Huda
lah yang sentiasa memberi kata semangat. Membakar semangat Nurul untuk
menamatkan pengajian. Role yang dulunya dimainkan oleh Joe, kini di ambil alih
oleh Huda.
"Jangan
biarkan orang lain rosakkan masa depan N. This is your education, your future.
Nanti N susah bukannya diorang nak tolong.
Those are not your friends N. Kawan apa yang
turn against N mcm tu? Abaikan je diorang tu. N focus pada study. Ni final year
N. Sikit je lagi nak habis. Teruskan usaha N. Tetapkan hati, be strong. I'm here for you."
Itulah
antara baris kata-kata yang diucapkan oleh Huda kepada Nurul. Kata-kata yang
menjadi pembakar semangat, yang sentiasa Nurul sematkan di dada hingga akhirnya
dia berjaya graduate dengan first class honours. Berbekalkan kecemerlangan itu,
mereka bersama-sama memohon scholarship untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Alhamdulillah, mereka berdua berjaya menyambung pelajaran ke benua yang
jauh dari Malaysia.
Jauh dari segala masalah yang membelenggu jiwa. Bersama-sama mereka mengejar
cita-cita. Nurul bersyukur. Walaupun dilanda dugaan yang hebat, namun dirinya
kini berjaya mencapai kejayaan, kejayaan yang dia sendiri tidak pernah
bayangkan. Alhamdulillah ibunya juga beransur pulih. Everything is greener now.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dah,
stop crying. You should be happy.." Huda meleraikan pelukan sambil tersenyum
memandang Nurul.
"I
am happy H. These are tears of joy.. After
all that we've been through, akhirnya kita berjaya juga H!" Nurul mengesat air
mata gembira yang membasahi pipi. Dia mengerling sekeping bingkai gambar yang
terletak di atas meja Huda. Gambar dirinya dan Huda bersama seorang jejaka yang
amat sinonim dalam hidup mereka berdua.
"Tak
sia-sia usaha N pisahkan Joe dengan Azie dulu kan H?" Nurul mengenyit mata kepada Huda
sambil tertawa kecil.
Huda
turut ketawa dan gelak tawa mereka memenuhi segenap ruang bilik di sebuah rumah
di benua Australasia. Namun ketawa mereka
terhenti apabila disedari ada bunyi tapak kaki yang menghampiri.
"Hey
girls.. Apa yang happy sangat nih?" Jejaka di dalam gambar sudah terpacul di
muka pintu.
Nurul
tersenyum manja sambil memaut mesra lengan jejaka itu. "Sayang, I dah receive
confirmation of graduation."
"Wow,
congrats my lovely.." Dahi Nurul dikucup mesra sambil tangan kanan merangkul pinggang ramping Nurul.
"And
how about you my dear?" Pandangan di alihkan kepada Huda sambil tangan kirinya
menarik rapat gadis itu.
"I'll
be graduating too.."
"Oh
wow, how did I get so lucky and get the both of you?" Ketiga-tiga mereka
tersenyum dan tangan Joe semakin erat memeluk kedua-duanya.
~Tamat~
Nota
penulis: Twist pada kesudahan cerita ini adalah di inspire oleh karya Cahatomic yang berjudul Syi.. manakala kepervertannya (eh pervert ke?) adalah diinspire
oleh: err..perlu sebut nama ker? Kihkihkih. Namun begitu perlu ditekankan
bahawa cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kene mengena dgn siapa-siapa,
sama ada yang hidup, yang sudah mati atau yang belum lahir lagi. Wakaka..
Sekian.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) konpius kejap H.......... ohh joe jambul.......
- Cupid_H
- 16 years ago
-
2) little mesti jeles takde dlm cerpen ni... itot pun takde.. HAHAHAHA...
- Cupid_H
- 16 years ago
-
4) threesome? threesome tu apa encik jojo? :p
H, sure ke xde nama little? hehehe.. nama joe jambul tu usah disebut H.. sensitip tu. huhu..- NJay
- 16 years ago
-
5) H....mn plk jelesnye.Sy kan watak utama dlm citer nie. Terang-terangan lagi tu..Nurul blaja kat UM. Sy la tue.hehehehe.H jgn jeles tau. Main UNO...sy watak smpingan..dlm cerpen Nia...sy la heroin nyer...Hehehe. Itot pn jgn jeles k. :)
- c_little
- 16 years ago
-
6) hahaha alamak H, N tak perasan la.... ha'ah la si kecik ni study kat UM dulu. hahaha oit kecik, over nampak?? :p
- NJay
- 16 years ago
-
7) eleh si kecik... perasan tak ingat.... setakat Nurul blaja kat UM tu berlambak.... lambakan tau tak.. tahu le main UNO jadi pacakan saja.. tetiba declare heroin ni.. kiteorg tak terima.. no way... ehh adik H pun blaja kat UM.. dia kot heroin nyer.. HAHAHAAAAAAAAAAAAA.. :))
tgk H, jd heroin tapi senyap je.. time kasih N.. muahsssssssssssss!!!- Cupid_H
- 16 years ago
-
8) Tp H....takat ni ade sorg je Nurul yg study kat UM pastu dtg smbg kat benua australasia nie...Hehehe. Tp part akhir tu cm xde kaitan sgt...Hrmm..mungkinkah situasi itu bakal b'laku setahun setengah dr skrg? Hehehe..
Eleh H jd heroin kedua...watpe nk kecoh.. :P- c_little
- 16 years ago
-
9) uik sudah mengaku heroin nampak?? ini sudah lebeyhh..
p/s: H, kecik ni ada hati nak bermadu dgn H?! cmne tu H?- NJay
- 16 years ago
-
10) kenapa nama watak2 dalam citer nie kurang commercial..hehehe
- rain
- 16 years ago
-
11) cheh2..kenapa watak aini nie menyampaikan citer2 buruk..kurang seswai..
hehehehe- rain
- 16 years ago
-
12) waa...kenapa joe peluk nurul ng huda jer...aini dia xnak peluk skali ke?hehehehe
- rain
- 16 years ago
-
13) hamboih rainn.. dia nak jadi heroin jugak lar tu.. N dah masukkan nama korang pun dah kira ok tau.. byk pulak permintaan tambahan yer? ini sudah lebeyhhh :p
- NJay
- 16 years ago
-
14) hahhahaha...apsal ending dia cmtu plak? aisehh...mcm btol plak jadinya gossip tu.. cite dh okey kak nia tp elaborasi dia bout joe cam kurang..heehe =)
- syud
- 16 years ago
-
15) hehehe kurang ek syud? ha'ah kan.. title pun keranamu joe, tp tak citer sgt pun psl mamat tu kan? hehe.. xtahu lah apsal ending jadi cmtu. sebnanye nak buat ending lain. tibe2 melencong pulak. huhuhu
- NJay
- 16 years ago
-
16) hahahhahaa adei penat gelak baca komen korang-korang ni..hahaha NIa nia..dlm berjuta-juta-juta nama..nakkkk jugak guna NUrul, Maz, Aini, Nurul lagi, Huda.. (sila baca ayat ini dengan nada jeles tahap maksima ye N).
oh azie? adakah mengikut idea mai bukan nama sebenar?
pergh mmg sgt untung Joe dapat huda dan Nia, eh silap Nurul :P
saling support menyupport tu, pergh!
cayalah ini cerpen. we want more!- itot
- 16 years ago
-
17) hahaha abis tu dah budak2 tu asik menyalak nak nama diletak dlm novel jer.. nia bagi la diorg 5 minutes of fame dlm cerpen nih. kihkih..
sorry la tot..mgkn itot boleh meletak nama itot dlm novel sndri? kihkih.. haha N dgn H kan mmg saling support menyupport.tapi nak share share tu no way kan H? si little tu je yg sibuk nak share dgn H. N xmo share. heheh.
oh untung ke joe? untung ker? hehehe..no komen.- NJay
- 16 years ago
-
18) wah..........mengapekah lelaki itu dapat due org skali gus???? apekah nurul dan huda itu sanggup bermadu??? erks......hehehehe....ow...dahi nurul dikucup mesra???er...:p
suda tgk komen dari tuan penye name N dan H di atas....er...en Joe??? adekah ta mau komen??(ade ke en joe itu dalam kapasitor nih??:p)
nia...pas nih wat heroin citer nia...bdk um gak tp name die elly... ek...ley la...:p owh...dalam citer tu nanti ta mau diduekan yer....:p
kepade senior um yg telah menjadi heroin itu (c_little/Nurul)...tahniah...:p
hehe..best citer ni...ending die best....mmm.....- my_ellye
- 16 years ago
-
19) hamboihh smua pun nak jadi heroin. lps ni sbrg permintaan tak akan dilayan. makin menjadi-jadi pulak requestnyer.. sabo je la.. :p
- NJay
- 16 years ago
-
20) ala nia...bleh la...pls.......*dengan mate berkace seperti puppy comel:p
- my_ellye
- 16 years ago
-
21) Cerita best..ada twist. Tp kan rasa pelik sikit sbb twist tu mcm tak selari dengan cerita jahat c azie tu. Dan sy sependapat dgn syud, psl joe tu sikit sangat..takde eleborasi cemana joe dan nurul tu leh bersama. Ada tanda soal dlm kepala sy. Kalau twist ending + reason, rasanya lebih syok citer ni.
*Terkejut jugak baca ending tu..tetiba peluk2 pinggang..hehe..rupanya dah kawen..haha..- nurie
- 16 years ago
-
22) hmmmmm.
idea : sangat dekat dengan jiwa penulis ketika ini.
jalan cerita : bermula okey, tapi macam ending dan twist dia sedikit hilang kesinambungan. tapi ada banyak potential untuk diteroka, congrats kerana berani mencuba. one step further now :)
penceritaan dan susunan kata : baik but agak kurang brush up. cepat sangat nak post ni lepas tulis. hehe. susunan kata santai dan selesa dgn penulis.
all in all, wow! camni la attitudenya. berani mencuba! hehehe di samping menulis, menghiburkan kawan-kawan seunibesiti juga. kipidap yuhh!- cahatomic
- 16 years ago
-
23) ohoho..hebat2..tp itu sebenarnya realiti hidup skag kot??? ahaha
- masfer86
- 16 years ago
-
24) hohohoho... hari ni ellywong spend 1 hour tuk baca tot's n nia's entry... finally after lama tak bukak kapasitor sbb mls nak log in :P hehehee...
anyway,lawak betul cmmnt2. sakit perut baca.- ellywong
- 16 years ago
-
25) nia,
"Nurul menelan air liur yang kesat."
air liur kesat ke kelat? kalo dah terkeluar sampai dagu tu mmgla patut kene kesat kot. heehehe..
lama aku tak online. makin kreatip enkau ni ek? hehe..- pinkyunki
- 16 years ago
-
26) 2 sekali dia rembat?dasyat2..hehehe
- cherry93
- 16 years ago
-
27) oh my God! membace semula cerpen ni membuat ku malu2 kambing. did i really write this? apasal macam... macam... tak best? hohoho..
- NJay
- 16 years ago
-
29) ok la..best!
- babymilo
- 16 years ago
-
30) tak sangka nia tules cite camneh....tsk tsk tsk..
GO GO NIA! tules lagik!
ai loike!!hahaha- nutsdecoco
- 16 years ago
-
31) I like!
- 26life
- 15 years ago