Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Surat Pak Talit

 


Akibat terlalu cinta kepada makcik Punah binti Keriau, Pak talit menulis sepucuk surat.


‘Oh..Punah binti Keriau, wajahmu membuat aku mengigau di malam hari. Aku rasa macam nak menari ala Shahrukh Khan. Aku tahan rasa gemuruh bila selisih dekat pasar. Aku lapar belaianmu dekat pipi . Aku benci.

Aku benci bila aku gagal mengayat kau. Aku terpukau macam kena candu. Aku terpaku.

Hilaian gelak dan bau ketiak buat aku tersedak.  Terbeliak mata bila kau mendada jalan dengan tumit tinggi. Aku terhenti. Walau berjalan kaki aku rasa macam terbang. Kau memang janda paling cun pernah aku jumpa. Aku gila..

Bila masanya  kita bisa berdating dekat bawah pokok? Tepi rumah cik Wok aku aku rasa elok. Nanti biar aku pelok badan kau yang gempal.  Aku tampal dua tiga nota cinta dekat hati kau. Aku bagi pisau. Biar kau belah dada aku kalau tak percaya. Aku rela…

Oh..Punah, cintaku padamu umpama kapal laut. Aku semput bila tengok kau berborak dengan wak Misai. Aku bebai. Rasa macam nak tibai dia dengan paip getah. Bagi dia muntah. Agak-agak lah borak sampai nak bertepuk tampar. Kurang ajar. Aku tahulah kau gatal. sial punya pak cik. Menggedik ..

Oh..Keriau, aku memang sakit hati dengan haji Meon.Boleh dia Hon aku masa aku tengah lentok intai kau mandi sungai. Cib**. Aku rasa macam nak baling terompah. Biar bersepah muka dia jadi macam kaca.Cilaka punya sport rim. Orang tengah layan stim boleh dia potong. Memang nak kena gantung.

Punah.., walaupun hidungmu pesek macam kena gelek, aku suka. Hati aku tak luka walau muka kau bulat. Aku sangat rasa nak cium bibir engkau yang terjuih. Aku boleh bahagiakan kau dengan wang ringgit.  Aku sakit membenam perasaan kasih dalam hati. Aku sepi..

Aku harap kau sudi terima cinta aku dengan senyuman mesra. Sesungguhnya hanya kau yang jelita dalam berjuta janda. Aku tak mahu paksa tapi aku guna-guna.

Masa kau baca surat ni kau dah pun kena jampi. Apalagi, esok confirm kau mabuk kepayang. Siang-siang kau mesti datang cari aku dekat kebun durian. Kesian.

yang buat ilmu,

Talit bin Kodi.

p/s : Maaf aku tersebut nama bapak kau kat perenggan ke enam.

lagi satu, gambar itu sumber dari google.com. aku curik.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) perhatian : surat berbentuk orang di atas adalah surat sihir asal. kepada sesiapa yg tak cukup pendinding diri sila jgn tenung lama2 gmabar itu..bahaya. anda mungkin terpukau. sekian dimaklumkan.
  • 2) kalau dah melibatkan perkara khurafat baik jangan diletak.bahaya pada akidah, kita boleh bersubahat secara yang sengaja.
  • 3) alamak rizzy aku dah terpukau ni..gane ni bro?lekkkk luuuuu...

  • (Penulis)
    4) haha..akan ku ganti gmbar itu..rilek paktam..ko bnyak ilmu ..aku tau..wakakaka
  • 5) ilmu?ilmu ape?ilmu hisab ada(bkn hisap)...!!
  • 6) kreatif kelakar kau neh.. haha

  • (Penulis)
    7) ok dah tuka gmba..haha..paktam, hisab dan hisap adalh ilmu yg harus diketahui semua insan. haha
  • 8) ces..rizzy ni mcm ayat kursi...ke aku silap?

  • (Penulis)
    9) haah ayat kursi.. ditulis dgn khat kufi.
  • 10) rizzy, surat balas Punah pulak!
  • 11) hahaha aku baru nak tegur. apsal dia tulis dia ngintai pakcik keriau mandi. biar betikk. selera pulak. haha
  • 12)
  • 13) Aduuuh, happy sungguh... senak dibuatnya... suke!

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy