Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Hikayat Siti Bidaah
“Hikayat Siti Bidaah”
untuk persembahan Pembantu Pelatih
Program Khidmat Negara Fasa I
23Mac-1Mei 2004
Kolej Pertama
Universiti Malaya
...............................
(aku cadang nak pentaskan semula naskah ni..siapa nak terlibat? sila angkat tangan!)
................
“Hikayat Siti Bidaah”
oleh: Iwano Kurusawa
prolog
Montage:
Visual: Raja sedang makan. Tiba-tiba datang 4 ekor raksasa Bor-Bor datang menangkap baginda. Baginda cuba melepaskan diri, namun gagal.
Baginda dikurung di Istana raksasa
Bor-Bor.
Visual : Keratan akhbar.
Mula
Pencerita
Hatta arakian, maka tertangkaplah baginda Raja Al-Bisool Syah. Isteri baginda, Permaisuri Siti Bidaah sungguh gundah dan gulana hinggakan tak lalu makan nasi di Dewan Tun Perak, dan santapan baginda di ‘tapau’ ke istana dengan mangkuk Sia yang cantik berkilat.
Disebabkan Siti Bidaah terlalu sayangkan suaminya dan juga negaranya. Baginda menyamar diri sebagai seorang lelaki, dan keluar istana untuk menyelamatkan Raja Al-Bisool Syah.
Muzik Gamelan
Korus
Siti Bidaah sangat berani
Keluar menyamar membahayakan diri
Kerna suami yang tak berdikari
Pencerita
Maka berjalanlah Siti Bidaah masuk hutan keluar rimba. Rentas sungai randuk paya. Banyak berlari dari berjalan.Banyak melompat dari menjengket.
Walaupun penat tidak mengungkit.
Sampailah baginda di satu kawasan lapang.
Tiba-tiba....
Harimau Kering
Aum! Assalamualaikum!
Pencerita
Muncul seekor harimau yang memberi salam.
Siti Bidaah terus tergamam.
Siti Bidaah
Ah! Aku tak peduli!
Pencerita
Tiba-tiba juga...
Pemburu Berbulu
Jangan halang aku!
Pencerita
Datang seorang pemburu yang nampaknya hendak membunuh harimau itu.
Jangan! Jangan bunuh harimau!
Korus
Jangan bunuh harimau!
Harimau tak buat salah!
Walaupun harimau, makan lembu kamu
Harimau tetap tak bersalah!
Pemburu
Jangan halang aku!
HarimauKering
Aum! Assalamualaikum!
( takut )
Pencerita
Siti Bidaah kasihan melihat harimau. Baginda hendak menolong.
Siti Bidaah
Ah! Aku tak peduli!
Pemburu Berbulu
Jangan Halang aku!
( terus bercakap tapi mute )
Pencerita
Pemburu itu kata, hanya semut dapat menghalangnya?
Semut?
Korus
Apa?! Semut?!!
Oooo!!!! Hanya semut dapat menghalangnya....
Siti Bidaah
Ah! Aku tak peduli
Pencerita
Apa tu??
Semut Kemut
Aku gigit telinga kau!
Pencerita
Semut datang!!!
Semut gigit telinga pemburu!
Pemburu mati di tempat kejadian.
Harimau sangat gembira
Harimau Kering
Aum! Assalamualaikum!
Pencerita
Siti Bidaah menceritakan kisah dan tujuan baginda mengembara.
Sang semut dan harimau bersetuju beri bantuan.
Siti Bidaah mereka turutkan. Perjalanan pun diteruskan.
Korus dan Pencerita
Sementara itu......
Raja Al-Bisool
Ah! Tolong! Selamatkan saya!!!....
Siti Bidaah
Ah! Aku tak peduli!
Muzik Gamelan
Korus
Berjalanlah mereka. Teruskan perjalanan.
Panjat gunung lompat gaung
Tak kira panas tak kira mendung
Pencerita
Sampailah mereka kini di satu kawasan yang banyak tanah dari pokok.
Kenapa ek?
Tiba-tiba.....
Pokok Condong
Pergi kau dari sini!!!
Pembalak Bengkak
Diam kau di situ!
Korus
Rupa-rupanya pembalak nak tebang pokok
Sudah banyak pokok yang terkorban
Jangan dimusnahkan bumi yang indah ini
Sayangilah..... tumbuh-tumbuhan...
Pembalak Bengkak
Diam kau di situ!
Pencerita
Sekali lagi, Siti Bidaah kasihan melihat pokok tersebut. Baginda hendak menolong.
Siti Bidaah
Ah! Aku tak peduli!
Pokok Condong
Pergi kau dari sini!
( terus bercakap tapi mute )
Pencerita
Pokok kata, hanya tebuan dapat selamatkan dia!
Korus
Tebuan, tebuan, dimana tebuan
Datanglah segera sengat pembalak haram
Sengat,sengat jangan kesian!
Pencerita
Oh! Tebuan datang!
Pembalak Bengkak
Diam kau di situ!
Tebuan Segan
Tak mau! Tak mau!
Pencerita
Tebuan sengat pembalak haram.
Pembalak haram mati tak sempat mengucap.
Pokok gembira hingga bercakap.
Pokok Condong
Pergi kau dari sini!
SitiBidaah
Ah! Aku tak peduli!
Korus dan Pencerita
Sementara itu...........
Raja Al-Bisool
Ah! Tolong! Selamatkan Saya!!....
Pencerita
Tebuan dan pokok berminat untuk turut membantu
Siti Bidaah menyelamatkan Raja Al-Bisool.
