Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Malu

 

( Ini certot(cerita kontot) bukan cerpen. Saja untuk suka-suka je tulis(2004).)

 

Sebenarnya, aku sedang bersembunyi(menyorok tanpa mengeluarkan bunyi; kentut pun kena yang tak berbunyi). Bersembunyi dari orang ramai. Bersembunyi dari mata-mata yang keranjang dan yang tidak. Bersembunyi daripada segala makhluk dan lembaga(termasuk lembaga tabung haji dan lembaga kemajuan ikan dan sotong) .  Aku bersembunyi bukan sebab aku takut, ataupun sebab aku buat jenayah. Tak! Aku tak pernah buat semua tu! Aku tak pernah merompak! Aku tak pernah merogol! Aku tak pernah membunuh!(nyamuk pun aku tak pernah tampar; aku spray je dengan Baigon). Aku bersembunyi sebab aku malu.. Aku malu dengan orang ramai. Aku malu dengan kau. Aku malu dengan kambing, dengan kura-kura yang dibela oleh encik Ismail, aku malu dengan rama-rama yang dibela oleh Ramasamy a/l Kupusamy yang membela kupu-kupu. Aku malu dengan Pushpauti Ramoloo. Aku maloo!!!. Sekarang aku sedang memegang kedua-dua pipi dengan kedua-dua tapak tangan yang sejuk. Ini menyebabkan bibirku termuncung seperti haiwan pemakan semut. Ya! Aku juga malu dengan pemakan semut itu!

Kenapa aku malu? Betul, malu memang sebahagian dari iman. Itu aku tahu. Namun begitu ada kejadian yang menyebabkan ‘ke-maluanku’ itu menjadi bertambah kecil. Isy! Malu aku nak bagitau! Maloo! Nak mengingatkan kejadian itu pun aku malu. Apatah lagi nak menceritakannya. Tapi, kalau aku terus memendamkannya, aku boleh jadi gila! Boleh jadi Schizoprenia!

Ceritanya macam ni. Pada penghujung tahun lepas, ketika orang sedang sibuk terperanjat dan sedih menghadapi bencana Tsunami, aku sedang ketawa menonton sebuah filem komidi. Aku tak boleh bagitau tajuk cerita tu, tapi ceritanya memang kelakar(DVD9 cetak rompak- 6 ringgit sekeping). Aku ketawa sampai keluar hingus. Lepas aku makan panadol soluble, aku pun keluar dari rumah. Masa tu jam baru je pukul   satu setengah tengah hari. Masa tu jugak, aku terdengar esofagus aku berkata, “ ..laparpo..laparpo..laparpo..” dan perut aku pulak menyanyi, “ ...kalau rasa lapar buat apa? Treng! Teng! Teng!, kalau rasa lapar buat apa?..Treng! teng! Teng!. Pankreas aku pulak berpuisi macam ni, “..keluarkan enzim hazamkan makanan, keluarkan hormon seimbangkan gula!”. Tahulah aku, bahawasanya, aku perlu segera ke kedai makan untuk memuaskan hati esofagus, perut dan pankreas. Kalau tak layan, merajuk pulak nanti. Aku pun berjalan laju(brisk walking) menuju ke kedai makan yang berhampiran. “MatJenal, Kedai Burger yang Enak Gitu!, Buka 23jam” itulah nama kedai yang ada di hadapan ku ketika itu. Aku pun segera melangkah ke dalam kedai makan tersebut. Tanpa memilih, aku terus duduk di meja yang paling hampir dengan pintu keluar. Belum sempat aku berkata Hello!, seorang pelayan wanita datang menghampiriku. Mak ai, cun gila! Sekali pandang macam Arwen Undomiel(rujuk Lord of the Rings), dua kali pandang macam...ah! aku pun terus mencapai sikat yang sentiasa terselit di poket belakang seluar. Aku angkat sikat dan terus menyikat rambut. Tiba-tiba wanita tersebut membuka mulutnya. Tangan aku yang memegang sikat, terhenti di pertengahan pusaran kepala. “..er..bang, tak gi sembahyang Jumaat ke?.” Tiba-tiba juga, aku terdengar, “ ..haiya a’lal falah!...”.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) malu tak?
  • 2) hahaha...apa nk malu? bkn ramai ke skarang ni org x pg solat jumaat. cuba tgk kt shopping mall tu...

  • (Penulis)
    3) kamalia: apasal tak tido lagi?
  • 4) baru balik umah td kul 3. teman kwn kluar...jap lg nk tido la ni
  • 5) hehehe... nasib baik bukan bulan puasa. kalau tak lagi haru...
  • 6) hahahaha... kalo dia rasa malu maknanya dia mmg budak baik.. budak tak baik mmg takkan rasa malu... bagus budak ni... bleh buat menantu nih...

    *teringat cerpen valium yg tajuknya 'malas'*
  • 7) hahahha
  • 8) huhu..mmg malu. tp ramai lg kt luar tu yg xtahu malu. eh..cube tanye kalau2 yg nk buat menantu tu..single lg ke dia tu or dh anak satu? muehehehe
  • 9) haha... pasni p supermarket ble laa tanya ayat sama pd laki2 d situ..
  • 10) baru azan tu.. sempat lagi tu.. selagi tak dtg situ pakai suar pendek lah.. haha..
  • 11) hahahaa..
  • 12) Kelakar citer nie... gelak aku sensorang depan pc. Bos aku tgk pun pelik dah PA dia dok gelak sensorang... yaa ampunn!!
  • 13) hahahahha..

    malu akan timbul kalo ada org tanye. tp, kalo tak de org tanye mesti buat muka selambe je tu.

    yer la, aku pon tergelak2 baca. elaboration ko power wehh.. tip top!
  • 14) wow kamalia sblm tido melawat kapasitor dulu. suwit.
    hehe.

    pencerita tu tgh bermusafir kut?
  • 15) hahahhha..seyes klakar
  • 16) dia malu sbb kene sound...
    yg kt shopping complex 2 mmg muke xmalu...
    heheheheheh..
  • 17) kemaluan anda harus dihapuskan sebagai padah tidak sembahyang jumaat
    dosa tau
  • 18) hahaha..
    tp betul la,sekarang ni ramai je yang sepah2 tak semayang jumaat.
    ish ish
    memalukan betul.

    btw,citer ni klaka. bagus2.nak lagi, nak lagi.
  • 19) maloo sbb kene tegur dengan org nih..lg2 awek cun yg tegur hehehehe
  • 20) bahasa susunan sastera menarik... citer maut-maut... kesimpulannya, a samad said leh pengsan membacanya hehehe
  • 21) hahahaha...mmg patut malu pon.. haahaha..
  • 22) summary cternyer kt paragraph yg blakang tu jer..tp intro dia...aima dok tgelak2 n tertnya2 jer ape la yg dimalukn sgt.malu tahap gaban tu...heheh..nice story
  • 23) kelakar r

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa