Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Takdir Zetty

  • 14
  • azix
  • 15 years ago
  • 4,181
  • FREE

 

Kisah ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

 

 

Si gadis mengunyah Ferrero Rocher perlahan. Hanya satu yang berjaya untuk dihadamkan di dalam perutnya. Selebihnya diletakkan di atas meja. Muak. Dia benci memakan benda yang sama berulang kali. Ferrero Rocher bukanlah lagi coklat yang eksklusif bagi dirinya yang lahir dalam sebuah keluarga yang kaya. Skrin plasma di hadapannya dibiarkan terbuka sedangkan dirinya sedang membuka komputer riba yang menjadi teman setianya di kala sepi.

“Zetty, papa ada meeting dengan client malam ni. Nanti Zetty makan dengan Kak Suri ya.” Kata Datuk Sulaiman kepada permata hatinya yang tunggal itu. Saban hari, ada saja client yang harus ditemui. Zetty sekadar mengangguk. Dia sunyi. Dia sering bermimpi bahawa dia adalah seekor burung merpati berbulu perak tetapi tinggal dalam sangkar emas yang terkunci. Terkunci dalam kesunyian yang menghambat diri. Kesunyian yang menjadi kekeliruan di sanubari. Dia rindukan mamanya. Dia tidak pernah bertemu empat mata bersama dengan mamanya. Hanya sekadar melihat foto yang hampir sebaya dengan usianya. Matanya bergenang. Cepat-cepat diseka mutiara jernih yang hampir tumpah. Dia benci menangis walaupun hatinya bergema teresak bergema tangis.

Zetty bangun dan bergerak menaiki tangga berputar persis tangga sebuah hotel lima bintang, menuju ke kamarnya. Dia melihat wajahnya di hadapan cermin. Di dalam kotak fikirannya terngiang-ngiang impian nekad yang akan dibuatnya. Sanubarinya bergetar di kala benaknya membuat keputusan muktamad.

***

Tahniah, papa telah berjaya mengembangkan sayap company papa sampai ke Amerika Syarikat. Tapi sayang, perkembangan puteri papa sendiri papa tak ambil tahu kan. Papa lepas ini, tak perlu lagi bagitahu puteri papa yang papa sibuk, papa ada meeting, papa ade hal. Anggaplah papa tak pernah ada puteri bernama Zetty.

 

Bukan lagi puteri papa,

Zetty.

 

            Datuk Sulaiman terduduk membaca nota yang diberikan olah Suri, pembantu rumahnya. Kata Suri, dia menjumpai kertas itu ketika mengemas bilik Zetty pagi tadi. Sunyi, semakin sunyi. Sepi semakin sepi. Kekesalan tidak terhingga bersarang di hati. Kekusutan di minda mula memenuhi ruang memori. Hilang segala strategi perniagaan. Lesap segala jadual meeting di ingatan. Dia mula hilang panduan. Datuk Sulaiman menekup mukanya. Bingung memikirkan apa yang telah terjadi.

***

           

Dirinya bagaikan mati hidup kembali. Dia rindukan Malaysia setelah terbang ke negara orang bagi menggapai impian di hati. Kini, dia sudah berjaya. Tak sangka, berguna juga kemewahan Datuk Sulaiman kepada dirinya. Ingatannya pada Datuk Sulaiman cepat-cepat dipadamkan. Dia tidak mahu rasa bersalah.

You okay tak ni?” Tanya seorang gadis yang berkulit putih. Bertubuh ramping persis model antarabangsa. “ I tengok you asyik termenung je.”

“Takde pape la. I okay, you ni risau sangat,” balas Edry.

“Mesti la I risau. I kan sayangkan you,” kata Ana sambil tangannya memegang muka Edry. Edry memang kacak. Selalu sahaja menjadi perhatian gadis-gadis jelita dan seksi yang melihatnya. Sebolehnya, teman wanitanya ini tidak mahu berenggang dengan Edry. Takut-takut pujaan hatinya curang. Disebabkan itu juga, dia bersungguh-sungguh menunjukkan kasih dan sayangnya terhadap Edry. Dia seronok hidup dalam kemewahan Edry.

Ana merenung mata Edry dalam-dalam. Edry kelu sambil terkaku. Dia sayang sangat pada si Ana. Tapi…

***

“So, kau sebenarnya Zetty?” Soal Norman. Kerutan di dahinya menyatakan kekeliruan yang dialaminya.

“Saja je aku guna nama lain supaya papa tak boleh cari aku.”

“Tapi takkan sampai macam ni sekali?” Norman betul-betul kebingungan. Dia mengenali Zetty sejak dari bangku sekolah rendah. Dia memandang Zetty dari atas ke bawah. Dia pernah diejek oleh rakan-rakannya hanya kerana dia menaruh perasaan cinta kepada Zetty.

“Aku senang dengan diri aku sekarang ni.”

“Tapi kau tau tak apa jadi dengan papa kau?”

“Aku malas nak ambil tahu.”

“Kau gila? Sejak ‘Zetty’ kesayangan dia menghilang, hidup dia bagaikan hilang arah. Dia semakin tak keruan kau tau tak? Bisnes dia terumbang-ambing dan akhirnya, company ZeYT Holding tumbang. Dan papa kau…erm..”

“Kenapa dengan papa?!!” Katanya separuh menjerit. Jauh di sudut hatinya masih menyayangi papanya.

“Papa kau kena strok. Lumpuh separuh badan.”

“…” Dia terdiam. Air mata yang sering dibencinya menjadi temannya di saat ini. Mengalir melalui pipinya lalu jatuh ke tanah. Direbahkan kepalanya ke bahu Norman. Banyak mata yang memandang. Terdengar juga suara yang mencaci.

“Isy, jijik gila!”

“Dah nak kiamat agaknya dunia ni…”

Setiap yang melihat aksi mereka pasti mengeji. Namun, hanya Norman tahu realiti sebenarnya. Zetty tak peduli mata yang memandang tajam ke arah mereka. Rasa bersalahnya melebihi segalanya.

Malam itu Zetty pulang mengikut Norman. Norman tidak membenarkannya pulang ke rumah. Bimbang kalau-kalau Zetty bertindak di luar jangkaan ketika sendirian. Walaupun Zetty telah jauh berubah. Dia tetap menyimpan perasaan sayang pada Zetty. Kalau tak sayang, masakan bisa dia menanti bertahun-tahun lamanya. Norman juga bimbang kalau Zetty pulang untuk bertemu ayahnya. Pasti ayahnya akan terkejut besar dengan perubahan diri Zetty. Jadi, keputusan yang paling selamat, biarlah Zetty bermalam di rumahnya sahaja. Langkah seterusnya untuk memperbaiki keadaan akan difikirkan esok.

***

Zetty Edriana binti Sulaiman. Nama yang indah tertera pada batu nisan yang putih. Arwah tuan punya nama benci akan nama itu. Dia terasa diperbodohkan. Setiap hari dirinya menjadi bahan senda rakan-rakan di sekolahnya dahulu. Hanya kerana sikapnya yang terlalu kurang feminin. Dia juga sering digelar ‘gadisless’.

Dia tidak pernah merasa kasih sayang dari seorang wanita bergelar mama. Kasih sayang papa pula gagal dihayatinya. Papanya terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya menjadikan dirinya seorang gadis yang ganas dan kuat memberontak. Entah di mana mamanya. Hingga ke hujung nyawanya, dia sendiri tidak ketahui.

Pembedahan menukar jantina atau sex reassignment surgery dilakukannya nekad. Dia sendiri tidak menyangka dirinya mampu bertindak sejauh itu. Mungkin terdorong dengan sifatnya yang ke arah golongan maskulin. Namun, dia mahu vaginanya dikekalkan. Entah kenapa, dia sendiri tidak pasti.

***

“Edry, I pindah rumah you boleh tak? I sunyi la duduk sorang-sorang kat rumah,” pujuk Ana manja.

“Erm..nantilah I fikirkan.” Ringkas balasan Edry.

“Ala..bolehlah..you tak sayang I ke?” Tambah Ana. Seperti biasa, tangannya merayap ke muka Edry. Bermain-main di sekitar leher Edry dan seterusnya memandang ke dalam mata Edry dengan penuh perasaan. Mata bertentang mata. Gelora di jiwa tidak terkata.

“Hoi, Ana! Balik!” Teriak seorang lelaki bertubuh sasa. Adegan cinta terganggu.

“Ana taknak balik! Ana tak nak kena bantai bapak lagi!”

“Bodoh! Kalau kau perangai macam ni memanglah aku bantai!” Teriakannya semakin menggila. Dia bagai dirasuk jin iblis dari serata dunia.

“Hei, bertenang la dulu.” Kata Edry cuba meredakan ketegangan di saat ini.

“Hoi, laki tiruan! Kau tak payah nak tunjuk bagus!” Lelaki ini semakin bengang. Diramas-ramasnya penumbuk yang bakal dihadiahkan kepada mana-mana insan bertuah jika perlu.

“Celaka betol!” Edry mula mendidih. Pantang dirinya dihina. Maruahnya bagaikan dipijak-pijak. Dahinya bagaikan ditunjal-tunjal.

“Dah, Ana! Balik!” Kata bapak Ana sambil menarik Ana dengan ganas untuk membawanya pulang. “Kat rumah nanti kau tau la nasib kau!”

Edry cuba merampas kembali Ana. Dia sedaya-upaya melepaskan Ana daripada ditarik oleh bapak Ana. Namun, tanpa disedarinya…

BUKK! Percuma! Tanpa bayaran cengkeram, sebiji penumpuk diberikan percuma sebagai saguhati menunjukkan keberanian. Satu tumbukan yang padu itu sudah berjaya menumbangkan Edry. Badan Edry terlayang ke belakang sebelum dia hilang keseimbangan badannya lalu terjatuh ke tanah. Belakang kepalanya terkena batu.

“EDRY!” Suara terakhir yang didengari Edry. Kotak memorinya ligat memutarkan episod suka dan duka perjalanan hidupnya di dunia yang fana ini. Dimensi dunia penuh pancaroba kian mencabar. Dia hanyut dalam gelombang dugaan duniawi yang melekakan. Projektor minda berputar ligat. Wajah-wajah insan yang mewarnai hidupnya terpancar. “Papa, Kak Suri, Norman, Ana…”

Imej pada layar fikirannya kian pudar seiring dengan darah merah pekat yang mengalir pada belakang kepalanya. Dia semakin lemah. Bersusah payah dia mengangkat tangan kanannya lalu diletakkan pada perutnya. Pelik! Ada juga darah yang mengalir melalui ruang vaginanya yang asli.

Dia tak mampu berfikir lagi.

Dia tak mampu melihat lagi.

Yang dia tahu, pandangannya kian malap. Menjadi semakin gelap.

***

Orang ramai yang hadir sudah mula beransur pulang. Hanya tinggal Datuk Sulaiman dan Norman. Datuk Sulaiman duduk di atas kerusi rodanya manakala Norman sekadar duduk di atas tikar mengkuang yang menjadi alas ketika talkin dibacakan tadi. Riak wajah sugul menghiasi ruang wajah.

Datuk Sulaiman hanya mampu merenung nama pada batu nisan. Hanya hatinya mampu berbicara. Terkenang dirinya akan kisah lama. Kisah konflik isterinya melarikan diri bersama teman lelaki yang sebenarnya juga seorang wanita. Berdekad lamanya cerita itu disorokkan daripada Zetty. Hanya mampu diluahkan di dalam sanubari ketika ini kerana mulut sudah tiada upayanya lagi.

Norman tunduk. Dia berasa sangat bersalah. Dia tidak menyangka ketelanjurannya pada malam itu telah menyebabkan Zetty atau Edry mengandung. Segala-gala yang berlaku di rumahnya malam itu tak dijangka. Malam itulah kali terakhir dia dan Zetty bertemu. Selama dua bulan dia cuba menghubungi Zetty, tidak berjaya. Terkesima dirinya apabila menerima khabaran bahawa Zetty telah pergi menemui Yang Maha Empunya Langit dan Bumi.

Dia bingung. Kematian Zetty sudahlah menyayat hati, tambahan lagi Zetty sedang mengandungkan anak hasil ketelanjuran mereka. Norman menekup muka.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Dia juga sering digelar ‘gadisless’. macam penah dengar.caha!!!

    cerita yang best. =)

  • (Penulis)
    2) Komen n nilai! komen 3x!
  • 3) Ala..jadi no 1 lagi ni..Saya membacanya 3 kali dengan teliti sebab saya keliru dengan ruang tempat dan masa.saya faham ceritanya.
  • 4) phew..nasib baik bukan no 1.

  • (Penulis)
    5) cherry: pkataan 'gadisless' mmg dipelajari di Kapasitor..haha..
    mr.kajiwa: sory kalo kurang jelas..br berjinak-jinak..

    btw, thnx for reading..jgn lupe komen(komen..komen..komen~) n nilaikan(nilai..nilai..nilai~)
    p/s:bajet sound efek ala2 mnyeramkn lak..haha
  • 6) citer ni ok..tp kan..
    plot dia kena mantapkan lagi.
    aja2 fighting!
  • 7) ni kena baya royalti ni utk "gadisless" ha ha! dah la konteks penggunaannya lain dari yang asal direkakan. hep!

    hmm.
    idea : isu semasa yang diadun kreatif
    penceritaan : kemas dan santai, mengikut
    plotting : ada kecenderungan eksperimentasi, nice! tapi agak hilang arah waktu saya membaca. plot faham, tetapi kelihatan longgar.

    sekadar pandangan :)

  • (Penulis)
    8) caha: iye ke sala penggunaan? kritik detail lg,caha.. nk tau kekurangan cerpen kali nih..
  • 9) erk...
  • 10) ..tak tau nk ckap pe..hehe..nice story..pning gak cket..tp mnarik..keep it up aziq!!;)
  • 11) btol cakap caha,,
    kne kasi ketat lg,,
    huhu,,
    best dan menarik,,
  • 12) ceritanya faham kot tp cara penyampaiannya buat wa blur2 ayam serama.;p mungkin aku saja;)

  • (Penulis)
    13) wahh..thanx komen korang...
  • 14) beh.... zety aka edry.... ruang masa agak berkecamuk di mana zety n edry... imbas kembali perlu dimantapkan ag.... overall gud!!!!!

Cerpen-cerpen lain nukilan azix

Read all stories by azix