Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Detik Akhirku

 

23 Januari 2008
Rasa kurang, rasa janggal, rasa kosong, rasa kehilangan. Aku angkat tangan sikit-sikit. Aku tengok cermin. Aku kena bertahan! Tapi, tak tahulah sampai bila. Tuhan, bantulah aku untuk semua ni. Aku tak mampu buat seorang-seorang.


1 Februari 2008 

Tadi aku muntah lagi. Rasa loya je sepanjang masa. Boleh ke aku bertahan sampai habis? Mampu ke aku teruskan semua ni? Besar dugaanMu, Tuhan. Tapi, aku akan cuba bertahan mana yang mampu. Demi abah, demi emak.

Tadi, emak yang hantar aku. Sampai je sana, mak kata mak tak boleh tunggu sebab mak kena pergi jumpa klien. Emak suruh aku balik sendiri. Aku tak kisah. Aku pun tak nak susahkan mak. Aku nak bawak kereta sendiri, tapi aku tak boleh. Bukan sebab tak ada lesen ataupun tak pandai bawak kereta, tapi aku tak dibenarkan. Hidup aku ni, asyik menyusahkan orang je.

Sampai bila agaknya?


6 Februari 2008 

Hari ni, Kamal hantar aku. Aku nak pergi sendiri, tapi dia kata dia ada hal nak cakap dengan aku. Aku dah agak dah kenapa. Aku faham…


“Saya tak dapat kahwin dengan awak. Family saya tak benarkan. Saya mintak maaf” itulah yang Kamal cakap. Aku dah agak dah. Siapalah yang nak kahwin dengan aku?


8 Februari 2008 

Hari ni rasa sejuk sangat. Sebelum nama aku kena panggil, aku terpandang perempuan kecil tu lagi. Dia selalu senyum kat aku sebelum aku masuk. Dia selalu tolong aku. Tapi, itu memang kerja dia. Dia kesiankan aku ke, atau dia cuma jalankan tugas? Entah kenapa, aku suka kat dia. Aku rasa, dia tak memilih. Dia layan semua orang sama je. Kan bagus kalau semua orang pun macam tu? Kan bagus kalau keluarga Kamal pun macam tu? Tapi, aku ni siapa? Aku tak layak terima semua layanan macam tu. Biarlah dengan Kamal. Jodoh tak ada.


“Jangan bergerak ya? Kalau ada apa-apa, angkat je tangan. Nanti saya datang,” kata perempuan kecil tu. Aku senyum je. Walaupun kadang-kadang rasa tak larat, nak angkat tangan, lagi tak larat.


“Ya Allah, kenapa hari ni aku rasa lain? Patut ke aku angkat tangan? Atau aku patut bertahan?” sempat aku berfikir masa tu. Tapi, aku terus bertahan. Aku memang tabah agaknya? Aku tutup mata rapat-rapat. Cuba bertahan. Sikit je lagi.

Balik tu, aku muntah lagi. Emak terpaksa balik daripada tempat kerja. Aku memang selalu muntah pun. Kesian emak. Maafkan Fira, mak. Maafkan Fira, bah.


12 Februari 2008 

“Abah, Fira tak sanggup nak teruskan,” akhirnya aku berani cakap kat abah. Aku tahu, abah lagi memahami. Tu sebablah aku nak cakap dengan abah dulu sebelum bincang dengan mak. Tapi, abah diam je. Aku tahu, duit abah dah habis sebab aku. Aku tahu, kerja emak banyak terganggu sebab aku.

Kalau ikutkan, aku sanggup bertahan. Tapi, tengok abah dan emak jadi macam tu sebab aku, aku tak nak teruskan. Biarlah apa nak jadi sekalipun.


“Kenapa? Fira rasa sakit ke?” dengar soalan abah, aku tiba-tiba menangis. Dalam keadaan macam ni pun, abah sibukkan aku. Padahal, abah yang sepatutnya risau. Demi abah dan emak, aku terpaksa menipu.


“Sakit sangat. Fira dah tak larat,” aku menangis lagi. Abah tak cuba pujuk aku. Aku yakin, abah akan ikut cakap aku sebab abah sangat sayangkan aku. Fira sayang abah jugak.

 

19 Mac 2008
Aku habiskan masa kat rumah. Aku selalu tengok cermin. Rasa hodoh sangat! Tapi tak boleh buat apa-apa.

Emak, apa yang Fira kena buat? Fira rasa lain ni. Aku tengok cermin lagi. Ada macam ketulan baru. Tapi aku tak nak bagitau ibu. Nanti, aku kena pergi lagi. Aku tak nak. Aku biarkan semua tu. Aku teruskan latihan tangan. Angkat tangan perlahan-lahan. Sikit-sikit.

Tiba-tiba, gelap… Aku tak nampak apa-apa.

 

“Kita terpaksa buang payudara kanan Masfira. Kanser daripada payudara kiri Masfira,  datang semula. Seperti yang pernah saya jelaskan dulu, radioterapi adalah perlu selepas pembedahan untuk bunuh sel-sel kanser selebihnya. Tapi sebab Masfira berhenti terima rawatan, kanser itu datang semula dan merebak ke payudara kanan. Kita terpaksa buat pembedahan untuk buang payudara Masfira. Maafkan saya,” emak menangis.
Aku diam je. Aku dah memang tak ada buah dada kiri, lagi bagus buang yang kanan sekali. Rasa pelik ada buah dada sebelah je.

Sedar-sedar, aku ada kat tempat tu lagi. Emak tertidur sebelah aku. Aku tengok badan aku. Rasa macam nak menangis air mata darah. Rasa nak bunuh diri. Tapi, mujur aku masih belum bodoh, walaupun dada aku, kosong…

 

24 mac 2008
Tadi, emak pujuk aku buat radioterapi lagi. Tapi, aku tetap tak nak. Duit untuk radioterapi bukannya sikit. Biarlah emak dan abah simpan duit tu untuk adik-adik aku. Biar diorang membesar, bukan macam aku. Dahlah pulak tu. Radioterapi ni makan masa yang panjang. 3 minggu! Aku kena ulang alik pergi hospital. Aku tak nak menyusahkan emak dengan abah. Kesan radioterapi pulak buat aku rasa penat sangat. Kadang-kadang loya sampai termuntah-muntah. Doktor memang dah pesan pasal tu. Aku tak kisah pun. Itu bukan sebab aku tak nak buat radioterapi…

Fira minta maaf mak, abah…

 

7 mei 2008
Macam yang aku jangka, kanser dah merebak. Dah masuk otak, dah masuk paru-paru. Tulang pun kanser tu  dan invade. Kanser memang terror. Sebabnya, aku tak buat radioterapi lepas pembedahan buang payudara dulu.

Sekarang ni, aku duduk rumah je, tunggu masa…

 




‘emak, abah… mungkin masa emak dengan abah baca surat ni, Fira dah tak ada. Fira nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas apa yang Fira dah buat selama ni. Fira minta maaf sebab tak nak buat radioterapi. Tolonglah maafkan Fira. Fira harap, Fira dapat bersemadi dengan ampun dan maaf daripada mak dengan abah. Tolong kirimkan salam Fira untuk semua ya?


Lan, kau belajar elok-elok. Kak Long nak kau score SPM kau. Kalau kau kantoi, Kak Long suruh mak pukul punggung kau. Hehe…


Ija, kau pun sama. PMR kau tu mesti straight A macam Kak Long. Jangan tertinggal satu macam Lan. Hehe..  Kak Long nak minta maaf dengan korang sebab Kak Long tak dapat jadi kakak korang sampai ke akhirnya. Jangan mengalah macam Kak Long. Kak Long sentiasa doakan korang. Jaga emak dengan abah elok-elok ya?

Kak Long pergi dulu… Doakan Kak Long…

                                                                                   

Salam sayang, Masfira – 2008'

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) watak adalah rekaan semata-mata berdasarkan pengalaman seorang mangsa kanser payudara... sbb saye tak pandai nk tulis cerita sedih, inilah hasilnya.. selamat membaca.
  • 2) sy rase awk leh buat lg syahdu..ayat dia mcm agak selamba. tapi satu cubaan yg baik =)
  • 3) yeps.2nd adra. tp of cosler..xmudah nk mnjiwai watak orang sakit n sedey..huhu

    :)

    nice try nameless.kipidap!!
  • 4) hm, persembahan dan isu yg menarik. hehe
    ada sedikit twist, tapi tempat twist tu tak di tempat yg menguntungkan sangat.

    good one anyway :)
  • 5) sedih n terharu...
    nice...

  • (Penulis)
    6) yup!.. even kite rase sedih ngan dorang pon, susah nk sampaikan.. huhu... nway, TQ for the comments..

Cerpen-cerpen lain nukilan nameless

Read all stories by nameless