Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jin Rabun & Sotong Cacat

 

Jin Rabun suka bermain tenis dengan Sotong Cacat. Sotong Cacat terpaksa main kerana sering dipaksa memegang reket. Mereka sudah lama berkawan.

Satu hari, Sotong Cacat berkata;

‘Aku demam selsema..tak boleh main..’

Jin rabun terus memandang dengan mata yang marah.

‘Apasal pulak kau demam selsema..?? siapa suruh? Ahhh..tak kira..nah pegang reket ni cepat. Kalau tidak aku bagitahu dekat mak kau yang kau curi buah rambutan Pak Talit..’ gertak Jin Rabun. Tangannya menghayun-hayunkan reket tenis ke sana ke mari.

‘Wehh..jangan la bagitahu kat mak aku..nanti naya la aku kena dera..kau tau la mak aku tu macamana…’

‘Macamana??’

‘Macam haremmmmmmmm..’ Lima harkat Sotong Cacat membunyikan dengung huruf ‘mim’.

‘Kalau tak nak aku bagitau, lebih baik kau main ..’

‘Yelaaaa..yelaaa…aku main..tapi kalau aku asyik bersin tak dapat pukul bola, kau tanggung..’

‘Hah?..apasal pulak aku kena tanggung?’

‘Yela…sebab kau paksa aku main jugak..kau tanggung la kebencian bermain tanpa ada kelancaran bola dipukul berbalas-balas..’ Ayat Sotong Cacat tiba-tiba menjadi skema.

Tiba-tiba..

‘HAaaaaaccccchhhhuuuuuMMmmm..!!’

‘Woooii..!!!’

Muka Jin Rabun melekit-lekit terkena percikan dan rembesan hingus dari hidung Sotong Cacat. Mata kirinya gagal dibuka. Melekat.Hingus masuk ke mulut ketika dia menjerit. Hampir sesudu amaunnya. Dia tertelan hingus itu dan terus rebah pengsan ke tanah.

BAMmmm..!

Sambil mengelap hingus yang berjejeran, Sotong Cacat membuka matanya dan melihat kawannya telahpun ‘mati’. Dia kaget seketika.

‘Jinn..!!! Jinnn..!!! bangun weehhh..banguuunnn!! kenapa kau tiba-tiba mati pulak ni..??? kenapapapa??!!!’

Dia lantas mengambil reket tenis dan menampar-nampar muka Jin rabun berkali-kali. Lalu dia memukul –mukul perut Jin rabun seperti orang memotong sayur kobis. Sambil-sambil menjerit dia bangun menyepak-yepak rusuk kanan kawannya itu. Hampir sebelas kali.  Jin Rabun masih juga ‘mati’.

Tiba-tiba dia berhenti menjerit  dan bediri tegak. Reket tenis di lempar ke tanah.

‘puas hati aku…’

Sotong Cacat pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) gambar itu tiada kena mengena dengn cerita. sekian.
  • 2) haha! buat aku ketawa tika stress
    aku teringat sotong celup tepung di suatu tempat itu
    segar! sedap!! yam!!
  • 3) sotong pembunuh!!!!

    eh sedap nampak lauk tu

  • (Penulis)
    4) ni semua anak buah aku yg bernama akmal berusia 4 tahun punya pasal..dia la yg suka sebut ..'jin rabun'..sotong cacat'..hahaha
  • 5) wehh.. jahat punye sotong..
    aaa..itu motif sebenar sotong cacat milik kamu ye rizzy?

  • (Penulis)
    6) sotong milkku???? apakah itu wahai cik pijat2???
  • 7) main bunuh2 pulak. taknak main pura2 ah pengsan. apa susah. ceh
  • 8) mula2 meleleh,
    sekali bersin melekit-lekit!
    ceh..
    mcm bersin dlm pinggan kt gmbar tuu..
    euw! haha
  • 9) dua kali saya baca cerita ni maklum super lampi
    kesan yg dapat adalah geli nak makan sotong dah lepas nih.
    bankrupt la kedai nasi lemak sbb dah hilang customer kesayangannya. owh tragis2..
  • 10) 'entry' ini buat aku lapar.

    sotong dalam bahasa indonesia apa ya? cumi?
  • 11) gila keji sotong cacat ni hehehe.
  • 12) oh ya, saya bg 4.
    sbb anda berjaya menggelikan tekak pembaca.
    seb baek tak muntah, kalau mntah sy bg 5 laa.
  • 13) Hehehe... Baru ingat nak makan sotong esok, tetiba tak jadi pula. Lusa lah.
  • 14) percubaan pertamaku memasak sotong gagal kerana lupa nak buang 'dakwat' & tulang..cissss...mcm haremmmmmmm...hehe..
  • 15) uish...cerita kejam!!!!!

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy