Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Sisi lain Jee : Mengenang Kisah Lalu
Ash, aku sebenarnya nak tulis pada kau. Tapi aku tak berani nak email, nak telefon atau SMS. Aku tanak 'orang itu' marah aku lagi. Dan, aku sendiri tak mahu dengar lagi kata caci-maki dari kau.
Ash, dah dekat setahun kita tak bercakap. Sejak bila kita begini, Ash? Apa yang buat kita jadi sebegini?
Kita bukan tak baik, lebih daripada baik. Kita bermula sebagai kawan, kemudian kekasih dan sekarang, entah bagaimana boleh jadi musuh. Nak beri mesej di Yahoo pun tak boleh. Kenapa Ash?
Aku tau, aku dulu tak sabar. Aku ego, pentingkan diri sendiri dan pelbagai lagi sifat mazmumah yang ada pada manusia, aku miliki. Aku tau aku desak kau dulu. Kita sama-sama susah, Ash. Aku tertekan masa itu dan aku biarkan tekanan itu buat diri aku tak keruan. Sebab aku yang tak keruan, kita jadi berantakan.
Ash, apa yang aku ada sekarang, boleh dikatakan kau orangnya yang jadi faktor pendorong. Masakan aku lupa tika itu, kau paksa aku untuk sertakan portfolio aku di Internet. Kau paksa aku letakkan apa yang perlu untuk memudahkan aku melangkah setapak lebih jauh dengan bakat yang aku ada. Design aku kau teliti, belek dan kritik. Tak mungkin aku sebagus ini tanpa bantuan daripada kau.
Kau jual motorsikal untuk memudahkan aku. Demi aku, kau habiskan beratus ringgit untuk buku design semata. Kau belikan kerusi dan meja yang lebih ergonomik untuk aku. Tetapi dulu aku buta, Ash. Maafkan aku. Aku lupa yang kalau aku terasa susah, apatah lagi kau.
Teringin rasa di hati untuk berkongsi kejayaan aku sekarang dengan kau yang bersusah-payah demi aku. Tetapi mungkin kerana kenangan itukah yang buatkan kita semakin tidak boleh dekat?
Selepas hubungan kita putus, kau masih lagi di sisi. Ketika itu aku kenal 'orang itu'. Dakwanya, sudah lama dia berhubung dengan kau tanpa pengetahuan aku. Dakwanya, dia tidak tahu langsung kewujudan aku sebagai kekasih kau tika itu. Ah, apalah gunya aku salahkan sesiapa waktu itu? Dan aku pasrah.
Cuma kerana dia masih muda, timbangannya tentang apa yang boleh dan pantang dibawa perbincangan, nampaknya kurang jelas. Aku terkejut bilamana terlafaz dari mulutnya soalan tentang sejarah kita. Bagaimana orang yang hubungannya sejauh itu boleh terfikir untuk mengorek cerita? Aku tahu, tika itu dia sudah jadi buah hatimu tapi itu tidak meletakkan dia dalam keadaan berhak untuk mengetahui hal kita yang lepas.
Itu, selepas aku sendiri melepaskan engkau pergi sekalipun aku tahu kau mempergunakan aku. Siapa kata hati aku tidak hancur? Siapa kata tiada rasa benci yang bersisa, Ash? Aku tahu apa salah aku tapi untuk kau gunakan aku menampung perbelanjaan kau dan gadis itu, keji benar perbuatan itu.
Maaf Ash, aku mengungkit kisah lama. Cuma, alangkah lebih bagus lagi kalau kau katakan saja yang kau mahu aku bayar segala perbelanjaan yang pernah kau berikan. Lebih mudah bukan? Jadi aku faham apa yang kau mahu. Bukannya tertanya-tanya masihkah ada lagi harapan untuk aku bilamana kau sering menemui aku dan masih lagi memanggil aku sayang. Bukan sekali dua perkataan itu kau lafazkan.
Tertipu dengan benci yang mengaburi mata, aku tinggalkan kau buat seketika. Bukannya lama sangat. Tapi aku kurang pasti sejak bila 'orang itu' berjaya memaksa kita putus sahabat.
Ash, aku tahu kau sememangnya orang yang sebegitu. Kau belakangkan keperlukan kau demi orang lain. Memang tidak aku nafikan yang aku kecewa bilamana kau putuskan untuk pergi jauh daripada aku, putuskan persahabatan demi 'orang itu'. Ash, aku lebih dari pasrah sebenarnya.
Aku rindu sesi santau otak kita dulu. Kau berikan pendapat kau dan aku suarakan ketidakpuashatian aku. Siapa lagi yang lebih memahami aku selain kau? Susah senang kita waktu itu, kita yang tahu. Sejarah lama kau, rupanya aku sahaja yang tahu.
Ash, aku hanya mampu mengenang kau sahaja kau dalam lipatan memori. Hati ini perit sebetulnya Ash, bila aku tak dapat berkongsi apa yang aku ada kini dengan kau. Hanya sebagai seorang kawan.
'Aku akan sentiasa ingat kau bila aku senang.' Maaf, Ash. Nampaknya, ingat sahaja tidak cukup.
Ash, aku minta maaf sebab terpaksa buat begini. Aku tak berani untuk hantar pada kau sebab pada kau
'Semua masalah ni timbul bila aku kenal kau, Jee!'
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen FantasiCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) ape nombor phone jee tu cu? bak sini aku lempang. (dan dan :p)
- cahatomic
- 17 years ago
-
2) ko nk lempang no phone ke caha? uih..tak pernah dibuat orang!
- uculer
- 17 years ago
-
3) tbe2 rase cam nk bg surat kat ex lak.. wakaka!
- nameless
- 17 years ago
-
4) nameless: kasi kasi. kasi santau sekali. eh ops!
- uculer
- 17 years ago
-
5) ahahahaha..ni cam luahan rase xpueh hati kat ex jek.. iye ek?? oloh jee... g jek kat ash tu n say.. g mampus! ahak3
- syud
- 17 years ago