Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Kantoi
Malam itu aku tak dapat nak tidur! Pukul 3:34 pagi, mata aku masih terbeliak besar. Terkelip-kelip! Seolah-olah kelopak mata aku dah ‘terpeléot’! Macam ada selotape yang menariknya ke atas supaya jangan menutup mata.
Aku terlentang di atas tilam hak kerajaan tanpa cadar. Bekas air liur, air mata, dan entah apa-apa air lagi banyak tertera di permukaan tilam. Aku dah tak peduli akan bekas-bekas air kering yang aku tindih mesra dengan kulit belakangku. Namun aku tahu, tepat di bawah tulang tamparan nyamukku ada peta Nami, Baling dan Sik.
Aku cuba berguling-guling. Aku bangun bertinggung. Aku cuba mengira kambing biri-biri. Sampai kiraan sembilan, aku bingkas bangkit mencapai sebungkus mee segera perisa belangkas yang tersorok di tepi buku Kimia Tak Organik. Seterusnya aku keluar dari bilik, kunci pintu dan lantas ke Pantry. Aku penuhkan tumbler yang ku bawa dengan air panas menggelegak. Kemudian pulang ke bilik merebus mee dan makan. Walaupun selepas meneguk sekoléh air asam jawa ‘o’ ais, aku masih terkebil-kebil.
Aku cuba membaca. “Nuklear: kalau ada veto! Semua boleh buat!”. Berat sangat pulak! Tak jadi. “Majalah Betik”. Ringan sangat pulak! Maka, aku terus terjaga. Menatap siling, mengupas cat di dinding, mengopak playwood di katil, mengesat hidung ke tisu. Bengang betul!
Lepas tu, aku terdengar bunyi makcik dewan makan membuka pintu besi dapur. “gruk! Gruk! Gruuuuk!” Sudah pukul 5 pagi. Lepas azan Subuh, aku terus solat. Pukul 7 pagi, aku turun sarapan. Nasi lemak makcik masak memang sedap! Licin aku jilat pinggan ala-ala daun pisang tu!
Pukul 8 pagi. Aku duduk dalam Bangunan Peperiksaan. Mengadap kertas soalan exam final. Tiba-tiba, aku rasa mengantuk yang teramat, yang terlampau. Gelap. Budak sebelah meja aku bagitau, bunyi dengkuran aku macam biawak Komodo nak mengawan. Aku harap, kau faham, kenapa aku KANTOI kali ni!
KL.2006(Waktu bosan datang menggigit buku lali)
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) hohoho..tula sape suh byk sgt pk..xtdo,len kali study la jugak..dok pk mslh dunia je..
- paktam85
- 15 years ago
-
3) hahaha..tension kn kalo xley tdo..
perlu tdo tp xleh tdo..
wat diri rs geram sgt..
n riso pd hari esoknya xdpt perform dgn baik..
- qaima
- 15 years ago
-
4) mujur tidak pernah kena imsonia... bila dah banyak sangat nak fikir dan tekanan, memang susah nak tidur..
- ridhrohzai
- 15 years ago
-
5) hahaha pagi tu kau harus menongkat ali doh
kasi tahan sampai tgh hari.
peperiksaan paling ngeri kalau dia berturut2.. petang, then esoknya pagi petang!
hahaha tak dapat nak stadi last minit. kena tido. demness.
- cahatomic
- 15 years ago
-
6) sangat menarik! kantoi itu mainan budak bernama pelajar kohkohkoh
- dayya
- 15 years ago