Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fazrina Cinta '96 (7)

 

1996

 

Malam minggu yang suram. Perlawanan Akhir Piala FA. Liverpool vs Manchester United.

 

Masa tingkatan tiga ni, kawan-kawan aku yang biasa main bola gelarkan aku ‘Redknapp’, sempena nama seorang pemain tengah Liverpool – Jamie Redknapp. Diorang gelarkan aku dgn nama tu maybe sebab aku punya potongan rambut yang macam Jamie Reknapp (belah tengah), walaupun hakikatnya aku lebih meminati Steve Mcmanaman.

 

Sebelum sepak mula perlawanan akhir Piala FA di antara Liverpool dan Manchester United malam tu, semua pemain Liverpool bergaya dengan kot berwarna putih krim untuk sesi fotografi, memang hensem betul sorang-sorang player Liverpool malam tu.

 

Tapi kami hanya menang pada gaya je la, sebabnya ketika perlawanan seakan-akan akan berlanjutan ke masa tambahan, Eric Cantona telah menjaringkan gol kemenangan Manchester United pada minit ke-85, hasil kesilapan penjaga gol Liverpool – David James.

 

Frust betul aku malam minggu tu, dan kekecewaan aku berlanjutan hingga ke hari Ahad.

Tapi hari Isnin aku dah ok balik. Aku memang kena ok pun sebenarnya, coz aku ada misi yang harus aku selesaikan sekembalinya dari sekolah pada hari Isnin tu.

 

Misi aku yang pertama ialah mencari public phone yang kosong, dan yang orang tak beratur menunggu giliran untuk membuat panggilan. Setelah misi tu tercapai, aku terus mendail no telefon rumah Fazrina untuk menyempurnakan misi aku yang terakhir untuk hari tu.

 

“Assalamualaikum. Faz ada?”

“Waalaikumussalam, Faz ni. Hassan, sorry pasal kes kat TI tu, awak jangan kecik hati ekk? Saya betul-betul tak sengaja. Sorry ekk?”

“No hal la Faz, saya dah lupakan benda tu pun. Saya call awak ni pun sebab saya ada hal penting nak cakap.”

“Apa dia San? Cakaplah.”

“Saya dah tengok muka awak sekali, dan awak pun dah tengok muka saya sekali, walaupun kita tengok muka masing-masing tak sampai pun 10 minit. Senang cerita, saya nak jadi boyfriend awak la Faz. Saya bagi awak seminggu untuk fikir, Isnin depan saya call balik. Set?”

“Set.”

 

Faz pada mulanya terdiam mendengar permintaan aku tu, kemudiannya tergelak kecil sebelum bersetuju untuk memberi keputusan pada minggu hadapannya.

 

Aku cukup sedar yang ketika di usia 15 tu, aku masih lagi di bawah tanggungan orang tua aku, duit belanja sekolah pun diorang bagi. Dan aku juga cukup sedar bahwa Fazrina pun masih di bangku sekolah lagi, pendek kata memang tak logik la kalau budak tingkatan tiga nak bercinta sesame sendiri. Tapi aku tak dapat halang hormon remaja aku yang merembes keluar dengan pesat time tu, dan aku tak dapat halang adrenalin aku yang meningkat dengan mendadak time tu, dan aku tak dapat padamkan rasa sayang aku pada Fazrina yang telah mula tumbuh masa tu. Untuk pertama kalinya, aku start rasa sayang pada seorang perempuan yang bukan darah daging aku walaupun aku tau aku takde sebab yang kukuh untuk aku sayang dia, dan sebab tu la aku amik keputusan untuk approach Fazrina masa tu. 

 

Seminggu berlalu dengan cepat, dan di saat aku mendail nombor telefon rumah Fazrina untuk mengetahui jawapannya, debaran di dada aku terasa cukup kencang yang amat.

 

“Faz, camna? Awak setuju tak nak jadi girlfriend saya ni?”

“Sorry Hassan, saya tak nak.”

“Apasal?”

“Janganlah tanya apasal.”

“Ok lah kalau macam tu. Tapi saya harap kita boleh berkawan lagi.”

“Boleh Hassan, kita memang boleh berkawan lagi.”

“Terima kasih Faz. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam.”

 

Seperti mana itulah kali pertama aku mula menyayangi seseorang, itulah jua kali pertama seseorang yang aku sayang meninggalkan kesan yang amat pedih di hati aku. Dan seperti mana aku rasakan bahawa buat pertama kalinya seorang perempuan seolah-olah memberi harapan pada aku, itulah jua kali pertama aku merasakan bahawa seseorang yang aku sayang itu seolah-olah menghancurkan harapanku padanya.

 

Argh! Kau kejam Faz!

 

Put me out of my misery
I’d do it for you

would you do it for me?


We will always be busy making misery.

We could build a factory and make misery
Well create the cure; we made the disease
.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) alamak...cedihnyer..
    teruskn2...xsbr nk tgu next chapter..

  • (Penulis)
    2) robot - insyaAllah mlm esok aku sambung..hehehe...
  • 3) haha! sempoi!
    propos pun sempoi
    rejek pun sempoi

    jangan lah tanya apasal!
    hehehehe.

    koolness.
  • 4) oh ye. aku turut menonton final FA tu dari tiwi kat asrama. hehe form 2 baru.
    ah, teknik jaringan yg super kool dari eric. :p
    (btw, aku penyokong man utd since leeds juara liga 92 dulu. hehehe, tapi ya, aku bukanlah penyokong man u yg poyo dan poser, dan suka kutuk org, menang nasib pun bangga, pastu bile kalah invisible kat YM. HAHA!)

  • (Penulis)
    5) cahatomic - jgn lah tanya apasal? huhuhu..tp sebenarnya sampai hr ni la aku nk tau apasal...ekekeke..

    btw, bola eric cantona tu sebenarnya boleh diselamatkan, coz ada dua lagi player liverpool kat atas line gol. aku pun tak paham apasal diorang x dpt keluarkan bola tu...
  • 6) haha..agk kesian la kt san.tp, ok la.gentlr r wlpn cara dia tu agak lucu.blh x cpt cket upload 4 d nex chap? xsbr ne..hehe

  • (Penulis)
    7) nurish..buat msa ni x leh upload lg coz xde bahan, malam ni br start tulis blk..insyaAllah..
  • 8) haa.. yg ini menarik! ;)

  • (Penulis)
    9) jojo - menarik tang mana? ekekeke...
  • 10) ololoo..haha..

    rileks ah..unrequitted love itu normal~ ;)

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat