Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Si Bluto : kerja dan disko

 

Malam itu sungguh lewat.Malam yang sejuk.Malam yang lembab sesudah hujan turun selebat-lebatnya.Malam yang enak untuk bersenggama.Malam penuh birah.

 

Aku baru sahaja selesai mandi.Sebotol sabun ‘shower’ mantap aku kerjakan.Si Paris tiada.Pulang ke kampung.Ini suatu kenikmatan lewat malam yang jika diketahui oleh malaikat malam, nescaya mereka akan turun dari langit dan ‘orgy’ bersama aku.

 

Punk,bertowel dan seksi.Ada aroma jantan.Aku selak selimut.Indah nian nikmat membuta bakal kuteroka.Persetankan  segala kerja-kerja yang masih ‘outstanding’.Persetankan godaan nafsu yang mahu aku berfoya-foya bersendirian dengan menggunakan tangan.

 

“Trrruuuut..truuuttt” telefon bimbitku berbunyi.Aku kurang suka pada ‘ringtones’.Aku suka yang ‘bisa-bisa aja’.Bunyi perempuan mengerang lebih hebat dari bunyi ‘ringtones’

 

Dari katil, tanganku menjalar mencapai telefon yang terletak diatas meja kecil.

 

Celaka..Si Bluto!

 

“Hello..Iyer bang”

 

“Engkau dah tidur?”

 

Aku jeling pada jam dinding .Agak lewat.

 

“Sudah mahu lelap , Pak” sedikit humor tidak akan membunuh.

 

“Macam ini..”  Si Bluto berkata sambil sedikit berdehem.

 

“Engkau telefon rumah abang, nanti bini abang angkat kau kata hendak panggil abang meeting malam ini…urgent” Ringkas dan padat.

 

Huh, benda biasa. Mesti ada betina jalang sedang menunggu mahu ber ‘cha-cha’ sama Si Bluto.

 

Selingan.

 

Pekerjaan aku, adakalanya ‘terpaksa’ membawa beberapa ‘kenalan’ luar negara datang berlibur di pusat-pusat Spa.Tempat berkenaan juga menawarkan khidmat seks.Harga tidaklah semahal mana.Aku selalu ditawarkan diskaun jika mahu datang seorang diri.”Lu datang bawa untung, lain kali datang lu angkat sahaja siapa lu mahu” kata Si Pengurus Spa.Sering kali, kami mengambil kesempatan tersebut.Benda sedap siapa tak mahu?

 

“Kerja, beer, seks dan rock n’ roll” berkat gaji aku.

 

Okay, kembali ke cerita asal.

 

“Err, baiklah.Sebentar lagi saya telefon”

 

Aku letak dan matikan panggilan.Ini tugasan yang berat.Ini tugasan mahu menipu demi Si Bluto.Ini tugasan mahu menipu Kat Esah, Isteri (pertama)  kepada Si Bluto.

 

Aku telefon rumah Si Bluto.Isteri Si Bluto, Kak Esah angkat.

 

“Hah, apa engkau mahu?” kata Kak Esah ringkas setelah aku memperkenalkan diri.

 

“Ini saya, mahu panggil abang datang meeting dipejabat sekarang.Ada hal penting pasal satu ‘shipment’..”

 

Sunyi sekejap.

 

“Engkau jangan nak mengarut! Cakap betul-betul! Ini apa meeting pukul sebelas malam ahad?!!” Kak Ecah menengking.Mampus aku.

 

“Baik kau cakap betul-betul.Engkau nak ajak laki aku pergi disko kan??!kan?? Jangan sampai aku naik darah dan report pada emak kau!!”

 

Okay, aku lupa.Kak Esah kawan kepada emak aku.Mampus dua kali lagi.

 

“Betul kak, saya tak tipu..err”

 

Telefon aku mati begitu sahaja.Aku rasa Kak Esah sudah hempas gagang telefon.Kak Esah pasti akan mengerjakan Si Bluto malam ini.

 

Aku sambung semula pada aktiviti membuta.

 

Pada petang Isnin berikutnya.Setelah selesai tugasan aku.Badan sudah penat.Ketiak sudah kehabisan ‘deodorant’ dan kepam-kepam.Aku mahu lekas keluar dari pejabat untuk menikmati sup tulang digerai berhampiran.

 

“Bang, kerja saya sudah siap.Mahu pulang”

 

Si Bluto pandang bengis.Ini celaka namanya.

 

“Engkau ambil fail ini.Ada ‘job’ di Kuantan.Bertolak sekarang.”

 

Itu dia.Pembalasan dari Si Bluto akibat dari kegagalan aku untuk membantu beliau 'cha-cha' bersama jalang di Pusat Spa.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) senyum sinis di sini.
  • 2) hehe. dari segi humor. aku angguk.
    dari segi moral aku geleng kepala. haha.

  • (Penulis)
    3) terima kasih!
  • 4)

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life