Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

NUR VI

 

“Tok! tok! tok!”

 

Sudin membuka pintu.

 

“encik, inikah rumah Pak Mat Tempe?”

 

“bukan encik..yang itu rumahnya!”

 

“Tok! tok! tok!”

 

“ketuk kuat sikit encik!”

 

Mudin ketawa macam nak muntah menonton adegan polis dan isteri pak Mat Tempe. Walaupun sudah hampir seratus tiga puluh tiga kali Mudin menonton filem tersebut, Mudin tak pernah rasa bosan. Walaupun dah hafal kesemua dialog dalam filem P.Ramlee tersebut, Mudin tak pernah gagal ketawa.

 

“Tok! Tok! Tok!”

 

Tiba-tiba pintu hadapan rumah Mudin dan Derus berbunyi.

 

“Tok! Tok! Tok!”

 

Kuat betul bunyi ketukan di pintu. Mudin bingkas bangun daripada posisi baring ala-ala  model swimsuit. Dengan perasaan yang bercampur baur, di gagahkan tangannya memutar tombol pintu hadapan. Jam di dinding rumahnya menunjukkan pukul 12.33 minit pagi. Derus sedang berdengkur dengan galaknya.

 

“kriekkk!”

 

Bunyi deritan engsel pintu rumah Mudin mengiringi kelibat seorang lelaki di hadapannya. Seorang pegawai polis. Siap dengan kayu cortar di tangannya.

 

“encik, inikah rumah Pak Mat Tempe?”

 

Terperanjat Mudin mendengar soalan yang keluar daripada mulut pegawai polis yang memakai nama Inspektor Jenggloti itu. Dia tergamam.

 

“ha hah haha!!! He  hehe!!”

 

Tiba-tiba Inspektor Jenggloti ketawa sambil menghayun-hayunkan cortar di tangan kanannya ke udara. Dia kelihatan seperti seorang orang zaman Paleolitik yang sedang meraikan kejayaan menangkap Mammoth.

 

“maafkan saya…saya memang dah lama nak cakap macam tu! He he! “

 

Mudin masih lagi tercengang. Dia masih lagi kehairanan.. Kenapa ada polis datang ke rumahnya malam-malam begini.

 

Selepas mengesat airmata gembira pada mata kanannya, Inspektor Jenggloti berkata dengan serius.

 

“Encik Mudin kan?”

 

“eer..er..iya ..”

 

“sila ikut saya ke balai..!”

 

“eh! Tuan..kenapa tuan? Saya tak buat apa-apa tuan!”

 

Inspektor Jenggloti menunjukkan surat waran ke muka Mudin. Dengan sekali henyak, Mudin ditarik oleh Inspektor Jenggloti keluar daripada rumahnya. Mudin yang terhuyung menjerit dengan sekuat hatinya.

 

“tolong! Derus! Tolooong!!!! Aku kena tangkap!!!” Deruuuuuussss!!!!!!!!!!!!”

 

“diam!! Awak sekarang ditahan untuk membantu siasatan!”

 

Mudin meronta sekuat yang mampu. Malangnya kedua-dua tangannya telah digari. Inspektor Jenggloti dengan rakusnya menarik Mudin dan memaksanya berjalan menuju kea rah lif yang nampaknya sedang terbuka luas. Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, Mudin dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena!

 

“tuan! Pintu rumah saya belum tutup tuan!”

 

Mudin menjerit semasa dia ditolak masuk kedalam lif. Pintu lif pun tertutup.

 

Mudin termengah-mengah menggantikan hutang oksigennya.

 

Setelah sedikit tenang. Mudin mengangkat kepalanya yang dari tadi asyk memandang lantai lif dan kaki inspektor Jengglot. Apabila dia mendongak, barulah Mudin sedar yang mereka tidak sendirian di dalam lif tesebut. Terdapat seorang lagi individu bersama mereka. Seorang perempuan. Cantik dan wangi. Rambutnya merah keperangan. Matanya hijau kekuningan. Mudin menjadi sedikit khayal sewaktu menatap wajah perempuan itu. Tiba-tiba Mudin tersentak. Inspektor jenggloti dengan tak semena-mena menukar pakaian seragamnya. Pakaian polis yang berpangkat Inspektor tadi di masukkan ke dalam sebuah beg kulit berjenama “Bos Haram”. Mudin sekali lagi terperanjat! Selepas mencabut misai palsu di atas bibir, barulah Mudin sedar yang Inspektor Jenggloti juga seorang perempuan. Cantik pulak tu!

 

“hai encik Mudin! Boleh berkenalan? Saya Jessica!”

 

Mudin rasa macam nak pengsan apabila mendengar kata-kata Jessica yang baru sekejap tadi bernama Inspektor Jenggloti.

 

Lif terus bergerak menuju ke Ground Floor.

 

“Ting!!”

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Owh, cerpen bersiri. Nice!

    Hmm.. btw what ever happen to the 1st season?(The one that Jojo start?)
  • 2) ha ha. yg tu dah selamat disudahkan apun haritu fathul. tapi selamat tak selamat juga la hehe.

    ha bagus juga, kalau 5 penulis je rotate kan hihi.
  • 3) hahahaha! mudin terkesima...siapa sebenarnya jessica? wahahaha!
  • 4) wah...dah bersambung lagi.heheeehehehe
  • 5) okkeeeyyyyyyyyy.....
    mak pening!
  • 6) Mak pun... hehehe pening lalat gitu

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa