Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

“What? Bergaduh Lagi? You Tahu Tak Bergaduh Tu Bukan Perkara Yang Normal?” Entah Dari Mana Pula Daddy Muncul. Terkejut Aqeem Hafizi.

“What? Bergaduh lagi? You tahu tak bergaduh tu bukan perkara yang normal?” Entah dari mana pula daddy muncul. Terkejut Aqeem Hafizi.

  • 7
  • adra
  • 15 years ago
  • 4,439
  • FREE

Kembar dua pasang sering disangka rapat dah sebulu. Tetapi tidak bagi Aqeem Hafizi and Aqeel Hakimi. Mereka tidak sependapat dan lain benar cara dan pergaulan. Gelaran anak emas diberikan kepada Aqeel sebab sikapnya yang lembut berbanding Aqeem yg sering bergaduh dan panas baran. Keadaan berubah apabila Aqeem ternampak seorang gadis menangis teresak-esak di luar rumahnya sambil meninjau ke dalam. Itu tunang kembarnya, Maisara. Hairan Aqeem kemudian dia menegur gadis itu.

 

Aqeem Hafizi sengaja membiarkan tali lehernya yang senget dan longgar tanpa merapikan semula ikatannya. Selamba dia melangkah sedang penuntut kolej lain bersorak memerhatikan penampilannya yang tampak selekeh. Mereka kagum dengan hero yang berambut pacak ini. Sebelah seluar bergulung hingga ke lutut manakala yang sebelah lagi labuh menutup kasut. Kemejanya usah katalah. Langsung berkedut. Pada awalnya baju itu elok tersisip di pinggang seluar tapi sekarang sebaliknya pula.

 

Dia tersenyum puas. Pucuk dicita ulam mendatang. Nahas si mulut bocor itu dibelasahnya tadi. Tiada sesiapa berani menghalang tindakannya malah pensyarah sudah letih mengambil tahu perihal pelajar bermasalah sepertinya. Bijak namun memeningkan kepala! Anugerah dekan sudah pasti akan menjadi miliknya pada setiap semester. Itu yang buat pelajar lain hormat padanya. Lagi pula Aqeem bukannya mengamuk pada sebarang perkara, tetapi dia ingin menegakkan keadilan. Pantang baginya pihak yang lemah dibuli. Kalau nak cari lawan, biarlah sama saiz atau tenaga. Jangan jadi bacul!

 

Tangannya yang melepaskan penumbuk tadi digosok-gosok. Walaupun sakit sedikit, perkara itu tidak mendatangkan masalah buatnya. Dah kalis, alah bisa tegal biasa kata orang. Dalam keseronokan dia membayangkan kemenangan yang diraih sebentar tadi, tak semena-mena seseorang menepuk bahunya dari belakang. Aqeem tahu benar siapa gerangannya. Tak lain tak bukan tentulah mamat skema kebanggaan mummy dan daddy. Mana tak jadi kesayangan, ditatang bagai minyak yang penuh. Mulut manis sangat. Pandai ambil hati diorang. Hipokrit!

 

Ingat dengan muka tak bersalah alias innocent tu boleh kelirukan aku ke? Orang lain boleh terpedaya, tapi jangan harap nak tutup belang depan aku. Heh… tolong sikit. Kita kenal bukan sehari dua lah. Asyik nak berlagak baik di sebalik perangai yang serupa buaya darat? Tolonglah faham. Meloyakan tekak je.

“Kenapa buruk sangat perangai kau ni Qim?” berdesing telinganya mendengar tuduhan melulu sebegitu. Siapa dia untuk menghakiminya sebegitu rupa? Sejahat-jahat aku tak macam kau lah ngok!

“Kau ingat kau tu baik sangat macam malaikat ke? Nak cakap aku setan lah ni?” Garau suaranya membalas pertanyaan.

“Aku cuma tak suka kau cari gaduh dengan orang. Nanti orang pandang rendah kat kau. Tahu guna kekerasan je untuk selesaikan masalah. Kalau mummy dengan daddy tahu, aku dah tak boleh nak tolong kau. Kau kan faham perangai diorang,” Aqeem memalingkan wajah. Menyampah dia mendengar syarahan daripada orang yang cakap tak serupa bikin.

“Tak, aku tak pernah faham diorang. Sebab aku bukan anak platinum macam kau. Dan aku tak pernah mintak diorang ambik tahu pasal aku. Kalau aku kena belasah sampai rebeh bahu pun bukan diorang peduli. Lainlah kau, luka sikit gempar satu dunia. Aku ni keras. Aku tak dilatih bersopan-santun macam kau. And for sure, I’ll give respect for those who want to respect me Mr Aqeel Hakimi,” terpempan kembarnya mendengar bicara tajam itu.

 

Memang sejak dulu mereka tak pernah sebulu. Kini apabila kedua-duanya menginjak usia dewasa, ikatan persaudaraan antara mereka kian renggang. Yang pasti, buruk bagi Aqeem cantik bagi Aqeel, jika cantik bagi Aqeem pula buruk bagi Aqeel. Mereka takkan pernah sependapat.

