Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Suraj Hua Maddham.. Adeh!
Di taman bunga yang indah ini, aku berdiri di
bangku menantikan kehadiran sang kekasih hatiku. Penat berdiri, aku duduk.
Penat duduk, aku berdiri.
"Haish, manalah dia ni. Janji pukul 5.30 petang, ni dah pukul 6.00 tak
nampak lagi batang hidung dia!" Marahku dalam hati.
"Tulah lelaki, tak pernah nak menepati janji. Kalau berjanji, bukan main
lagi, ayat semua manis. Ibarat
menanam tebu di pinggir bibir." Seraya aku mengangkat tangan meniru aksi Karam
Singh Walia.
"Isk apalah aku ni." Aku kembali melabuhkan punggungku
di kerusi kayu itu sambil menongkat daguku yang berlekuk. Orang kata daguku
berlekuk kerana aku selalu menongkat dagu. "Betul ke sebab itu? Eleh dorang jeles sebenarnya."
"Ya Allah, kemanalah dia ni. Entah-entah dia tidur?
Atau dia lupa? Atau dia ada hal lain? Kalau ada hal lain, cakaplah awal-awal. Takdelah aku duduk melangut sorang-sorang
kat sini." Aku sudah macam orang gila bercakap seorang.
"Haaaaaahh!!" Sedang aku mengomel atau lebih tepat lagi berleter
sorang-sorang, aku dikejutkan dengan kejutan yang tidak berapa terkejut. Tetapi
untuk menjaga hati orang yang mengejutkan itu, aku berpura-pura terkejut.
"Opocooooottttt terkejut!" Harap-harap dia yakin yang aku terkejut dengan
kejutan dia itu.
"Isk apa abang ni, dahlah datang lambat, lepas tu
buat kita terkejut! Kalau gugur jantung kita ni macam mana!?" Garang sangat ke
aku?
"Ala sayang, abang mintak maaf. Jalan jem la. Dah
tu pulak abang tak bawa roti, kalau tak boleh sapu jem tu kat roti, lepastu
abang bawa bagi sayang makan." Dia sudah mula hendak berlawak. Makin sakit
hatiku ini. Rasa macam nak picit-picit je dia tu!
Aku berpaling darinya. "Tak payah buat lawak la bang, pastu bagi alasan macam-macam. Kita kenal
abang. Abang tertido kan?" Serkapku jarang. Eh, aku serkap jarang.
"Sayang tak percaya abang? Nak bukti?" katanya dengan nada yang sayu.
Saat itu aku terdengar alunan muzik yang amat
indah sekali. Tapi dari mana datangnya muzik ni? Pelik? Henset aku Nokia 3310 je,
mana ada mp3.
Tiba-tiba...
Suraj hua maddham, chaand jalne laga
Aasmaan yeh haai kyoon pighalne laga..
Dia keluar dari belakang pokok besar, lalu
menghampiri aku sambil menghulur sekuntum bunga raya. Tu je bunga yang ada dekat dengan dia. Dia tersenyum
lalu menyambung..
Suraj hua maddham, chaand jalne laga
Aasmaan yeh haai kyoon pighalne laga
Main thehra raha, zameen chalne lagi
Dhadka yeh dil, saans thamne lagi
Oh, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai
Sajna, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai
Sambil menyanyi dia terus memandangku dengan
matanya yang seksi itu, walaupun ada tahi mata. Kan aku dah cakap, dia memang
tertidur tadi! Eh kenapa muka dia makin dekat ni? Aku dapat hidu bau nafasnya
yang berbau rokok itu. Eeee tak sukanya dengan perokok ni. Eh eh, dia ada
jerawat rupanya. Tangan dia mula memegang dagu berlekukku ini. Dia tersenyum
penuh makna. Aku memandangnya tanpa perasaan.
"Adeh! Sakitlah! Kenapa cubit pipi kita?!" Bukan marah, cuma terkejut dengan tindakannya yang
suka-suka mencubit pipiku yang gebu lagi halus ini.
"Sayang, kenapa ni? Boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan? Please fokus
sayang.."
"Em yela..okay sambung sambung sambung." Balasku dengan
tekad di hati untuk memberi perhatian kepadanya.
Lagu yang terpause tadi dimainkan semula. Lalu dengan
penuh keyakinan dan keceriaan aku menyambung lagu tadi.
Ho oh oh, oh oh oh oh oh, aa aa aa aa aa
aa
Suraj hua maddham, chaand jalne laga
Aasmaan yeh haai kyoon pighalne laga
Main thehri rahi, zameen chalne lagi
Dhadka yeh dil, saans thamne lagi
Haan, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai
Sajna, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai..
Kami sama-sama tenggelam dalam dunia khayalan
ciptaan kami. Ah betapa aku cintakan dia saat ini.
Hai khoobsurat yeh pal, sab kuch raha hai
badal
Sapne haqeeqat mein jo dhal rahe hai
Kya sadiyon se puraana hai rishtaa yeh
hamaara
Ke jis tarha tumse hum mil rahe hai..
Kami terus berpegangan tangan menyelusuri taman
bunga yang indah ini, sambil dia terus memetik bunga-bunga untukku.
Yunhi rahe har dam pyaar ka mausam
Yunhi milo humse tum janam janam
Main thehra raha, zameen chalne lagi
La
la la, la la la, la la la
Dhadka yeh dil, saans thamne lagi
Haan, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai
Sajna, kya yeh mera pehla pehla pyaar hai
Sungguh asyik percintaan ini..
Tere hi rang
se yun main to rangeen hoon sanam
Paake tujhe khud se hi kho rahi hoon sanam
O maahiya, ve tere ishq mein
Haan doobke paar main ho rahi hoon sanam
Saagar hua pyaasa, raat jagne lagi
Sholo ke dil mein bhi aag jalne lagi
Main thehri lagi, zameen chalne lagi
Dhadka yeh dil, saans thamne lagi
Kya yeh mera pehla pehla pyaar hai
Sajna Kya yeh mera pehla pehla pyaar hai
Suraj hua maddham, chaand jalne laga
Aasmaan yeh haai kyoon pighalne laga
Kya yeh mera pehla pehla pyaar hai...
Eh, dah nak habis lagu ni. Kena cari ending yang menarik ni. Aku lantas
berlari ke atas bukit, dan dia mengejarku dari belakang. Okay, sudah tiba
saatnya. Aku berpura-pura terjatuh. Lantas dia memaut pinggangku, lalu
sama-samalah kami bergolek dan berguling-guling di lereng bukit yang kehijauan
itu. Aku mendakap dirinya dengan erat. Seerat cintaku padanya. Aku merelakan
segalanya.
.......
Adoi! Kenapa keras sangat tanah ni? Aku memisat
mataku.
"Eh, kenapa aku berada di lantai ni? Lantai mana ni? Abang.. Mana
abang Shah Rukh?"
"Abang Shah Rukh!" Aku memanggilnya dengan kuat agar dia dapat dengar
panggilanku. Adakah aku kehilangannya sekali lagi? Tiba-tiba hatiku menjadi
sayu.
Dusshhhhh!!
Sebiji bantal busuk terkena tepat di mukaku.
"Woi! Kepala lutut hang abang Shah Rukh! Tulah, tido lagi maghrib-maghrib
ni, kan dah mengigau." Pia teman sebilikku bersuara bak halilintar lalu
menyedarkanku ke alam realiti. "Dah, pergilah mandi, dah
nak azan ni. Apa nak jadilah dengan kawan aku seorang ni." Aku masih sayu. Atau
mamai?
"Ha lagi satu, berapa kali aku nak habaq kat hang,
kalau nak pakai kain batik tu, pakai tali pinggang keledar, takdelah seksis
sangat. Isk ngeri aku tengok!" tambah Pia.
"Ooppss sori.." balasku sambil membetulkan kain batikku yang terselak. Lantas
aku bangun dan mengambil peralatan mandi.
"Wei, aku rasalah kan, elok hang mandi wajib
sekali. Entah apalah yang hang buat dengan abang SRK hang tu." Pia menyengih
macam kerang busuk, lagi busuk dari kerang busuk.
"Weh aku masih suci tau, dalam mimpi dan dalam
realiti." Kataku dengan membaling hanger yang ada di tanganku. Dia hanya
mencebik. "Weekkk"
Aku pantas menuju ke bilik air dengan senyuman. Yang
pasti di bilik air nanti, akan aku sambung adegan yang tergendala tadi. Kali ini
di laut pula. Oh abang Shah Rukh Khan, aku cinta padamu!
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) ni mesti seber kat DataKL tadi dia restart ke apa ni. habis semua session expired. banyak komen2 hantu. huhu.
hehe tahniah! akhirnya muncul karya pertama :D
cerita yang berakhir dengan mimpi memang agak foul. gerramm je dibuatnya. hehe
sakan sangat ni minat hindustan :p- cahatomic
- 16 years ago
-
2) idea: ending mimpi.. grr!
penceritaan: ok la :)
jalan cerita: ha ha, mula ingat tadi nak bang dah, sbb gedik gila watak dia. mujur mimpi :p- cahatomic
- 16 years ago
-
3) owh.. sy jadik hantu tadi rupanya... hhuhu
- shazmiey
- 16 years ago
-
6) hahahaha...bestnya kalau dapat mimpi mcm tue ngan abg shah rukh..auuuwwwww
- rain
- 16 years ago
-
7) memberi kesegaran dan variasi..walaupun tak faham sepatah apa SRK tu nyanyi..
- mr_kajiwa
- 16 years ago
-
8) HAHAHAHAHA hape ke haram. aku gelak sebab perenggan last, panjang snagat mimpi ko
- zInggOf
- 16 years ago
-
9) rain > sgt besh!try la ngeee
kak maria > sy pn x fhm, tp hapal hakhak
zinggof > pnjg lg sbno nye,tp tpkse cut sbb xsesuai utk bacaan bdk2 bwh 18thun
^_^- nurcahaya
- 16 years ago
-
10) Dalam dunia penulisan, kalau sebuah cerita berakhir, penulisnya dianggap sebagai mengidap sindrom kemalasan minda, maka cerita disudahi dengan cara mudah iaitu menggunakan teknik mimpi. Tapi unuk penulis baru, apa tah lagi karya pertama mungkin boleh dimaafkan.
Pada saya, apa salahnya kalau cerita ini diakhiri dengan "happy ending", penulisnya akhirnya berjaya bersanding dengan SRK (inikan imiginasi penulis, siapa pun tak boleh marah kan?)
Satu lagi perlu perihatin kepada ejaan sesetangah perkataan seperti "tido, dok, pastu, henset, eleh, dorang, takdelah,sorang-sorang". Kalau masih nak digunakan kerana nak sesuaikan dengan konsep cerpen remaja, elok di bold atau italickan. Majalah lawak seperti ujang dan gila pun menggunakan pendekatan yang sama.
Ok, itu saja.- Upenyu
- 16 years ago
-
11) terima kasih.. :)
- nurcahaya
- 16 years ago
-
12) :))
b4 ni gile hindustan gak tp xpenah lagi brangan dekat pokok and bukit bukau.. haha
I lagi gilekan Saif~ Oh saif yg kiuttttt wuwuwuwuwuwu ;p- syud
- 16 years ago
-
13) nasib baik la tak amek lagu kaho na pyar hai...hehe
ending mimpi tu klu jadi mende lain kan best.
- adra
- 16 years ago
-
14) weleh...weleh...untuk aja g jadi sama abang sakhrukhnya...an pikir abang sakhnya tadi abang sakhrial...;))
- dariaz
- 16 years ago
-
15) weleh...weleh...untung aja g jadi sama abang sakhrukhnya...an pikir abang sakhnya tadi abang sakhrial...;))
- dariaz
- 16 years ago
-
16) syud > sume Khan mmg kiut..cume SRK king of da khan kih333
adra > lagu kaho n pyar hai tu yg die berangan dlm bilik air :p
dariaz > makasih krn membaca..tp tak kenal la abang sakhrial tu sape..kalau ariel peterpan kenal la uhuk333- nurcahaya
- 16 years ago
-
17) >adesss...hahahaha^^"
- eDieca_88
- 16 years ago
-
18) rasanya tidak terlambat untuk sy singgah di sini. untuk karya pertama, saya boleh katakan ini karya yang baik. idea dan jalan penceritaannya ada. cuma, endingnya adalah satu kebiasaan...
walau apa pun, satu karya yang mencuit hati. saya boleh bayangkan suasana ketika mereka bernyanyi. suasana yang buatkan saya tergelak sampai mengeluarkan air mata.
awak punya bakat dalam menulis. terus berusaha dan selamat berkarya. saya nantikan karya-karya awak yang seterusnya... =)- ridhrohzai
- 16 years ago
-
19) terima kasih...
krn membaca dan mengomen
kpd edieca juga, terima kasih krn singgah membaca cerpen yg tak mcm cerpen pn
- nurcahaya
- 16 years ago