Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Si Farid: Mak engkau suruh pulang
“Aku datang bukan bertujuan hendak mengajar engkau baik atau buruk”
“Jadi?engkau hendak apa?”
“Mak engkau suruh pulang.Engkau telah terlalu lama disini”
“Tempat ini sesuai untuk aku”
“Hurmm, aku tak kata pula tempat ini tak sesuai untuk manusia macam engkau”
Rumah ini berselerak dengan bermacam sampah.Sederet ada empat bilik tidur.Dapur yang kelihatan macam sebahagian dari pusat pembakaran mayat.Depan pintu masuk sudah ada katil dengan tilam yang bersepah.Balkoninya adalah tempat yang sesuai untuk bunuh diri.Ruang tamu ada peti televisyen.Ada pemain DVD.Ada CD porno yang bersepah.Ada coli tergantung di tombol luar pintu bilik tidur pertama.Sunyi sepi rumah ini.Semua penghuninya kecuali Si Farid sama ada sudah keluar atau masih membuta didalam bilik tidur.Ruang tamu ini luas tapi nampak sempit dengan perabot yang tak senonoh.Ruang tipikal yang bagus untuk kaki merempat.
“Aku mahu sebulan dua disini.Engkau suka atau tidak bukan masalah aku”
“Memang bukan masalah aku.Macam inilah, aku bukan datang untuk mengadili sama ada kehidupan engkau ini bodoh atau cerdik.Aku datang atas satu sebab.mahu ajak kau pulang kerumah , asalkan marah mak engkau reda.Kemudian engkau boleh kembali semula kerumah sewa ini.”
Atau tempat.Aku tak pasti ianya boleh dipanggil rumah.Bersepah dengan pelbagai benda.Bilik aku juga bersepah.Sama atau lebih kurang.Tapi bilik aku cuma ada aku dan koleksi DVD tanpa sesiapa lagi.Owh, dan seekor cicak bernama ‘Samad’.Kami cuba hidup secara toleransi dibilik yang sempit.
“Bagitahu emak aku, beri aku peluang untuk cari kerja disini.Aku perlukan kerja.Aku perlukan wang.”
“Pulang dahulu kerumah.Bab kerja nanti kita cerita.”
Si Farid.Dia hanya mahu bebas.Mahu merasa kehidupan.Apa yang ada dikampung tak mengembangkan minda dia.Dia tahu emaknya sayang pada dia.Emak dan arwah bapanya adalah insan yang terbaik aku pernah jumpa.
Aku bukan tuan hakim untuk mengadili kehidupan dia.Aku bukan seorang yang dibolehkan memberi komen “Ini suatu kebodohan”.Orang lain mungkin boleh.Ada banyak orang seperti itu.Mereka beri komen “bodoh” pada sesuatu yang mereka kira, melanggar norma-norma kehidupan.
Aku teringat perbualan menarik Micheal Moore sama Marilyn Manson mengenai kejadian tembak menembak yang berlaku di Columbine.Mereka salahkan Si Marilyn Manson.
Michael Moore: If you were to talk directly to the kids at Columbine or the people in that community, what would you say to them if they were here right now?
Marilyn Manson: I wouldn't say a single word to them. I would listen to what they have to say, and that's what no one did.
Jangan terlalu cepat memberi label “Bodoh” pada seseorang hanya kerana jalan hidup mereka lain dari kamu.Jangan terlalu cepat mengadili “ini kebodohan” jika seseorang itu secara jujur mengaku perbuatan jahatnya.Bukan membangga tapi itukan kita sebagai penulis buat.Kita menulis dan menipu.Kadang-kala menafikan kebenaran.Selalunya menafikan Moraliti.Moral aku tak sama dengan moral kamu.Mungkin aku sudah bertaubat.Mungkin juga syurga tuhan bukan untuk aku.Tapi aku yakin Dia menyayangi setiap hambaNya.Setiap nafas yang aku sedut melambangkan kasih dan rahmatNya.Dan tidak, tuhan aku bukan Zeus atau Poseidon.
“Kalau aku enggan pulang?Kau nak bikin apa?”
“Sama ada aku akan seret kau keluar dari rumah ini secara paksa atau kembali kepada emak kau dan mengatakan bahawa engkau enggan pulang”
Dia senyap sambil mencapai sebatang rokok dan menyalakannya.Berkepul-kepul asap keluar dari hidung dan mulutnya.
“Engkau ada wang? Pinjam sedikit”
“Buat masa ini aku hanya ada dua ratus.”
Aku keluarkan dompet dan hulur 'note' RM seratus dua keping kepadanya.
“Kalau engkau mahu pulang sekarang mungkin aku boleh runding sama Ah Meng di pekan untuk carikan kau pekerjaan.”
Aku cuba tawar menawar pada jiwa muda itu.Aku tabur janji.
Janji yang bukan kosong.Dia muda lagi.Dia mahukan sebarang pekerjaan yang halal.
“Engkau bayar semula duit aku ini lepas dapat kerja esok-esok”
“Sekejap lagi aku kemas baju”
Dia setuju untuk pulang.Buat masa ini aku gembira untuk emaknya.
Kita imbas cerita pada seminggu sebelumnya.
--------------------------------------------------
Perbualan antara aku dan adik.Berlaku sebelum aku bertolak kepejabat.
“Mak ngah minta kau jumpa Si Farid”
“Kenapa kenapa pula?”
“Dia tak mahu pulang kerumah.Bahagia agaknya hidup macam itu.Bodoh betul, dah ada rumah hendak juga keluar hidup merempat”
“Bukan tugas kita untuk kata dia bodoh atau tidak”
“Engkau punya ‘Freewill’ itu tak semua orang suka”
“Ada aku kisah?...Esok-esok aku akan cuba untuk memujuk dia”
“Engkau punya esok-esok ini memang makan tahun”
----------------------------------------
Si Farid kini terlantar di Wad akibat kemalangan.Kedua belah kakinya patah,buku lali kaki hancur dan kini bersambung besi.
Empat biji motorsikal yang salah satunya ditunggang oleh Si Farid ketika baru pulang dari kerja dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh seorang pemuda mabuk.
Seorang rakan (yang juga salah seorang dari sanak saudara aku) yang membawa motosikal lain , maut dalam kemalangan itu.Dua lagi rakan masih lagi terlantar koma.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen AutobiografiCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
2) cahatomic : terima kasih!
- 26life
- 15 years ago
-
3) hm.hm.....
- MissClarks
- 15 years ago
-
4) Oho... Saya sedang berfikir signifikasinya...
- ridhrohzai
- 15 years ago
-
5)
- yanot
- 15 years ago