 

Pintu keretanya dihempas sekuat hati. Deruman enjin BMW Z4 Roadster menandakan pemandunya berada dalam mood yang tidak baik. Lagu kegemarannya nyanyian daripada kumpulan The Click Five dipasang sekuat hati. Biar bergegar satu kereta. Sedang dia asyik menghayati lagu berentak emo rock itu sampai terangguk-angguk kepala, kelibat seorang pejalan kaki menyentak perhatiannya. Kala itu, serta merta dia menekan brek. Pucat lesi seketika! Jantungnya berdegup kencang.

“Meletup!” Latahnya tiba-tiba. Qim hampir sahaja membuka pintu kereta namun bunyi hon daripada pemandu lain menyebabkan dia membatalkan sahaja hasrat itu. Serabut betul! Nak bagi pengajaran sikit pun dah kecoh-kecoh. Kalau dia keluar dari kereta, tahulah nasib pejalan kaki yang tidak tahu melihat kiri kanan. Ada dicekiknya sampai terjelir. Kalau kena langgar tak ke menyusahkan orang? Huh! Dia merengus lagi.

 

How come you be like this Qim?” Sapaan mummy semasa dia berkejar untuk naik ke bilik tidak mampu dielak.

Seteruk perangainya itu belum pernah dia berkurang ajar terhadap insan yang telah melahirkannya ke dunia ini. Sekali pun tak pernah walaupun hatinya terhiris pedih mengenangkan sikap berat sebelah wanita yang dipanggil mummy.

Just a little show, mummy. A true man fighting,” balasnya sambil menunduk. Langsung tidak menentang pandangan mata mummy. Dia tahu sangat, pasti hanya jelingan dihadiahkan buatnya.

What? Bergaduh lagi? You tahu tak bergaduh tu bukan perkara yang normal?” Entah dari mana pula daddy muncul. Tengkingan lelaki itu menyesakkan dada Aqeem. Dia terhimpit. Berat untuk menghela nafas.

For me that’s very normal dad. Qim dah biasa,” balasnya tanpa teragak-agak. Sudah biasa disindir setiap kali pulang dengan wajah yang lebam. Dia dah kalis. Macam kalis air rasanya.

“You ada fikir tak macam mana nak hadiri pertunangan Qil kalau keadaan macam ni?” soalan mummy langsung tidak meninggalkan kesan buatnya. Balik-balik takde topik lain. Anak platinum tu jugak yang jadi sebutan. Memang kena sangatlah gelaran yang ditujukan kepada Aqeel. Bukan anak emas lagi dah kalau dimanjakan ke tahap begitu. Dia sendiri jelak.

“Yang nak bertunang Qil. Not me. Jadi untuk tak memalukan mummy dan daddy yang ada anak kaki pukul macam ni, Qim takkan datang. Jangan bimbang,” ucapnya perlahan namun sebak. Hanya dia yang rasa, hanya dia yang tanggung. Sedihnya!

 

Tengku Halim dan Tengku Rozana saling berpandangan. Kenapalah keras hati sangat si Aqeem ni? Tak seperti abangnya, Tengku Aqeel Hakimi. Lebih matang dan mendengar kata. Mereka terpaksa terima bahawa Tengku Aqeem Hafizi sememangnya degil dan keras kepala.

Paksaan daripada adik bongsunya membuatkan Aqeem akur untuk menghadirkan diri. Tengku Ariyana beria-ria membelikan sepasang baju Melayu untuk ke majlis pertunangan abang sulung mereka itu. Aqeem faham benar maksud niat murni yang terselindung di sebalik tindakan adik bongsunya. Ariyana mahu melihat kedua-dua abang kembarnya berbaik. Tapi terima kasih je lah Ari… belum sampai seru.

 

“Bosan lah. Ari nak gi ambil makanan jap ye,” rungut adib bongsunya sebelum berlalu.

“Ambik lebih-lebih sikit,” Qim geleng kepala. Itulah, semalam bukan main semangat lagi nak ikut, sampai je sini melantak tak habis-habis. Mummy dan daddy beramah mesra dengan bakal besan mereka, manakala dia dan Ariyana sibuk memenuhkan tangki. Duduk berasingan daripada orang tua-tua yang sibuk berbincang. Aqeel pula setia menunggu dalam kereta. Bahagialah tu, bertunang.

 

Dalam pada sibuk menyuap makanan, mata Aqeem terpandang seorang gadis yang berdiri di hadapan pintu pagar banglo itu. Berbaju kurung merah jambu polos dan berselendang warna senada. Tangannya memegang pipi. Perlakuannya bagai sedang menangis. Tetapi menangis kerana apa pula? Apa hajat gadis itu datang ke mari? Siapa yang sedang diintainya? Perasaan ingin tahu Qim meruap-ruap. Dia meninggalkan Ariyana yang sedang ligat menyuap makanan. Mata Tengku Rozana terbuntang bila menyedari kelibat anak keduanya yang hilang secara tiba-tiba.

“Angah mana?” dia menyoal. Namun Ariyana menjawab dengan gelengan tanda tidak tahu.

“Dia buat perangai lagi,” desis Tengku Rozana. Suaminya yang duduk di sebelahnya buat- buat tak faham.  

 

Gadis itu segera melarikan diri apabila kehadirannya di rumah mewah itu telah mengundang perhatian seseorang. Dia mengumpulkan segala kudrat.untuk terus melangkah namun malang sekali apabila kakinya tersadung seketul batu di atas jalan. Qim tergamam. Kedengaran suara gadis itu menangis. Dia menangis bukan kerana sakit disebabkan jatuh tetapi sakit hati. Sakit hati dengan kata-kata dusta yang pernah diungkapkan oleh lelaki bernama kekasih.

“Kau okey ke?” Penuh berhati-hati dia menyapa si gadis. Namun tangisannya makin kuat kedengaran. Belas pula hati Qim melihat darah yang mengalir daripada luka di tapak tangan gadis itu.

“Dahlah, jangan nangis. Kau dah besar. Buruk rupa kalau nangis. Aku dahlah tak pandai nak berlembut-lembut ni. Kau intai siapa tadi?” bening mata gadis itu ditatapnya.

“Saya tak intai sesiapa pun. Saya cuma cari hati saya. Hati yang dah hilang,” terkernying Qim mendengarnya. Biar betul perempuan ni?

“Kau derma hati kat siapa pulak dah?” Bodoh-bodoh dia bertanya. Sangkanya gadis itu insan dermawan yang mendermakan sebahagian daripada hatinya untuk seorang pesakit meneruskan hidup.

“Kenapa awak ni bengap sangat? Saya tengah cari cinta hati saya. Dia dah tinggalkan saya macam tu je. Sepatutnya hari ni merupakan hari pertunangan kami,” Dush! Kena sebiji. Betul-betul atas batang hidungnya. Tak pernah sekali pun dalam hidupnya dia dikata bengap.

“Siapa?” Soalnya ingin tahu.

“Aku!” Qil sudah hilang sabar. Dia tak mahu membuang masa menonton drama air mata yang diciptakan oleh gadis bernama Maisara ini. Demi mendengarkan kata ganti nama jejaka itu yang telah berubah, si gadis semakin pilu.

 

Qil merengus. Cinta mereka telah berakhir. Kenapa susah sangat Maisara nak faham? Dia buntu! Dan gadis itu bukanlah terlalu penting jika hendak dibandingkan dengan kemahuan mummy dan daddy. Dia tak perlukan Maisara untuk melengkapi hidupnya. Dia ada Elly.

“Kau jangan nak pura-pura Maisara. Aku tak pernah cintakan kau sebagaimana aku cintakan Elly. Lagipun ada aku bawak kau jumpa parents aku? Belum pernah kan? Kau baliklah. Jangan buang masa kat sini,” sungguh sinis dia bersuara.

Teresak-esak Maisara menangis. Mencerlung biji mata Qim mendengar kata-kata yang meluncur daripada mulut abang kembarnya. Memang biadap! Qil benar-benar keterlaluan. Tergamak dia berbicara sebegitu terhadap seorang gadis yang tulus mencintai. Terlalu muliakah dirinya hingga berhak mengutuk orang lain sewenang-wenangnya?

“Kan aku dah kata kau ni memang buaya darat. Berlagak baik depan mummy daddy. Kalaupun orang lain buta, tapi aku tak Qil. Aku tak pernah terpedaya dengan kebaikan kau. Tengok saja sekarang ni. Senang-senang kau putuskan hubungan dengan Maisara. Kau hina dia macam dia takde maruah. Kau halau dia macam dia tak layak untuk dihormati. Fine, Aku memang kasar, jahat dan segala jenis lagi sikap negatif ada pada aku. Tapi aku belum pernah layan perempuan macam ni. Kau dah buktikan yang kau lagi teruk daripada aku. Aku memang tak patut bagi muka pada abang macam kau!” Melengking nada Qim. Cepat saja tangannya mencekak leher baju Melayu Qil. Dia hilang kesabaran bila berhadapan dengan manusia perasan bagus seperti ini. Siapa Maisara kepada Qil bila abangnya itu mula mengerti makna cinta?

“Takpelah Qil. Terima kasih sebab dah sedarkan saya. Saya je yang lebih-lebih. Orang dah tak nak, buat apa kita nak tangah lagi. Betul cakap awak tu. Saya setuju sangat. Tapi saya kesal, sebab suatu masa dulu ada orang yang merayu-rayu kat saya untuk jadi teman wanita dia. Dan ini kesudahan yang saya terima bila saya jadi sebahagian daripada hidup dia. Dibuang macam takde harga diri,” Qim tersentuh mendengar kata-kata yang terucap di bibir Maisara.

Dilihatnya gadis itu tertunduk-tunduk menahan esakan. Sedangkan Qil berlalu begitu sahaja. Senangnya cinta abang kembarnya beralih arah? Mudahnya yang dikasihi bertukar ganti… Andai dia punya kesempatan untuk menyayangi, dia ingin memiliki gadis seluhur Maisara. Dan gadis tinggi lampai itu melangkah longlai. Hujan gerimis mengiringi kesedihan yang ditanggungnya. Awan mula berarak mendung. Titisan kecil mula bertukar kasar. Maisara mengetap bibir. Terhincut dia berjalan kesan daripada kecederaan pada lututnya. Titisan hujan yang mengenai luka benar-benar membuatnya merana. Bibirnya diketap-ketap. Pedihnya! Namun pedih lagi luka di hatinya. Qim tidak sampai hati melihat gadis itu berseorangan pada waktu begini. Terbit rasa tanggungjawab dalam dirinya. Dia perlu membela nasib Maisara yang telah dicela oleh Tengku Aqeel Hakimi.

“Biar saya hantar awak balik,” pelawa Qim. Tersentuh hatinya bila melihat air mata yang bertitisan membasahi pipi Maisara. Gadis itu menggeleng lemah.

“Saya tak perlukan simpati dan saya tak nak balik,” ungkapnya sepatah. Namun cepat sahaja Qim meraih tangannya. Hatinya tidak setegar Qil untuk membiarkan gadis ini melawan sengsara bersendirian. Dia sanggup berbasahan bersama Maisara.

“Habis tu kau nak gi mana?” Soal Qim tegas. Maisara hanya membisu. Dia terus menggeleng dan menggeleng. Tetapi Qim telah berikrar untuk melindungi gadis ini dari terus terluka. Dan pada hari ini biarlah dia bermula dengan melakukan satu kebaikan. Lantas dia menahan teksi yang kebetulan lalu di situ untuk menghantar gadis ini pulang ke rumahnya.

“Ya Allah Sara! Kenapa luka-luka sampai begini? Terima kasihlah nak sebab hantar anak mak cik balik,”

“Tak mengapa mak cik,” lembut dan sopan kedengaran suaranya. Namun kalut Qim hendak menjawab pertanyaan daripada ibu Maisara. Mujurlah tidak kelihatan pula ayah gadis itu. Jika tidak lagi parah. Berderau darah jawabnya. Yang si Maisara pun satu, diam tidak berkutik. Betul-betul macam orang hilang semangat. Takde maknanya nak seksa diri sendiri sebab lelaki tak guna macam Qil tu. Bentak kata hatinya.

“Dia terjatuh tadi mak cik. Tapi saya tak pasti pula kenapa,” ringkas sahaja jawapannya. Tetapi hati tua Puan Aisyah mengerti masih ada perkara yang disembunyikan oleh anak muda ini. Qim serba salah apabila ibu Maisara menentang pandangan matanya dengan penuh kemusykilan. Sebaliknya dia menunduk lalu terpaksa akur untuk menceritakan perkara sebenar.

“Saya minta diri dulu mak cik. Hari pun dah lewat ni,” segaris senyuman terukir di bibirnya. Lantas tangan wanita itu dikucup lembut. Puan Aisyah ternyata menyenangi keperibadian anak muda ini. Segak berbaju Melayu dan bersongkok, wajahnya juga bersih dan tampan. Bertuah siapa yang dapat menantu sepertinya.

 

Where have you been Qim?” Sinis kedengaran suara mummy.

“Qim pergi satu tempat yang indah. Where nobody among us had been yet,” Tengku Rozana gigit bibir. Memang dia takkan dapat jawapan yang pasti daripada Qim. Anak keduanya ini memang lain daripada yang lain. Dia sendiri tak pernah memahami Qim. “Tak beradap tinggalkan tuan rumah macam tu je tadi,” sela daddy nya pula. Asal mummy buka mulut, mulalah daddy menyambung. Dia naik muak. Ada keluar muntah hijau nanti.

“Cuba daddy senaraikan lagi apa perkara yang biadap? Apa beradap ke kita kalau hina orang yang pernah sayangkan kita? Beradap ke kita kalau buat orang lain kecewa sebab kita?” Menggigil Qim menahan suaranya. Darjah kemarahannya naik ke tahap paling atas. Dia sendiri tak pasti mampu mengawalnya atau tidak.

“Kau jangan nak kurang ajar dengan daddy, Qim!” Nak tunjuk baik lagilah tu.

“Along, jangan tengking angah macam tu,” sakit hati Ariyana melihat kelakuan angkuh abang sulungnya. Dia benci dengan Qil yang sering kali menjadi kebanggaan ibu bapa mereka. Dia benci. Qil pandai berpura-pura. Oleh sebab itulah dia lebih menyayangi Qim. Walaupun kasar, abang keduanya ini telus dengan setiap perkara yang dilakukan. Lima jari Qil melekap di pipi Ariyana. Tengku Rozana dan suaminya terkesima. Gadis itu menyentuh pipinya yang terasa perit.

“Ari pergi masuk bilik! Jangan sibuk kat sini!” Jerkahannya membuatkan Ariyana bertambah sebak. Gadis itu berlari ke dalam dakapan Qim.

Qim mencebik. Menyirap darahnya bila menentang pandangan Qil. Dia sungguh geram! Mungkin inilah masanya untuk dia mengajar orang yang terlalu ‘baik’ seperti Qil.

“Kenapa kau lempang Ari? Mana pergi ciri-ciri lelaki cool yang tebal dalam diri kau tu? Kalau dengan adik pun kau berani naik tangan, fahamlah aku macam mana kau tergamak layan Sara teruk macam tu. Nampak sangat kau ego Qil,” Qim menenangkan adik bongsu mereka yang berusia lima belas tahun ini. Dia belum pernah menjentik Ariyana, apa pula kuasa Qil untuk menampar adik kesayangannya itu? Lesen anak sulung? Pegi daa… pipi Ariyana nampak membengkak. Hiba Qim melihatnya.

 

“Dah Ari. Masuk bilik dulu. Nanti angah datang,” pujuknya sambil mengusap rambut pendek Ariyana. Ekor matanya memerhatikan langkah si bongsu sehingga anak dara itu selamat masuk ke dalam biliknya.

 

“Kau terasa ke Qil? Kau takut aku bocorkan rahsia kau depan mummy dengan daddy? Tengoklah! Ni anak yang mummy daddy manjakan. Yang selalu dibanggakan. Takpelah, dia anak yang baik. Ikut cakap. Taat, sampai sanggup khianati cinta pada gadis yang telah ditaburkan janji. Bukan macam Qil tahu pukul orang je. Tak pernah buat parents rasa untung ada anak macam Qil. Balik rumah je bawak bekas lebam. Malu kan mummy ada anak buruk perangai macam Qim? Betul tak daddy? Tapi Qim dah kalis. Tak rasa apa lagi. Cuma Qim minta, tolong bukak mata. Tengoklah anak platinum mummy ngan daddy dengan mata hati. Bukan dengan mata semata-mata,” ujarnya sambil mengenggam penumbuk. Hampir sahaja penumbuknya mengenai biji mata Qil, daddy memautnya dari belakang.

“Sudah Qim! Cuba bagitahu daddy, apa sebenarnya yang berlaku?” Bergema suara daddy. Kedua-duanya akur lalu membuntuti daddy dan mummy yang menuju ke perpustakaan mini.

“Kalau kau tengok betapa kesiannya dia, Qil. Betapa dia menghargai kau. Dia simpan gambar-gambar kau. Setiap malam dia renung,” Dalam makna ucapan itu. Segalanya bagai hirisan belati yang menusuk jiwa.

 

Setelah mendengar cerita yang sebenar daripada mulut Qil serta pengakuan anak sulung mereka, Tengku Rozana dan Tengku Halim menggelengkan kepala. Seakan tidak percaya pula. Bagaimana perangai Qil boleh berubah tiga ratus enam puluh darjah? Andai anak sulung mereka itu menceritakan perkara sebenar, tentu idea untuk mengahwinkan dia dengan Tengku Elly takkan timbul. Namun ini semua pilihan Aqeel Hakimi. Dia harus meneruskan jalan yang telah dipilih.

“Mummy daddy, Qim nak minta izin,” mereka tercengang-cengang menantikan ayat yang seterusnya meniti di bibir Qim.

“Izin untuk apa Qim?” jejaka itu ketap bibir. Wajahnya tampak bersungguh-sungguh. Bagaikan berat keputusan yang telah diambil.

“Qim nak mengahwini Maisara. Qim akan jaga dia. Qim tak nak dia kecewa lagi,” betapa terharu Tengku Rozana mendengar bicara anak yang selama ini dingin di matanya. Dia terlalu banyak menyalahertikan tindak tanduk dan niat Aqeem. Sesungguhnya sebagai ibu, dia menyayangi semua anak-anak yang hadir sebagai penyeri hidup mereka suami isteri. Lantas dipeluknya Qim erat-erat. Sebak jejaka itu menerima dakapan hangat ibunya. Tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipi.

“Kami restui Qim,” kata-kata daddy membuatkan air liur tersekat di kerongkong Qil.

Qim tidak melupakan janjinya untuk masuk ke bilik Ariyana. Perlahan pintu diketuk.

“Siapa?” kedengaran serak suara gadis itu. Qim mengerti, tentu saja adiknya itu masih bersedih.

“Angah,” balasnya pendek.

Ariyana tersenyum sebaik sahaja melihat wajah abang kesayangannya di muka pintu. Sayu hati Qim apabila melihat pipi kanan Ariyana kemerahan-merahan. Bengkak pula. Tentu sakit. Bayangkan tangan lelaki yang kuat tenaganya singgah di pipi seorang remaja perempuan. Tak tercabut gigi pun dah kira untung. Kesian betul adiknya ini.

“Ari dah tidur ke tadi?” Ariyana mengangguk. Namun lenanya sekadar tidur-tidur ayam. Dia menunggu kedatangan Qim. Abangnya ini pandai melayan kerenahnya. Bukan macam along, langsung tak mesra. Nak gurau pun susah.

“Dik, kalau angah nak bagi Ari kakak ipar okey tak?” soalnya seraya menyelimutkan Ariyana yang mula berbaring. Gadis kecil molek itu kerut dahi. Setahunya along yang bertunang, takkan secepat kilat angah pula yang hendak kahwin. Tiada angin tiada ribut, bila agaknya angah menemui kekasih hati? Belum pernah angah yang brutal berbicara mengenai pasangan hidup secara terbuka.

Why not? If you happy, I’m happy for you,” Lega Qim mendengar jawapan adiknya.

“Minggu depan kita jumpa dia ya?” Ariyana tersenyum girang. Dia benar-benar teruja untuk menemui gerangan idaman kalbu abangnya ini.

“Worait,” balasnya ceria. Qim mencuit pipi adiknya. Namun tidak lama selepas mereka berbual mesra, kedengaran bunyi tombol pintu dipulas. Derapan tapak kaki semakin menghampiri mereka. Masing-masing berdebar untuk berpaling. Sapaan suara garau itu mematikan mood Qim. Dia berlalu keluar dari bilik itu. Memberi laluan untuk Qil yang sedang memegang sebotol minyak memujuk adik mereka. Nak sapu ubat agaknya tu.

 

Qim mematikan enjin BMW kesayangannya. Dia merenung Ariyana yang masih terpaku di sebelah. Dia menunaikan janji untuk memperkenalkan Maisara kepada adik bongsunya selain untuk menziarahi gadis itu yang nyata berada dalam situasi membimbangkannya tempoh hari.

“Assalamualaikum,” sopan dia memberi salam. Ariyana hanya tercegat. Diam tidak berkutik di sebelah abangnya. Dia rasa tenteram berada di sini. Rupanya masih ada perkampungan di sebuah bandar maju sebegini. Gadis ini benar-benar kagum, hatinya terusik bila mengamati keindahan alam semulajadi. Selama ini mereka adik beradik bagaikan terperangkap di dalam sebuah istana yang lengkap dengan serba serbi kemudahan tanpa mengetahui betapa indahnya dunia luar. Benarlah jawapan abang keduanya ini sewaktu menjawab soalan mummy.

“Waalaikumussalam,” terjengul seorang wanita berusia dalam lingkungan lima puluhan di hadapan dua beradik itu. Lantas Qim tunduk menyalami wanita tersebut diikuti Aryana tanpa banyak soal.

“Susah-susah je kamu datang Qim,” ujar wanita tua itu merendah diri. Qim hanya tersenyum.

“Takde susahnya mak cik. Duduk rumah pun bukannya kitorang boleh buat apa-apa. Ini buah tangan untuk mak cik,” ramah Ariyana bercerita. Terhibur wanita tua itu melayani kerenahnya.

“Masuklah dulu,” mereka hanya menuruti Puan Aisyah dari belakang.

 

“Jomlah kita ambil angin kat luar,” mendatar sahaja nada Maisara mempersilakan tetamunya itu. Sebetulnya, hatinya sentiasa berdegup pantas bila melihat wajah Aqeem. Kenapalah Aqeem dan Aqeel kembar? Dia akui, meski Qim lebih kasar berbanding abangnya namun jejaka ini telus. Sayangnya dia tak pernah menyedari kehadiran jejaka ini kerana Aqeel terlebih dulu memunculkan diri. Kalaulah dia boleh mencintai Aqeem yang tahu menghargai…

Qim mengangguk tanda bersetuju. Adiknya asyik menikmati minum petang yang disediakan oleh ibu Maisara. Budak tu kalau pasal makan, memang nombor satu.

 

Maisara menghulurkan sebiji buah manggis yang baru dipetiknya tadi. Kebun kecil di belakang rumah ini hampir menjadi sebuah dusun dek sentuhan tangan emak yang begitu menjadi. Tanamlah apa sahaja, pasti tumbuh elok.

“Awak tengok manggis ni. Cuba kira berapa tampuknya,” tutur Maisara selamba. Qim menjungkit kening. Terpegun. Gadis ini sudah ada mood untuk berbual-bual.

“Enam. Kenapa?”

“Cuba teka isi kat dalam tu berapa?” Duga Maisara sambil tertawa.

“Eh! Ada enam jugaklah. Kenapa boleh sama ye?” Soal Qim penuh minat. Dia tak pernah tahu bilangan tampuk mewakili ulas isi manggis.

“Itulah magic nama dia,” usik Maisara.

“Sebenarnya, saya pun tak tahu kenapa. Tapi mak saya yang cakap macam tu. Orang dulu-dulu banyaklah yang diorang tahu,” ramah dia berbicara.

“Pandai gak awak ni erk. Awak dah pulih ke Sara?” Tepat telahan Maisara. Akhirnya soalan yang keluar dari mulut Qim.

“Saya mana ada sakit pun. Saya dah tak nak fikir lagi. Takde faedah bersedih untuk orang macam dia,” balasnya penuh yakin. Qim tersenyum. Seraut wajah lembut di hadapannya sungguh meruntun hati.

“Awak tolong jangan benci dia. Dan jangan samakan saya dengan dia pulak walaupun kami adalah saudara kembar,” permintaan yang diucapkan si jejaka membuatkan Maisara terkesima. Baiknya hati Qim kerana masih berfikir tentang abang kembarnya. Namun membenci atau tidak merupakan haknya. Tidak boleh dipaksa-paksa.

“Awak jangan risaulah pasal tu. Awak terlalu berbeza kalau nak dibandingkan dengan dia. Memang awak kasar tapi awk tak sakitkan hati saya. Kalau orang lain tengok dia yang sopan tu mesti rasa dia baik. Tapi hakikatnya, kita je yang tahu. Dia dah hancur luluhkan kepercayaan yang saya beri,” Tiada air mata lagi untuk menangisi detik suram itu. Kini Maisara harus teguhkan pendirian.

“Awak, saya minta maaf bagi pihak dia. Bagilah saya peluang untuk sejukkan semula hati awak. Saya tahu, tak mudah untuk awak terima saya tapi kita boleh cuba kan?” sungguh tulus penghargaan yang dilafazkan oleh Qim. Dia serius. Mata bening Maisara ditatap penuh mengharap.  

 

*                                                       *                                                                            *

 

Maisara menopang dagu. Ditatapnya sekujur tubuh yang masih berpijama dan berselimut. Dibelek pula jari manis tangan kirinya. Ada sebentuk cincin yang menghiasi jari itu. Hatinya tersentuh setiap kali memegang cincin tersebut. Cincin perkahwinan sebagai tanda dirinya telah sah bergelar isteri kepada Tengku Aqeem Hafizi. Sesungguhnya kedatangan keluarga jejaka itu secara mengejut untuk menyuntingnya diterima dengan keterbukaan. Sangkanya Qim hanya bergurau namun jejaka itu bersungguh-sungguh untuk meneruskan niat murninya. Dalam sudut hati kecilnya, dia yakin Qim mampu menjadi suami yang baik walaupun agak kecoh rakan-rakan mereka menggelar jejaka ini dengan nama timangan tulang besi di kolej. Dia tidak ingin lagi memandang ke belakang. Hidup ini bakal menjadi indah jika manusia mampu mencoraknya dengan bijak.

 

Ternyata, dia tidak salah perkiraan dengan menerima Qim sebagai suaminya meski usia mereka masih muda, baru mencecah 21 tahun. Malah usianya belum lagi genap memasuki angka tersebut. Dia bahagia dengan ikatan ini, apatah lagi jika berada di kolej, kedua-duanya sering menjadi usikan rakan-rakan.

Tengku Aqeel Hakimi pula telah memutuskan petunangannya. Dia telah memahami diri sendiri dan tahu apa yang dia inginkan selama ini. Membawa diri adalah jalan terbaik sekaligus jejaka itu memilih untuk mengikuti kursus penerbangan. Dia mahu merealisasikan impiannya untuk bergelar juruterbang profesional.

 

“Awalnya isteri Qim bangun,” sapa jejaka itu yang sejak tadi mencuri pandang ke arah isteri yang telah lima bulan dinikahi. Dahi Maisara dikucup mesra. Renungan mata mereka bersatu. Pandangan yang sarat dengan rasa cinta. Siapa kata bercinta selepas kahwin tidak mengundang bahagia? Segalanya terasa lebih manis.

“Kenapa sayang diam ni? Sedih ke?” Maisara hanya mampu mengangguk. Dia gugup untuk bersuara. Tersentuh memandang wajah yang sering menemani hari-harinya. Mulai esok, Qim akan pergi ke Cambridge, Massachusetts selama sebulan untuk menguruskan pelbagai lagi urusan penting serta mendaftar di Universiti Harvard.

“Esok Qim dah terbang. Sara kena tinggal sorang. Bosannya,” rungut Maisara. Namun dalam rajuknya dia masih tersenyum. Qim mencuit hidung isterinya.

“Sebulan tu sekejap je. Sara jangan bimbang okey? Tiap-tiap minggu Qim akan kirim poskad,” ujarnya sambil memaut tubuh si isteri ke ribaan.

“Hari jadi Sara macam mana?” hampa Maisara bersuara.

“Itu kita cakap kemudian. Qim balik nanti baru celebrate,” usik Qim. Dia telah merencanakan kejutan yang istimewa dan agak romantis buat isteri tercinta. Biarlah dia simpan sendiri rahsia itu.

Maisara melihat-lihat hari bulan pada kalender. Hari ini sudah hari jadinya. Tetapi kenapa Qim masih belum mengucapkan ayat keramat itu? Dari semalam dia menunggu, tetap hampa. Takkan dia sahaja yang ada kejutan buat Qim? Mustahil suaminya telah lupakan hari yang bermakna dalam hidupnya ini?

Kedatangan posmen lewat tengahari itu membuatkan Maisara terjaga dari tidur. Dia agak penat kebelakangan ini. Mungkin kerana muntah-muntah yang dialami membuatkan dia mudah letih. Jadi malas hendak bergerak.

Poskad dari Massachusetts, Amerika Syarikat? Daripada Tengku Aqeem Hafizi. Dia sudah tidak sabar. Penuh berhati-hati, Maisara melangkah ke dalam rumah dan membaca isi poskad tersebut. Setelah diteliti, terdapat sekeping cakera padat turut disertakan bersama poskad tadi. Tanpa menunggu, Maisara terus memasukkan CD itu ke dalam pemacu cakera untuk menghayatinya.

“Hai Sara yang tersayang. Happy belated birthday. My wife is getting old now. Tunggu kepulangan Qim nanti. Cinta awak sangat-sangat. Sebelum tu suami awak yang kacak ni nak bacakan puisi dulu. Dengar ya sayang,” tertawa Maisara mendengar suaminya berdehem. Sempat lagi Qim berlelucon.

“Sayang, dirimu sungguh berseri. Tentu hari ini bakal membuatmu tersenyum. Walaupun tak melihatnya, ku tahu ianya cantik. Kerana kuntumnya memekar di bibirmu. Kini hatimu telah ku miliki. Jangan kau hampa kerana telah berpunya. Hasrat murni ku suntingmu penuh keikhlasan. Sempena tarikh paling bermakna dalam hidup mu ini, izinkanku menitip rindu. Mengharapkan agar segala rasa kekal bersama kita,” Maisara hampir menitiskan air mata. Betapa dia merasa sungguh bertuah dikurniakan suami seromantis Tengku Aqeem Hafizi meskipun suaminya itu tidak pernah menonjolkan sikap tersebut. Serta merta gurau senda mereka terbayang di ruang matanya.

Seketika kemudian menyusul pula dendangan lagu Happy Birthday nyanyian asal daripada kumpulan The Click Five yang dipersembahkan secara akustik oleh Qim. Sedap juga suara serak-serak basah suaminya apabila dikombinasikan bersama iringan gitar. Tersenyum sendiri Maisara dibuatnya.

 

Hey you
I know I'm in the wrong
Time flies
When you're having fun
You wake up
Another year is gone
You're twenty-one

I guess you wanna know
Why I'm on the phone
It's been a day or so
I know it's kind of late
But Happy Birthday

Yeah yeah whoa
I know you hate me
Yeah yeah whoa
Well I miss you, too
Yeah yeah I know
I know it's kinda late
But Happy Birthday

So hard
When you're far away
It's lame but I forgot the date
I won't make the same mistake
I'm so to blame

So now you know
Don't hang up the phone
I wish I was at home
I know it's way too late
But Happy Birthday

Yeah yeah whoa
I know you hate me
Yeah yeah whoa
Well I miss you, too
Yeah yeah I know
I know it's kinda late
But Happy Birthday

It's not that I don't care
You know I'll make it up to you
If I could, I'd be there

Yeah yeah whoa
Yeah yeah whoa

Well I miss you, too
Yeah yeah I know
I know it's kind of lame
But Happy Birthday

Yeah yeah whoa
I know you hate me
Yeah yeah whoa
Well I miss you, too
Yeah yeah I know
I know it's kind of late
But Happy Birthday
To you

 

Untuk hadiah seistimewa ini, dia berjanji untuk menjaga diri dan ‘kejutan’ yang disediakan buat suami tercinta sebaik mungkin. Akan dilindungi ‘hadiah’ untuk suaminya penuh kasih. Itu ikrarnya sebagai isteri.  

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) nice story..
  • 2) >so..cute,love after marriage...so romantic..hehe:)

  • (Penulis)
    3) terima kasih..sudi mmbace cerpen sy nih.
    idea dtg menderu2 main taip jek. =)
  • 4) hoho, nice!~ tp klise..cite slalu cmtu..asek2 ganti tikar :D in real, xmudah kita nk lupekna sum1 yg kt suke..n lg susah klo rupe same..maunyer kawen dgn org len tp hati kat org len..pastu sasul2 sebut nama kembar org tu..hoho

  • (Penulis)
    5) hahaha...

    mmg la syud. name pun citer kan...so si penulis wat ikut suke hati dia jek r. tak pikir org len ngehehe.

    nak lupekan org mmg susah sgt...tak tahu la klu jenis senang. mayb sumone yg tak pntg lgsg kot.
    klu pntg...kite yg mkn hati.

    tp kena tgk gak org tu tinggalkan kite ngan care camne...lau sakitkan hati mayb lg senang nak lupe.
  • 6) best2...

  • (Penulis)
    7) mucho gracias =)

Cerpen-cerpen lain nukilan adra

Read all stories by adra