Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lauk untuk adik

 

‘sikit sama sikit, banyak sama banyak’

‘ringan sama dijinjing,berat sama dipikul’

‘hidup biar muafakat…hidup biar saling mengingat’


Mak! Along dah penat.Tiap-tiap hari Along jaga adik-adik. Semua kerja rumah Along buat. Semua masalah adik Along tanggung. Yang bukan kerja Along pun, Along tolong. Along dah penat mak!

7 adik, 7 kepala mak ! Cuma satu kepala Along yang nak fikir. Yang begitu, begitu. Yang begini, jadi begini. Yang bergaduh, bergaduh. Yang merajuk, merajuk. Dan yang paling buat Along sakit hati bila berdepan dengan adik Jaguh. Namapun Jaguh, jaguh sungguh lah dia mak. Along makin tak tahan dengan dia mak! Kalau mak ada, mak pun tak tahan. Tapi kalau mak rotan, mungkin dia tak marah. Kalau Along yang rotan, pasti dia lari. Nanti semua orang kata Along jahat.  Along tak sayang adik! Along halau adik pula.

Mak tahu apa Jaguh buat semalam? Along nak cerita…

Semalam Along masak nasi dan masak lauk. Along hidang di atas meja macam emak ajar. Along suruh adik-adik makan . Semuanya makan kecuali adik bongsu, si Jaja. Jaja tidur waktu itu jadi Along asingkan nasi dan lauk untuk Jaja. Along tahu kalau tidak buat begitu, Jaguh pasti habiskan lauk. Kalau orang lain ambil seekor ikan…dia ambil dua tiga. Dia mesti hendak lebih. Itulah Jaguh.

Selepas makan , Along kemas meja. Pukul 3 petang, Jaja bangun dari tidur. Jaja kata dia lapar. Along suruh dia makan nasi di bawah tudung saji. Tiba-tiba Jaja berlari ke depan.

“Mana nasi Jaja?”

“Ada atas meja, bawah tudung saji”

“Mana ada Along?”

Along bangun tengok bawah tudung saji. Semuanya kosong! Along pandang Jaja. Jaja mula menangis. Sudah pukul 3, pasti Jaja sangat lapar. Along tanya adik-adik lain, siapa yang makan nasi dan lauk Jaja…semua menuding jari ke arah Jaguh! Jaguh Cuma tersengih sambil menyapu mulutnya yang masih berminyak-minyak. Perutnya membusung kekenyangan. Along betul-betul marah!

“Kenapa Jaguh makan? Bukankah tadi sudah makan?”

Jaguh ingat…Jaja tak mahu. Jaguh ingat Jaja kenyang. Jaguh ingat Jaja tak selera nak makan. Jaguh ingat Jaja tak tahu nak makan!”

“Banyaklah engkau punya ingat!” tingkah Along geram. Memang Along sudah geram sungguh.

“Kalau engkau betul ingat pada Jaja dan pada orang lain dalam rumah ini, engkau tidak buat begini. Ini asyik fikir perut dia seorang aje, konon ingat sangat lah tu. Dia saja yang hendak kenyang. Dia saja yang ingat pandai. Langsung tak ingat orang lain.”

“Dah lupa ke, mak pesan apa? Kalau makan…ingat kepada yang belum makan. Jangan ingat perut seorang aje…nanti semua orang tak ingat pada engkau bila makan!”

Memang Along geram sangat pada orang yang tak ingat orang lain. Semua dia hendak monopoli. Apa dia ingat dia boleh hidup sendiri-sendiri ke. Kalau dia hendak orang ingat pada dia, dia kena ingat pada orang. Kalau dia mahu dihormati maka dia kena menghormati. Kalau dia hendak makan semua..ha..makanlah sampai pecah perut.  Along dah tak peduli!

“Along…Jaja lapar!”

Along pandang Jaja. Along tarik tangan kecil itu perlahan-lahan ke dapur. Along buka pintu almari dapur, Along keluarkan sepinggan nasi dan sedikit lauk.

“Jaja makan nasi Along ya…”

“Habis Along macamana?” Terkedu. Adik yang bongsu pun tahu mengingati orang lain. Jaguh patut malu. Itupun kalau dia masih waras.

“Tak apa…Along akan puasa.”

Jaja mengangguk. Tangan kecil itu mengambil pinggan dan duduk makan di lantai. Jaguh masih tersengih-sengih, mengintai-intai pinggan Jaja. Sedikit pun tidak berbekas di otaknya apa yang Along cakap.

Mak!  Begitulah setiap hari mak…tapi Along tahu.  Along perlu terus hidup. Along perlu lindungi adik-adik dari kebuasan nafsu Si Jaguh. Dia tetap akan merampas hak orang lain. Dan Along akan tetap akan melindungi. Apalah ertinya sepinggan nasi dan sedikit lauk…selagi Along masih ada semua itu, Along tetap akan korban kan untuk adik-adik Along. Moga-moga semuanya membesar  dengan sihat dan cukup makan. Along pun dapat pejam mata dengan aman di sisi mak nanti.

Mak! Hari sudah semakin senja. Esok Along datang lagi...menaburi bunga di pusara emak. Pesan mak tetap Along ingat.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Salam kak maria,

    cerita ini ada nilainya yang tersendiri. Cumanya, Lea nak tanya, kenapa ada beberapa perkataan yang akak bold kan? Lea rasa akak boldkan dengan sengaja kan? Tapi kenapa yek? Lea xdapat tangkap mesej disebaliknya...

    semoga terus berjaya kak..
  • 2) ya, along, teruskan berusaha...

    karya yang baik kak. kali ini mudah dan menarik. cuma, sedikit pertanyaan, jaguh tu anak yang ke berapa?

  • (Penulis)
    3) Jaguh tu tak ada nombor..tapi bukan yang bongsu..dekat2 dengan Along..
  • 4) seperti biasa..inilah cara akk tiap kali bercerita. tiada yg lebih dan kurang. cukup rasa.
  • 5) along tu sayang sungguh adik2nya.
    sampai tertekan di jiwa. hehe
    tapi bak kata neddo, tekanan akan buahkan karya yang baik.

    jaguh tu mesti masih muda.
    orang muda ni memang suka melanggar hukum.
    itulah yang mencorak pemikiran baru dan diri mereka akan datang.

    picasso dan beethoven hasilkan karya2 yang unik dan melanggar hukum dulu pun sewaktu muda. ehe.
  • 6) kak maria,
    knape suke gne watak along,
    asik yg sulung je..
    sesekali gnela kakngah ke, kak uda ke..

    tapi kan kak,
    bile kite tgok komen Lea,
    bru kite pasan..
    knape ek ade perkataan yang akak bold kan?

    tp kite mcm prasan,
    akak asik berkisah pada benda yg sama je..
    eh,ye ke?
    hehehehe..
  • 7) huh..jaguh memg jahat..sian kak long

  • (Penulis)
    8) Caha,
    Nombor 1 betul:
    Along tu dulu ada adik omputih, namanya Kerry. Dia pun tolong jaga adik dia tu siang malam. Sekarang Along tu dapat adik Melayu, sebangsa seagama. Apalah lagi kasih sayangnya berganda-ganda.
    Nombor 2 salah:
    Along tu tak kisah rumah berkecah ke, nak eksperiment lintang pukang ke. Along tu menyokong kreativiti macam orang lain juga. Cuma along tu risau kalau Jaguh aje yang monopoli lauk sepinggan. nanti adik2 yang lain merajuk langsung tak nak makan dan akhirnya mati aje...
    Lea dan Misz:
    Kenapa bold..sebab ada makna.
    Kenapa asyik jadi Along..sebab dia dah along. Sementara jadi along dialah along.Nanti dia mati,oranglain jadi along kan.
    Nina,
    Tak kemana Bro kamu tu..tekan sana sini..adalah dia. cari sampai dapat.
  • 9) oh,
    mula2 baca,saya hanya tahu mesej yang disampaikan ini hanyalah berkisah kisah along dan jagoh.
    tapi bila baca komen caha,seterusnya penerangan dari akak, okeh,saya dah dapat mesej yang cuba disampaikan dengan begitu tepat sekali.
  • 10) hurmm..tak tahu nak komen apa..
    juz meninggalkan jejak di sini~

  • 11) ** Kalau dia hendak orang ingat pada dia, dia kena ingat pada orang. Kalau dia mahu dihormati maka dia kena menghormati**

    sy tertarik dengan kate2 ini,jika kita ingin dihormati kita harus dulu menghormati...
    dlm hidup hari ini,ramai org hormat kerana die adelah org tua,org berpengaruh,org yg berpangkat,dan org yg mendatangkan keuntungan kpd mereka.jd org yg tdk ade sume itu xperlu dihormati barangkali...

    dalam cerita ini saya sangat kagum dengan watak along,kerana dia sangat sabar melayan kerenah adik-adiknya. cumanya sy rse die agak berat sebelah membeza-bezakan adiknya si jaguh dengan yg lain. dia seorang kakak yg baik tetapi apabila die berkata seperti itu kepada adiknya menunjukkan die tidak ikhlas berbuat sesuatu...seperti mengungkit-ungkit..

    sy harap sy tidak seperti itu,minta dijauhkan.semahunya saya ikhlas dengan adik beradik sendiri.walau ape pn yg mereka lakukan..

    cerita ini menarik..membawa sy utk menyesali diri sy yg sering mengeluh dengan perangai abang saya...
  • 12) dah habis sabarlah tu sampai bercakap dgn kubur emaknya..saya pun selalu bergaduh dgn abg sulung saya, tapi saya tahu dia sayang saya.Along juga seorang manusia yg berperasaan.tapi sekarang along saya dah tak ada,tapi saya tak rasa bebaspun, saya rasa kehilangan.
  • 13) air dicincang tak akan putus.
    "anak-anak kuli tu perangainya kayak setan semuanye bu guru! aku ndak mau lagi jadik ketua kelas!"~Kuchai-Laskar Pelangi
  • 14) kalau mak along jawab:

    1.lain kali waktu makan jgn la jaja tido, kejut bangun.
    2.Dah tau jaguh mcm tu, simpan la nasi/lauk tu tempat tersembunyi. alah jaguhkan budak, ajar ckit, kalau tak smpi bile?
    3.Sabar je lah long

Cerpen-cerpen lain nukilan mr_kajiwa

Read all stories by mr_kajiwa
No stories.