Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

AKU BUKANNYA UNTUKMU

 

AKU BUKANNYA UNTUKMU

           

            “ Tit..” bunyi nada dering menandakan ada mesej yang terbaru diterima. Ayunu mengambil telefon bimbitnya di atas katil lalu berhenti menyusun buku-buku di rak. Sebelum mesej dibuka, hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan yang menghantar mesej padanya waktu dirinya sibuk begitu. Sejurus “ handphone” dicapaimesej dibuka. Tahulah Auni bahawa abang angkat yang sudah lama tidak menghubunginya tiba-tiba muncul kembali bertanyakan khabar dirinya. “ Sudah tentulah Abang Mizi sangat sibuk dengan kerjanya seharian.” Kata hati Ayuni.

          “ Assalamualaikum Yuni. Yuni apa khabar? Sihat di sana? Lama tak dengar berita masing-masingkan?”

          Ayuni membalas, “ Waalaikumsalam.Yuni sihat sahaja. Betul juga. Masing-masing sibuk, susahlah nak berhubung. Hurmm.. Abang Mizi sihat? Kenapa ya tiba-tiba sahaja teringat balik kat Yuni ni lepas lama tak contact?”

          “ Abang sihat. Biasalah. Abang sibuk kerja kebelakangan ni. Yuni, abang sebenarnya ada perkara penting nak tanya Yuni. Tapi Yuni mesti janji yang Yuni akan jawab dengan jujur. Boleh?”

          Berdengup jantung Ayuni apabila tiba-tiba sahaja abang angkatnya bernada serius dalam bertanyakan soalan yang berkehendakkan kejujuran hatinya. “ Tanya soal hati ke agaknya dia? Tapi dia dan aku Cuma ibarat adik-beradik, tidak lebih dari itu.Apa yang serius agaknya?”pelbagai soalan yang terlintas di benak fikiran Ayuni yang kebingungan dengan sikap pelik abang angkatnya itu.

          Akhirnya, Ayuni membalas mesej yang diterima. Tidak disangka-sangka rupanya abang Mizi bertanyakan tentang dirinya sama ada sudah mempunyai teman istimewa atau tidak. “ Arghh….,” jerit hati kecil Ayuni.Rimasnya rasa bila dibelenggu solan begini oleh seorang lelaki yang pernah menyimpan hasrat hati terhadap dirinya suatu ketika dahulu sedangkan dia tak pernah membalas. Padanya, abang angkat hanyalah seperti seorang abang sahaja tetapi masih lagi tidak muhrim untuk begitu mesra.

          Berterus-terang adalah keputusan yang terbaik bagi Ayuni. “ Hurmm… Sebenarnya Yuni dah ada yang istimewa. Kenapa Abang Mizi Tanya soalan ni pada Yuni?,”Ayuni inginkan kepastian.

          Berderau jantung Ayuni sebaik sahaja mesejnya dibalas. Tidak disangka abang Mizi meluahkan hasrat hati yang ingin melamar dirinya. Dunia dirasakan berputar seketika mendengarkan penjelasan abang Mizi itu.

          “ Arghh, tidak mungkin ini semua terjadi. Aku  baru sahaja menginjak masuk umur yang ke-20. Masih terlalu awal untuk aku mengikat tali pertunangan dan menjalani alam pernikahan dalam masa yang begitu singkat. Sedangkan diriku ini sedang sibuk melanjutlkan pelajaran dan menyimpan hasrat untuk membantu keluarga dan bukannya ingin membina keluarga sendiri. Apatah lagi, abang Mizi sudah mencecah umur 30-an. Memang selayaknya dia sudah berbahagia dengan keluarga pada masa ini tetapi mungkin belum ditemukan jodoh lagi. Tapi, yang penting tidak mungkin yang menjadi pasangan hidupnya adalah aku. Aku tidak rela dengan ketentuan ini,” ngomol hati kecil Ayuni seorang diri.

          Hasrat abang Mizi, Ayuni tolak baik-baik agar tidak melukai hatinya. Tetapi, siapalah yang hatinya tidak terguris tatkala wanita yang diidamkan tidak sudi menerima lamaran dirinya. Perasaan ingin berkeluarga semakin terasa dalam dirinya yang kian meningkat usia. Apatah lagi melihatkan kawan-kawan sekerja yang riang dan bahagia di samping keluarga tercinta. Ayuni faham dengan situasi yang dialami abang Mizi. Tapi, apakan daya cinta itu sememangnya tidak boleh dipaksa. Cinta hadir bila adanya keikhlasan antara dua hati.

          Meskipun abang Mizi menawarkan untuk membiayai segala perbelanjaan pelajaran dan kos hidup, namun ayuni berkeras untuk menolak kerana ada nama insane lain di hatinya di samping ingin berbakti kepada keluarga tercinta. Ayuni bukanlah untuk abang Mizi. Mungkin satu hari nanti abang Mizi akan bertemu dengan insane yang lebih baik dan mendapat cinta sejati darinya. Ayuni hanya mampu mendoakannya. Maafkan Ayuni, abang Mizi…

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) salam madiah :)

    idea: cerita ni santai. saya faham mesejnya. cuma kurang kick :) mungkin untuk tulisan akan datang madiah boleh tambahkan konflik dan mainkan isu yang lebih mencabar.

    penceritaan: ada peningkatan dari penulisan sebelumnya.

    susunan kata: pun ok :)

  • (Penulis)
    2) salam caha..k.thanks.insallah,ade mase ley create cite yg ok ckit..
  • 3) teruskan menulis madiah
  • 4) eh ayuni ni..klo xmo abg mizi nk watpe ber'arghh2'? hahaha

    patutnyer xyah fikir twice..xyah penin kepala ckp xbersedia ke ape.. :p

    bgus utk permulaan madiah..tingkatkan prestrasi kurangkan kontroversi..zaassss..layan! ;)

Cerpen-cerpen lain nukilan madiah

Read all stories by madiah