Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
anjing-anjing milik jiran aku
Ada beberapa ekor anjing peliharaan jiran dibelakang rumah yang aku sewa sekarang ini.
Dahulu ada 3 ekor.lepas itu seekor kena racun dan mati.tinggal 2 ekor sahaja sekarang.
Alasan kematian dia mungkin disebabkan oleh bunyi bising yang anjing-anjing ini bikin setiap malam.aku rasa ada yang cuba meracun mereka dan salah seekor sudah mati.
Aku amat tak suka pada anjing.bukan sebab mereka ini anjing tapi mereka suka mengejar aku masa aku balik dari kerja.adakalanya sampai berjaya masuk kebakul motorsikal aku.amat tak menarik jika dilihat dari kaca mata seorang gadis.tapi anjing-anjing yang mengejar aku itu bukanlah anjing milik jiran yang aku mahu ceritakan ini.
Anjing-anjing milik jiran aku ini, walau aku jarang bersua dengan mereka, amatlah aku kasihani.
Mereka (anjing-anjing tersebut) rajin menyalak bila ada orang cuba melintas lorong dapur disebelah malam.aku dah tak berapa takut atau risau mengenai pencuri.
Jiran melayu yang lain tak suka.mereka protes.anak-anak mereka jadi takut untuk lalu lorong dapur bila habis kelas mengaji.ini boleh membuatkan anak-anak mereka mencari alasan untuk tidak kekelas mengaji.
Anjing-anjing tersebut berada didalam pagar jiran.mereka tak pandai untuk memanjat atau melompat pagar yang tinggi.menyalak kuat tau lah.itu sahaja kebolehan anjing-anjing ini.
Dahulu aku kerap kena tinggal seorang dirumah bila seluruh keluarga balik kampung.jarang sangat aku nak ikut.bila malam menjelma aku jadi fobia sebab selalu dengar bunyi tapak kasut dan orang bercakap dilorong dapur.
Apa aku buat? Aku akan buka kuat-kuat radio kaset yang bapak aku belikan untuk aku.didalamnya aku mainkan lagu-lagu black metal yang aku record dari siaran radio ‘sessi underground’ THR .selalunya aku dengar bunyi tapak kaki berlari lintang pukang lepas aku mainkan sekuat mungkin.adakalanya, bunyi bercakap itu kian kuat, jadi aku akan tidur diruang tamu sahaja dan abaikan apa yang ada dilorong dapur tersebut.
Sedikit sebanyak aku berterima kasih pada jiran belakang rumah kerana membela anjing.orang melayu sungguh anti pada anjing.mereka benci.anjing itu najis.anjing itu benda terkutuk.anjing itu taraf sama macam pelacur hina.
Pada mereka anjing hanya membawa penyakit dan haram disentuh sama-sekali.takkan ada apa yang mampu mengubah persepsi melayu.walau iklan karya arwah yasmin ahmad.
Bagi aku, atas tujuan yang baik; anjing-anjing tersebut sungguh berjasa besar pada blok kediaman aku.pencuri jadi takut dan aku boleh tidur dengan selamat.
Aku tertarik pada hal ini setelah melihat pakngah aku membela anjing-anjing bertujuan untuk menjaga kebun dia.”ada sebabnya aku bela” kata dia.aku kagum dengan pemikiran dia walau dia seorang peneroka felda yang sekolah pun tak habis semata-mata nak menyara adik beradik yang lain.
Aku, cuba ber ‘co-exist’ dengan binatang ciptaan tuhan yang ini.aku melihat setiap ciptaan mempunyai fungsinya tersendiri.tak kiralah yahudi,anjing atau orang yang bukan sefahaman dengan aku.kebanyakkan kita terkeliru dengan pelbagai idea dan kebencian yang sepatutnya kita lihat pada pemikiran atau idealisasi yang songsang.
Aku boleh tolak ansur dengan bunyi salakan anjing diwaktu malam berahi berbanding bunyi mulut jiran-jiran mengumpat seawal pagi.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) orang melayu benci anjing. orang islam tak.
- Kurusawa
- 15 years ago
-
2) saya x benci anjing....anjing juga sangat comel...huhu....cuma takut sikit kat anjing....kalau yg garang nanti kena gigit..yang manja kena jilat2 pulak ssh la..suka tgk dari jauh je....umah sebelah ada anjing haritu...kejap je dia bela...huhu....malas kot...bela anjing tak penah kekal...
teringat masa kat aussie thn lps...x kuar kete sbb anjing kat ladang kawan tu sibuk nak bermesra2 plak...dah la besar giler....huhu...2 ekor plak tu....- Kekasih
- 15 years ago
-
3) hehe
setiap benda tu ada hikmah penciptaan.
biasalah stigma sesetengah kaum tu. hasil dari pembudayaan beratus-ratus tahun.
sebab itulah kita patutnya kena berfikir sebelum menerima sesuatu yang dihambur pada kita- cahatomic
- 15 years ago
-
4) Saya kira ia sebuah perkongsian yang baik. Walau kurang menepati ciri-ciri sebuah cerpen, ia masih boleh diperbaiki...
- ridhrohzai
- 15 years ago
-
5) aku nak ajar anjing kt area rumah aku agar mesra jiran..aku terasa spt pencuri apabila kerap disalak & dikejar..sedangkan aku jiran mereka..huhuhuhu...
- cornflique
- 15 years ago