Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bapak Si Dogoi

 

Dogoi ingin menanam rambut di atas kepalanya. Kepalanya yang sudah menjadi tandus seperti padang pasir yang sentiasa tiada hujan. Ribut banjir apatah lagi tak mungkin akan singgah!

Di renungnya atap zink rumah tua milik bapaknya itu. Sudah semakin rapuh. Sudah makin reput dan berkarat. Macam ketiga-tiga batang gigi kacip bapaknya juga. Berkarat dan poros. Dogoi tiba-tiba terkenangkan tart nenas yang poros, rapuh dan cair di dalam mulutnya. Kenangannya melilau di waktu bulan Ramadhan yang indah.

 

“Tak ada satu bulan pun yang seindah Ramadhan!”

 

Getus Dogoi di dalam hatinya yang jauh dari virus Hepatitis A,B atau C dan cacing Paragonimus westermani.

 

Sesudah kembali berada di waktu semasa, Dogoi terus masuk ke ruang beranda rumah bapaknya semula. Walaupun Dogoi telah 27 tahun mendiami rumah tersebut, rumah itu tetap kepunyaan bapak si Dogoi. Sesampai di depan pintu utama, Dogoi berhenti sebentar dan menunduk untuk menggaru jari manis kaki kanannya yang sangat berdaki. Dogoi tidak membengkokkan lututnya. Dia hanya menunduk seperti hendak rukuk, sambil tangan kanannya menggaru jari manis kakinya secara pantas dan kasar.

 

“hhhhsssssuutt!! Bukan main sedap daa...”

 

Kata-kata kepuasan ini keluar daripada mulutnya semasa menggaru dan sesudah menjentik seekor semut api yang langsung tidak mengeluarkan api walau sepercik pun. Dogoi tertanya-tanya juga,

 

“kenapa semut yang hanya menyebabkan gatal ini dipanggil semut api?”

 

“itu semut gatal lah!”

 

Satu suara yang agak garau bak Poksu Saling tiba-tiba menerkam lubang telinga Dogoi yang capang seperti pinggan Argopal.

 

“eh! Macam mana bapak boleh baca apa yang saya cakap dalam hati pak?”

 

Dogoi berasa hairan. Kehairanannya makin memanjat-manjat apabila dia terpandang keadaan bapaknya yang sedang berada di ruang tamu.

Sambil menggigit bucu sekeping biskut empat segi alias biskut lemak yang tersemat di tangan kanannya, dia menghampiri Dogoi.

 

“macamana bapak boleh baca isi hati saya pak? Dan kenapa kepala bapak hitam?”

 

“aku bukan baca isi hati kamu! Kamu cakap melalui mulut kamu! Lagi satu, kepala bapak bukan hitam! Tapi biru!”

Dogoi bertambah terkejut dan berasa pelik. Tapi sesudah dia berfikir selama tiga saat setengah, dia mula tersedar.

 

“hmmm...bapak memang macam ni..”

 

“apa?!! Apa kau cakap?!”

 

“tak! Takde apa-apa pak! Saya nak cakap.. yang hebat kepala bapak! Bapak bubuh apa?”

 

“aku bubuh nila! Ha haha!!!!”

 

Dogoi turut ketawa mengikut kerenah bapaknya.

 Tiba-tiba Dogoi teringat tujuan asalnya.

 

“pak! Mana selipar saya pak?”

 

Bapak si Dogoi tidak menjawab. Dia hanya menunjukkan jarinya ke arah bumbung di atas kepala si Dogoi. Kemudian dia terus menyambung ketawanya dan masuk semula ke dalam rumah.

 

“aduhh!! Apasal bapak baling selipar saya atas bumbung tu?!!”

 

Sebenarnya semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini, pasti ada saja barang yang akan di campak oleh bapak si Dogoi ke atas bumbung rumahnya. Kelmarin dulu, kipas berdiri. Kelmarin, seluar dalam Dogoi. Semalam, kulit durian.

 

“hari ni selipar kau pulak la...”

 

Dengan tak semena-mena bapak Dogoi mengeluarkan kata-kata  tersebut kepada Dogoi. Selepas menggeleng-gelengkan kepalanya sebanyak lima kali ke kiri dan ke kanan, Dogoi terus keluar dari rumah dan mendongak.Daripada jarak 3 meter arah depan rumah, Dogoi dapat melihat betapa banyaknya barang-barang rumah yang sudah berada dan bermastautin di atas bumbung rumah bapaknya itu. Si Dogoi pulak, takutkan ketinggian! Gayat lah katakan! Langsung tak boleh buat apa-apa!

 

“bapak, bapak!...hmmmm...macamana saya nak keluar ni pak?”

 

“kaki ayam ajelah!!”

 

Jawaban bapak si Dogoi hanya menambahkan kekusutan di hati Dogoi. Kekusutan demi kekusutan itulah yang menyebabkan Dogoi sering menggaru kepalanya dan mengakibatkan kebotakkan yang serius!

 

“Pak! Saya pegi dulu la ye pak?!!”

 

“kau nak pegi mana tu?”

 

“saya nak pegi klinik rambut pak! Nak tanam rambut!”

 

“hmmm..pegi lah! Jangan tak balik sudah lah! Kalau jatuh, bangun sendiri!!”

 

“ ye lah pak!”

 

Tiga tahun yang lalu, emak si Dogoi pergi meninggalkan Dogoi dan bapaknya untuk selama-lamanya. Dia cedera parah akibat terjatuh dari atas bumbung rumah, semasa membetulkan antenna TV.

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Hahaha..... lucunye cite ni ^_^

    Teringat tabiat sy dlu, membaling barang ats bumbung. dulu selalu main bola sepak dalam umah. smpai pecah tingkap dpn. ayah bengang, dia g pancitkan bola then dia cmpak atas bumbung. melongo kitorg xdpt main.. heheheh

    Kurusawa, u r a creative man.. sukala.. teruskan yeee

  • (Penulis)
    2) pernah baling barang atas bumbung? hu hu! sebenarnya ini cerita cinta.
  • 3) erk? cerita cinta? knapa saya dapat sense genre cinta yerk?? something wrong ke kat aku nii..???
  • 4) kasihan bapak si dogoi... huhu...

  • (Penulis)
    5) Koizumi: ia ada kaitan dengan bumbung.

  • 6) cess...bapak Dogoi ni sawan ke apa...ke baling barang ke bumbung sbb mak dia mati jatuh dari bumbung?ces nyamuk teheporron tul..
  • 7) hahahah mesti dia terbayang2 bini dia tlg amikkan barang tu.... mesti dia harap begitu...kan? wakakka.. memandai! heheh
  • 8) dem. mana ending dia.
    ko nak sambung lagi ke apa ni.
    eish.

    kemon kuru. kemonn.
    penceritaan dah nice. jalan cerita takde klimaks. hihi

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa