Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cekgu, kenapa saya ponteng..

 

Kepada:

Cekgu Nor Rambaini bte. Ramelam

Cekgu Kelas 3 Kuaci

 

Salam,

 

Semalam saya terpaksa punting pontiang puntingg pomteng sekolahlah. Diulangi: terpaksa!!

 

Saya harap supaya cekgu tidak melempang muka saya. Kalau cekgu nak lempang juga, cekgu kena tanya bapak saya dulu. Cekgu tak tau bapak saya ialah bekas penyamung. Pada zaman masa yang lalu; bapak saya pernah menambat buaya tau!

Cekgu,

Pada pagi semalam pukul 6.00 pagi, saya telah tersembahyang awal. Jadi, pada pukul 6.10 pagi, saya terpaksa sembahyang balik(baru masuk waktu). Lepas tu, bapak saya pula sembahyang. Sejadah cuma ada satu saje. Jadi kena kongsi.

Kemudian cekgu, mak saya panggil makan sarapam. Mak saya pandai masak nasik lemak dan nasik lain. Kalau cekgu nak, boleh 'order' kat mak saya. Dia jual murah saje! Tapi mak saya garang macam beruang! Jangan pandang mata dia bila 'order'.

Tiba-tiba saya berasa senak. Bila saya bangun, terus terberak atas sudu! Mak saya terus naik angin. Cekgu jangan tak tau, 'naik angin' maknanya marah! Bukannya macam naik kereta! Dia baling sudu yang ada najis saya itu. Terus kena ke dada bapak saya. Bapak saya pula naik marah sebab sudu itu melekat di bulu kerinting dada bapak.

Saya panik. Tapi mak dengan bapak telah bertumbok! Tangan mak saya telah terjatuh ke dalam kuah sambal nasik lemak!

Kerana ketakutan, saya lari ke masjid yang terletak di sebelah kubur. Kubur pula terletak di sebelah rumah saya. Sampai di masjid, tok siak pula menghamun saya.

"woi! kenapa berak tak basuh?!!"

Sebab itulah saya terpaksa ponteng.

 

Yang berlengas,

Jamdol bin Subatron

3 Kuaci

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wakakaka..atas sudu..!!!
  • 2) hehe... like it
  • 3) fikir berulang kali, kenapa genrenya cinta?

    cinta pada Cekgu Nor Rambaini bte. Ramelam?
  • 4) hahahahahahahahahahahahahaha, berak atas sudu? ni kes nak melepas tensi tulis tesis la ni kan? otak yg kreatif tu mencanak2 kluar idea mintak ditulis, hehe

  • (Penulis)
    5) kamalia: cinta pada ilmu
    jojo: betui2! ha ha ha !
  • 6) huhu
  • 7) ish, ish... bijak betul alasan jamdol ni...
  • 8) rizzy kalau buat thesis hentah ape pula cerpen yang keluar. hehe.

    betuah punye budakk!!
  • 9)
  • 10)
  • 11) berak atas sudu?hurmm imaginasi aku kena kuat.

  • (Penulis)
    12) soalannya; bagaimana Jamdol boleh berlari ke masjid tanpa melalui kubur? jawab! jawab!
  • 13) rumah Jamdol dibelakang masjid!
  • 14) dah 2 tahun lepas, baru skrg bace!
  • 15) i like dat signature...yang berlengas..
    haha teruk betoi...
  • 16) Minggu depan, bulu dada bapak dah tak kerinting.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa