Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Nenek Saripatin 2

 

Satu malam, aku bermimpi seram. Seekor burung garuda berkepala babi datang menyambar ayam belaanku di belakang rumah. Seekor demi seekor ia sambar.Aku ketakutan lalu lari masuk ke dalam lubang. Isteriku kebetulan sedang beri makan kepada ayam ketika itu juga disambar burung garuda berkepala babi itu. Aku menjerit bagai pondan.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaawwwwwwwwwww..~

Tiba-tiba..

PoooooooooooMMmmmm..!!!

Lubang yakni kediaman aku meletup. Seperti sarang semut yang terkambus dari dalam. Semua runtuh.Aku kaget dan sedaya mampu cuba menyelamatkan diri. Aku keluar dari lubang.Hampir-hampir aku tertimpa dek ketulan batu dan tanah. Aku duduk atas tanah. Burung garuda berkepala babi itu masih menerawang di langit. Aku nampak isteriku di cengkaman kuku kakinya. Isteriku menjerit-jerit bagai orang gila sawan.

Abaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnggg…!!!! Tuloooooonnngggg…!!!!

Tanpa sedar aku terus pergi ke reban ayam dan mencabut sebatang kayu dindingnya. Dengan gaya seperti  olahragawan,aku baling kayu itu sekuat kuderat.

Shiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu….

Berpusing-pusing kayu itu terbang ke langit macam boomerang. Tapi belum sempat kayu itu sampai mengenai kepala burung garuda, ia jatuh ke tanah.

‘Alamak..’

Tiba-tiba aku nampak sesuatu jatuh dari langit sejurus kayu tadi jatuh. Macam…

Peeeeekkkkkk…!!!!!

Benda tu jatuh betul-betul atas muka aku yang sedang mendongak.

‘Cilaka punya burung babi..!!!! kau berak kat muka aku pulak..!!’

Akibat tahi yang terlalu busuk, berwarna kuning bercampur coklat itu, aku pitam.

Aku terjaga dari tidurku. Aku dapati aku sudah berada di satu kawasan padang pasir yang luas amat. Kosong. Disinilah.

Isteriku, Saripatin binti Kasuman,

Aku tidak tahu macamana aku boleh sampai ke sini. Baru saja malam tadi kita memadu asmara di ranjang. Hari ini aku bangun separuh telanjang. Atas pasir gersang. Dimanakah kau mahu ku cari sayang?

Aku baru saja bercadang mahu melaporkan kes ekor ikan patin kita yang dipotong perompak hari ini..tapi aku hairan bercampur ngeri. Baru saja berniat hendak pergi ke pasar bersama membeli timba,tapi aku tak berdaya..rumah kita dah habis gula..

Di tanah pasir luas ini aku merintih sepi.memikirkan nasib diri dan emosi.memperinci strategi..

Isteriku,bagaimana harus aku hantar surat ini padamu..?

Suamimu..Kalimsahun bin Saidun

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) haha..merepekss..!
  • 2) haha...mmg merepek! . imaginasi liar sangat

  • (Penulis)
    3) keje bidang animasi mmg kene praktis liarkan imaginasi..ingat lagi mase blaja dulu..huhu..oh..! mggu dpn aku stat keje freelance wat skrip animasi semula..!
  • 4) Rizz, walaupun sy xfaham tapi cm besh ^_^
    unik tp sukar utk difahami..
  • 5) nama tak keluar lagi? hmm...
  • 6) adeh....terpeliot bahagian kiri otak ku..

  • (Penulis)
    7) itulah tujuan aku wahai paktam..jgn asik wat crita cinta tipikal..huhu
  • 8) rizzy ni nak kena rotan ni. buat saya kena migrain!
  • 9)
    org berbidang animasi ni memang wild. hehe.

  • (Penulis)
    10) baca balik cerpen lama..mcm haremmmmm..wakaka

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy