Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
cerita pendek no.2
PENDEK.itulah nama anak angkat aku. Nama aku Siti Nurgayah Samsudin. sudah lapan tahun aku tolong jiran aku tengok-tengokkan anak dia. Jiran aku sudah meninggal dunia. Masa tu anak dia baru nak masuk 3 tahun. Sebelum dia mati, dia pesan dekat aku supaya tolong tengok-tengokkan anak dia. Dengan penuh tanggungjawab dan amanah, maka aku pun akur.
PENDEK adalah seorang budak yang sangat cerdik. Dari kecil aku tengok dia memang pandai buat macam-macam.Semua dia boleh buat sendiri. Basuh berak, kencing, mandi, basuh baju, jemur baju, pakai baju, pakai seluar, gosok gigi pun dia pandai. Aku memang tak pernah ajar apa-apa dekat dia. Aku tengok saja. Bila malam, pandai dia cari botol susu dan bancoh susu. Baring atas tilam.Mata pejam. Aku memang tergamam.
Aku rasa, sebab itulah mak dia hanya suruh aku tengokkan anak dia. Sebab mak dia tahu anak dia cerdik. Tapi kalau fikir-fikir balik, aku memang rasa pelik. Bila masa anak dia sempat belajar semua itu? Yang aku tak tahan, si Pendek ni masa umur dia 3 tahun lapan bulan, dia sudah pandai panjat pokok rambutan.Dekat rumah Haji Malik. Siap petik buah dekat sepuluh biji lagi bawa balik.
Ada satu hari itu, masa umur dia genap 4 tahun, aku dia ‘sound’. Pasal aku terpijak ibu jari kaki dia yang luka akibat jatuh dari pokok buluh. Bukan ‘sound’ sikit-sikit, tapi menjerit-jerit sampai telinga aku sakit. Aku memang rasa macam nak bagi penampar sebab dia kurang ajar, tapi ayat mak dia masih terngiang-ngiang sampai sekarang. Jadi badan dia aku malaslah nak pegang, apalagi bagi terajang. Amanah orang.
Bila dia masuk tujuh tahun, dia bunuh kucing Pak Meon. Dia tangkap kucing itu dia sepit kepalanya dekat laci meja. Tak sempat kucing itu bersuara , terus mati terkulai kepala. Lepas tu dia letak dekat tengah jalan, datang lori, bersepah otak, terburai usus , lidah terjelan. Kesian Pak Meon kucing dia hancur. Menangis orang tua itu macam meratap dekat kubur. Aku dalam hati memang simpati, tapi nak buat macam mana, aku tak reti.
Sampai kini. umur pendek sudah lapan tahun. Dia darjah dua sekolah kebangsaan dekat seberang jalan depan rumah Pak Hasan. Pendek rajin pergi sekolah. Dia cakap dekat sekolah ramai perempuan. ‘DASAR JANTAN..!’
Aku malas nak cerita panjang sebab aku rasa ini semua bukan masalah orang. Tapi amanah orang. Aku tetap akan pegang.Tak kiralah macam mana sekalipun. Walaupun Pendek itu perangai macam hantu ataupun syaitan, aku kenalah tengok-tengokkan.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen EksperimentalCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) wow! makgayah cerita plak... tak kira..sy nak rizzy panjang kan. jalan cerita da best. kisah pendek da best.. tp sbb pendek sgt jadi tak best... tp jgn panjang berjela sgt... cukup2 nk rasa berhenti baca tp bila dah habis tak puas baca... kamon rizzy!
- shazmiey
- 16 years ago
-
3) datang membaca...cara shazmiey mendesak dan memberi semangat kepada Rizzy..tk ubah macam akak mengajar sara dulu...akak percaya Rizzy mempunyai 'kematangan' yang sudah lengkap.Tak banyak perkara yang perlu diubah kecuali mind setting...samada mahu buat atau tak mahu buat atau mahu buat mengikut apa yang hanya Rizzy mahu buat. Jadi akak tak tegur apa-apa..terpulanglah. Datang membaca.
- mr_kajiwa
- 16 years ago
-
4) malas nk argue je..rebel tetap rebel..haha..peace.
- Rizzy
- 16 years ago
-
5) terima kasih untuk karya yang menarik dan menghiburkan ini...
- ridhrohzai
- 16 years ago
-
6) hehehe
two side of every story!
bila dari POV berlainan. haa, cerita sama pun boleh ada dua sisi berbeza
koolness!- cahatomic
- 16 years ago
-
7) hahaha! lps ni dr POV pak meon pulak...!
cite ni kalau nk ikutkan cliche jgk, tp apa yg nmpk lain ialah cara penyampaiannya.
aku suka cite ni sbb ada sesetengah perenggannya berima...- kamalia
- 16 years ago
-
9) cerita pendak yang tak puas dibaca
- rain
- 15 years ago
-
10)
- Kekasih
- 14 years ago