Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

dongeng waktu maghrib

 

Mastora di tipu oleh kekasihnya yang nampak jujur dari luar. Kekasihnya telah berjanji untuk melamarnya pada bulan Ogos yang lalu. Tetapi, surat yang diterima olehnya 3 hari yang lepas, ketika Mastora  sedang melabuhkan punggungnya yang berlemak dan bergris di atas sofa berbentuk-L  di rumahnya, merubah segala-galanya. Surat itu berbunyi,

 

“..ya kekasih, aku tak dapat menikah denganmu..aku sudah ada kekasih yang baru yang lebih lawa dan lebih kaya darimu….yang benar, bekas kekasihmu, Musyammas bin Musta’mal.”

 

Mastora lantas melepaskan surat itu ke lantai, dan dia terus berlari dan melompat di atas katil bujangnya dan menekapkan mukanya di atas bantal busuknya. Mastora menangis tersedu-sedu. Tiba-tiba Mastora terpandang lubang jendela biliknya terbuka. Dengan pantas, Mastora memanjat tingkapnya dan dalam sekelip mata, Mastora terjun ke bawah rumah!

 

Mastora tidak mati. Tetapi patah tulang pipi. Ibu Mastora terkejut dengan kejadian yang berlaku. Dia mati secara mendadak. Ayah Mastora yang baru pulang dari kedai nombor ekor juga mati akibat terperanjat dengan dua perkara. Perkara pertama; nombor 4D yang dibelinya disahkan sebagai pemenang First prize, dan yang kedua; Anaknya Mastora patah tulang pipi. Mayat ayah dan ibu Mastora di kebumikan di bawah rumah mereka selepas 3 hari(Lambat sebab kena Post-mortem, Mastora nak tuntut Insuran nyawa).

 

 

Tamat.

 

P/s: sebenarnya Mak dan Ayah Mastora tidak mati, ini hanyalah lakonan semata-mata. Tulang pipi Mastora juga tidak patah, cuma reput akibat osteoporosis. Semenjak itu, Mastora rajin minum susu kambing.

 

P/s 2: Musyammas juga sebenarnya tidak jadi menikah dengan kekasih barunya. Dia mati di sondol biawak ketika sedang menyidai baju di ampaian rumah Mastora(khabar angin).

 

*Pembetulan: Nama sebenar Mastora ialah Majid.

 

~cerita ini di ceritakan oleh Majid di waktu azan maghrib, akibatnya dia masbuk.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahahahahaha....apekah ini..
    wat sy gelak sensorg...tq mghilangkan stres sy sjenak
  • 2) haha..walaupun ceritanya mcm banyak merapu, tapi tetap kelakar! ayat skema xigt.
  • 3) harus berfikir banyak kali mencari maksud yang tersembunyi...
    walau apa pun tetap ada humornya...
  • 4) trensenden sgt ni. hehehe. bro. meh la buat ulasan satu pasal cerpen2 yg ko tulis sebegini.

    sebagai panduan untuk memahami tulisan2 akan dtg.
    ulas pasal cerpen ni ke
  • 5) setuju dgn caha, sekurang2nya boleh gk paham cara cerita yg ko tulis nih

  • (Penulis)
    6) sebenarnya begini, biar selepas membaca, setiap orang akan mempunyai tafsiran tersendiri. Mungkin ia tidak membawa apa2 makna, mungkin ada sedikit,mungkin ada banyak. Apa pun tafsiran tak mengapa. he he... Cuba menjadi cliche yang tak cliche..(tah pah apa tah aku cakap ni)
  • 7) ok, ok! suka! hahaha!
    cerita ni mcm ditulis berdasarkn isu2 semasa yg berlaku skarang ni je
  • 8) kelakar! berapa kali dia twist dan selitkan cerita yg tak ada kaitan. tp bila baca abis, nampak ada jugak kaitannya.
    cerita dalam cerita yg best, spt memainkan perasaan pembaca. Bertindan-tindan kejutan yg disudahi dgn ketawa.
  • 9) loh...amat mat la lucu.....x sangke ade gak orang yang buat cerita macam ni....cerita ni macam nak suruh org bace berkali2...bru leh paham..but still, menghiburkan le....
  • 10) HAHAHA...mastora-mastora ape kau dah buat ni mastora.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa