Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Kompatabiliti
- 9
- kpalakotak
- 15 years ago
- 3,486
- FREE
Kisahnya begini. Ketika sedang minum teh petang bersama rakan-rakan mereka, Juli berkata : “Kami ditakdirkan bersama selama-lamanya. Kami akan meningkat tua bersama, susah bersama, senang bersama, membesarkan anak bersama.” Juli memandang Rumi. Rumi membalas dengan senyuman. “Malah kami akan menggemuk buncit bersama.”
Kemudian seorang rakan mereka bertanya: “Jadi kamu kata, kamu memang telah tercipta sejak dalam rahim untuk bersama? Selama-lamanya?”
“Tentulah! Malah kalau kau uji darah kami ini, aku jamin kami memang serasi!” balas Juli.
“Ah. Kau baru saja beri aku idea,” kata rakannya itu tadi. Kebetulan rakannya seorang doktor pakar genetik dan penyakit saka, yang kebetulan pada petang itu telah terbawa satu kotak kit mengambil sampel darah di bonet keretanya.
Itu kisah 2 minggu lepas, ketika Rumi dan Juli sedang minum petang bersama rakan mereka membincangkan rancangan pernikahan mereka.
Beberapa jam lepas rakannya seorang doktor itu mengkhabarkan Rumi melalui telefon, bahawa mereka (Juli dan Rumi) merupakan pembawa penyakit genetik yang aneh. Jika anak mereka tidak dilahirkan buta, mereka akan bisu atau pekak atau gila. Tiada ubat atau teknik pencegahan boleh mencegah atau mengubati penyakit berkenaan.
“ Ah, patutkah aku beri tahu semua ni kat kau?” kata rakannya doktor itu setelah menerangkan segala risiko pasangan pembawa.
Rumi matikan talian telefon terus.
Pada hari pernikahan mereka, Juli perasan akan ketiadaan doktor itu. Kata Rumi dia terlalu sibuk, perlu berkonferen sampai ke amerika.
“Dan dia tak ucapkan apa-apa pun untuk kita? Tiada pesanan apa pun?”
“Tak. Tak ada.”
Juli lihat orang-orang kampung dan kenalan mereka dari meja bersantap mereka. Dia tersenyum. Hari ini adalah hari paling bahagia dalam hidupnya. Kemudian dia menggenggam tangan Rumi. Katanya, “ anak kita nanti pasti akan comel-comel. Bijak. Hebat bersukan. Jadi ahli perniagaan dan seorang doktor!”
Rumi cuba mengukir senyuman. “Ya,” balasnya ringkas.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) en. kepalakotak, saya masih kurang jelas akan isinya..
tapi saya suka gaya penulisannya.- penulisKIM
- 15 years ago
-
2) owh kira juli ni pembawa berisiko la ek..wah setia betul si rumi ni..adeh tp pendek je kpalakotak..mesejnya simple..
- paktam85
- 15 years ago
-
3) hukum heriditi Mendel. 1/4 atau 25persen peluang, anak akan berpenyakit.
atau mungkin penyakit autosom dominan. anak akan jadi homozygus. penyakit akan lebih teruk.
kalau anda jadi Rumi anda buat apa?
sesetengah benda kita tak perlu tau.- kpalakotak
- 15 years ago
-
5) cerita rumi dan juli yang diberi nafas baru. menarik!
- ridhrohzai
- 15 years ago
-
6) erm..
npe sy xpaham cter ni...
erm..
mgkn x secara mendalam membacanya..
xpe..
bce lg sekali...- ceq_zue77
- 15 years ago
-
8) yup, setuju dgn kpalakotak. tak perlu tau sesetengah bnda. cinta mengatasi segalanya...
- kamalia
- 15 years ago
-
9) doktor tu cuma orang..cakap berdasarkan fakta..aku rasa rumi adalah seorang yang kuat bertawakkal padaNya..berserah tanpa sebarang keraguan..
- paiwunan
- 15 years ago