Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Si Paris 5 : Basikal merah

 

Pagi itu Farid dan Fais bersaudara mahu ke pekan.Hajat mahu membeli mesin memancing yang baru hasil dari duit kait buah manggis ditanah kubur.

"Mahu ikut?" tawar mereka pada Si Paris.Aku tersenyum jauh diberanda rumah milik arwah datuk.."Silap besar laa korang."

Si Paris girang.Mandi dengan laju.Bersikat.Kasut BUM warna hijau(dengar kata bapa saudara aku menang dikasino, lalu dibelikannya kasut ini untuk Si Paris).Pakai baju bunga-bunga matahari dan seluar pendek coklat.

(Semua pakaian Si Paris berwarna garang/terang.Pernah kutanya pada ibunya.."Dia ni kurang hensem, pakaian kena lebih terampil")

Sebelum bertolak, Tok Ngah (datuk kepada Farid dan Fais bersaudara, berpangkat moyang kepada Si Paris) menghulurkan 2 peket gula-gula sugus kepada Si Paris secara senyap-senyap manakala cucunya yang lain hanya dapat sebiji seorang.

Dunia takkan adil buat mereka jika Si Paris duduk dikampung lama-lama.

Dengan kereta proton biru milik arwah bapa Farid, mereka bertolak.Si Paris duduk sopan dibelakang.

Sampai dipekan, tiada pula 'parking'.Pusing punya pusing terpaksa menyelit dihadapan deretan kedai-kedai lama.

Si Paris turun dari kereta.

"Paris akan lebih hebat dan bergaya kalau ada basikal itu" kata Si Paris bercekak pinggang memandang kearah sebuah kedai basikal.

Pagi tu, Farid dan Fais bersaudara kopak RM70 (selepas tawar menawar) angkara Si Paris.

Nun kejauhan aku mengekek diberanda.

Si Paris girang dengan basikal warna merah.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) *cerita diatas aku bikin atas memori indah terhadap pakngah aku,bapa kepada Farid dan Fais.Meninggal akibat kanser.Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
  • 2) kanser ni mcm penyakit keturunan kot.
    mcm kami ada doktor khas yg jaga record family. sebab aruah nenda, anak sedara,
    pakcik, kakak, mereka ni semua ada kanser gitu. so kamu, rajin2 check-up.

    anyway, apsal tak tulis panjang2 chapter khusus utk si Paris ni. macam kewl lak, best..

  • (Penulis)
    3) _therain_: terima kasih kerana membacanya.aku tak ada cerita panjang untuk kisah ini kerana semua yang berlaku secara kebetulan dan terus dari ingatan aku.

    keluarga kami(bugis),sungguh degil.makan, rokok dan minum dengan hebat.
  • 4) oh itu tidak kelakar. takde specific ras yg sinonim pada sesuatu penyakit.
    mak saya pun bugis. abah org minang. keturunan kami yg meninggal takde record kanser yg berpunca dari minum dan merokok semua tu.

  • (Penulis)
    5) _therain_ : tiada kelakar,itu hanya pernyataan bebas aku.aku tahu suatu hari nanti aku akan mati akibat dari tabiat minum dan rokok.
  • 6) saya juga ada genetik kanser! atok, ayah, makcik2..pastu ada sdara jauh sikit...pun meninggal sbb cancer.....heheh....saya? tak tahu lagi bila sel tu akan "ter" aktif..sekali skala ada gak wat blood test
  • 7) kamu perlu lebih kuat merokok dan minum. bolehlah aku ucap selamat tinggal lebih cepat. pada kamu dan kucing itu. haha.
  • 8) paris ini tak cukup dengan pakciknya yang satu. pakciknya yang lain juga turut dipau.
  • 9) comel je paris ni...
  • 10) aci tak terus baca episod 5..gagaga...mehla try pau aku plak..klu nk merasa drill boot saiz 10...
  • 11) biasa dia paris ni.
    babab kang.

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life