Siti Bidaah
Ah! Aku tak peduli!
Muzik Gamelan
Korus dan Pencerita
Mereka pun berjalan lagi
Belantara hijau mereka redahi
Penat dan lelah tidak di endah
Segala yang susah menjadi mudah
Pencerita
Akhirnya sampailah mereka di istana Raksasa Bor-Bor
Muzik Gamelan
Raksasa Bor-Bor
Kami Raksasa Bor-Bor yang gagah
Kami menangkap Raja yang lemah
Siapa yang mengacau kami akan mamah
Tak tinggal tulang tak tinggal darah!
Siti Bidaah
Ah! Aku tak peduli!
Harimau Kering
Aum! Assalamualaikum!
Semut Kemut
Aku gigit telinga kau!
Pokok Condong
Pergi kau dari sini!
Tebuan Segan
Tak mau! Tak mau!
Pencerita
Sebenarnya raksasa Bor-Bor sangat bahaya.
Mereka sangat pandai Boria
Kalau terdengar lagu mereka
Telinga sakit menjadi luka
Korus
Siti Bidaah dan kawan-kawannya
Terasa sakit macam nak mati
Macamana nak selamatkan Raja
Raksasa Bor-Bor tersangat sakti
Raksasa Bor-Bor
Jangan sesekali melawan kami
Kami sangat kuat sangat ditakuti
Segala pahlawan telah pun mati
Sebab mencabar kami yang sakti
Ewah!
Pencerita
Tiba-tiba.....
Raja Al-Bisool
Ah! Tolong! Selamatkan aku!
( nyanyi karaoke )
Pencerita
Suara Raja Al-Bisool lebihlah teruk
Siapa mendengar akan terbatuk
Lepas terbatuk akan terduduk
Kaki dan tangan akan membengkok
Korus
Nasib baik
Siti Bidaah dan kawan-kawannya
Sudah sedia menutup telinga
Raksasa Bor-Bor yang jadi mangsa
Muzik Gamelan
Pencerita
Selamatlah sudah Raja Al-Bisool
Dari kurungan raksasa yang jahat
Sampai di sini....
Semua watak kaku!
Apakah anda semua setuju Sti Bidaah dipanggil sebagai penyelamat
Ataupun heroin? Adakah begitu?
Sebenarnya...SAYALAH HEROIN YANG SEBENAR!
Tanpa saya, anda semua takkan dapat dengar cerita ini!
Satu-satu watak bersuara dan mengaku sebagai hero atau heroin.
Ini termasuk juga pemuzik dan teknikal.
Dengan alasan masing-masing. Suara bercampur-baur!
KECOH! HEBOH! BISING!
tiba-tiba..
Raja Al-Bisool
Diam!!!!!!!!!!!!!!!
Semua diam
Raja Al-Bisool
Sebenarnya.... semua orang pun penting!
Kita tak boleh hidup sendiri!
Siti Bidaah
Betul tu!
Kita takkan berjaya kalau semua orang tidak memainkan
peranan masing-masing dengan baik.
Kita semua mesti bekerjasama
Untuk mencapai kejayaan.
Semua selain Siti bidaah
Ah! Aku tak peduli!
Muzik Gamelan( ending )
habih!
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen JenakaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) aku dah tgok teater ni satu masa dulu..klip video pada awal cerita sgt syok..! siti bidaah menangis akibat mkn maruku yg pedas..huhu
- Rizzy
- 15 years ago
-
2) adakah "(aku cadang nak pentaskan semula naskah ni..siapa nak terlibat? sila angkat tangan!)" benar??
nk jgk..tp kalau betul2..
kalau tipu..
ah! aku tak peduli!- hatikidal
- 15 years ago
-
3) kalau di Hong Kong, mereka terkejut bila kita sebut 'tapau'.Bagi mereka 'tapau' umpama meletakkan mayat didalam keranda.
- 26life
- 15 years ago
-
4) Ini sketsa saja..bukan teater. tapi melibatkan banyak usaha juga semasa mementaskannya. Siap ada kumpulan muzik Gamelan lagi. Hu hu!
- Kurusawa
- 15 years ago
-
5) ha ha ha. punch line utk moral di akhir tu menarik.
dalam berjenaka. moral diselit juga.
patut ah bdk2 PLKN happy je. ada org buat sketsa gini.
dialog2 dia tu dibaca camne ye? mcm lagu ke.
aku tak pandai sangat bab2 gini. tapi teringin nak jadi raksasa borbor. ha ha!
- cahatomic
- 15 years ago
-
6) setiap watak hanya guna dialog yang sama sepanjang masa. Cuma intonasi akan berubah ikut situasi! Endingnya aku buat eksperimental sikit. Semua watak termasuk korus(penyanyi), pemuzik(gamelan), lighting man, jurusolek, propsman, direktor, dan semua ajk produksi turut naik stage dan kata mereka lah hero atau heroin, hingga raja al-bisool kata Diam!
- Kurusawa
- 15 years ago
-
7) Menarik!
- ridhrohzai
- 15 years ago
-
8) cess...bila aku baca karya2 ko kan..n rizzy kan..macam aku teringat kat P.Ramlee...seperti jelmaan aku rasa..
- paktam85
- 15 years ago
-
9) hehe..rimau bagi salam..
- cornflique
- 15 years ago
-
10) pengaruh P.Ramlee memang kuat dalam diri aku paktam.
Cornflique: rimau educated- Kurusawa
- 15 years ago
-
11) ohhhh...begitu rupenye kisah dia...
audience buleh ngaku heroin tak?- Choco
- 14 years ago