Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Show your support for Indera Panji dilanggar Todak, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

Indera Panji dilanggar Todak

  • 16
  • jojo
  • 18 years ago
  • 8,357
  • PAID

 

(Alhamdulillah, karya ini telah tersiar di Tunas Cipta Januari 2009)

Syahdan, diceritera hikayat ini daripada Tok Selampit yang baru selesai petapaannya di Gunung Semanggul. Dahulu kala, sebelum Benggali Putih datang melanggar Melaka, tegaklah sebuah kerajaan di selatan Champa yang diberi nama Indera Panji. Akan nama rajanya, diberitakan bernama Raja Lestari.

Indera Panji ini hidup bersandarkan kepada pelabuhannya yang bernama Pelabuhan Indera. Oleh kerana terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Majapahit dan Champa, maka sibuklah pelabuhannya dengan jong-jong yang datang berteduh di sini tatkala laut bergelora. Secara umumnya, terdapat dua golongan rakyat sahaya yang tinggal di Indera Panji ini. Satu golongan yang hidup dengan maksiat di kawasan pelabuhan, dan satu golongan lagi yang beriman dengan Tauhid tinggal di hutan. Golongan yang warak ini diberi nama kaum Bertelinga Panjang dek kerana telinga mereka yang lazimnya lebih panjang dan lebih tirus berbanding manusia biasa.

Mengikut ceritera Tok Selampit, kaum Bertelinga Panjang ini telah mendapat wahyu Ilahi yang disampaikan oleh Nabi Allah Khidir A.S. Hiduplah mereka ini dengan rukun dan syariat Tuhan yang Maha Agung. Oleh kerana hidup mereka adalah di hutan, maka memanah merupakan kemahiran mereka yang paling tinggi. Diberitakan bukan sahaja mereka ini hebat memanah rusa, malahan burung rajawali yang terbang di udara itu pun boleh dialahkan. Begitulah kehebatan kaum ini yang diketuai oleh seorang pendekar sakti bernama Legolas.

Akan Raja Lestari ini, semakin hari semakin tua jugalah orangnya. Masygullah tuanku kerana ketika uban menutup kepala, masih tiadalah lagi dikurniakan waris. Hal ini menjadi kesusahan kepada baginda tuanku kerana jika tiada waris, maka bergoncanglah kerajaan Indera Panji jika ditakdirkan baginda wafat. Dikhabarkan kemasygulan ini kepada Bendahara Tun Gangsa.

*****

Baca perbualan

Show your support for Indera Panji dilanggar Todak, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Klasik

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)

    humang ai. aku sangat kagum dengan kepurbaan bahasa mu wahai sang jojoriyah (pinjam panggilan kau terhadap jo ye ucu)

    aku masih cuba menelaah, sama kandungan ini adalah metafora ataupun spora bunga dari kau. Yang pasti prasasti sulastri dewi bakal karya ini takluki.


  • (Penulis)
    2) mak aih, sulastri dewi tu datang mane tu? bahasa ko lagi klasik ni cahatomic
  • 3) tu nama bdk yg kwn taman aku ni ngorat masa kat uitm dulu. hahah

  • (Penulis)
    4) aku dapat idea ni masa aku tgh lepak2 kat tasik cyberjaya. ah, syahdunya di sana mencari ilham menulis, khokhokoh Cool
  • 5) huwaaa...Surprised best giler jo....mmg best...tergelak aku sorg2 dalam opis ni....Cool utk kali ke berape ntah, congrats jo... *part belalai lawak tu..huuhuhu
  • 6) perghh... bahasa purba..
  • 7) kene konsentret baru boleh follow. hehe..tp part belalai itu memang mencuit hatiku

  • (Penulis)
    8)

    ahahaha, aku tak tau nak tulis cam mane. tu yg aku main blasah je tu. 2 jam dok layan menaip cerita ni semalam. rangka cerita dah ada masa hari pesta flora itu hari.

    Ok ke buat cerita cam ni? Ke cam agak susah nak faham? 

  • 9) Aku faham. Satu cara menasihat yang baik.
  • 10) aku juga paham. ayat tak berat sangat untuk sebuah prosa klasik. syabas2~!
  • 11) humang aii.. bahasa purbakala! anyway, congrats! agak2 ada tak part yg tunas cipta censored kan? heheh
  • 12) hehehe..mmg best sgt bila baca cerita ni....mcm masuk alam hikayat malim demang plak kan...tp penuh dgn nasihat dan peringatan yg tersirat pada pembaca...bg akak ia amat berguna..kelakar tu mmg kelakar la..ayat suka2 hati hang bantaiii no!!! anyway bagus jojo....teruskan berkarya!
  • 13) tinggal buat filem je ni.;) peter jackson free tak tahun ni? hehe

  • (Penulis)
    14) alhamdulillah, karya ini telah tersiar di Tunas Cipta Januari 2009, huriaa~!
  • 15) nice & best bace..
    pr0sa klasik..

  • (Penulis)
    16) hiks, terima kasih

Cerpen-cerpen lain nukilan jojo

Read all stories by jojo