Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisah siParis 2 : pembalasan

 

Bangun pagi aku mengagau mencari listerine.Mulut harus sentiasa dalam keadaan segar dan tak berbau.Aku capai pisau cukur.Dimana 'shave foam' aku?

Sudah jumpa.ada bawah almari.

Rambut aku sudah kusut masai.Mengerbang walaupun pendek.Perlu dicuci sebelum kemana-mana.Shampoo?

semalam aku tinggalkan didalam bilik air.

Aku toleh kiri.jumpa tuala mandi.Keadaan gelap jadi aku perlu berwaspada.

Aku pulas tombol pintu.

Lampu dapur tak terpadam semalaman.Mentanglah bil elektrik tak sampai RM10 sebulan selamba aku bazirkan.

Tak baik membazir.

Lapar.

Buka peti ais dan selongkar mencari alas perut.Wah! epal.aku potong separuh dan makan.

Aku hadap pintu bilik air.Celaka.siapa pula didalam.aku jerit.Si Paris menyahut.."Orang tengah berak lah".tak mengapa, aku beri si paris peluang memerut.

Sepuluh minit kemudian Si Paris keluar.

Si Paris capai seluar dia dilantai.Sengih pagi.." Nanti tolong buatkan sarapan, kita laparlah"..aku mengangguk tanda setuju.Aku perhatikan tadi ada sebuku roti gardenia yang dah naik harga diatas meja.

Baru aku hendak menutup pintu bilik air , Si Paris bersuara.."Tadi sebelum kita berak, shampoo terjatuh dalam lubang jamban"

Aku jeling tajam pada Si Paris sehinggalah pintu bilik air ku tutup perlahan-lahan.

Pagi itu si paris melalak tak dapat sarapan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) gila kejam. lek ah bai..bukan si paris sengaja nak buang pon
  • 2) hahahaha paris ni. klasik betul lah
    (gua pun pernah doh termasukkan botol syampoo. gua korek balik pakai tangan)

    euuuw

  • (Penulis)
    3) korek selepas SiParis beroperasi dimangkuk jamban?dia sangat jarang pam selepas guna.
  • 4) Hehehe... Mencuit hati...
  • 5) iyek iyekk!

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life