Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Berita-berita yang ingin kita baca di akhbar
Satu.
Kuala Lumpur. 29 Feb. Seekor anjing Rotweiller cedera parah apabila di gigit oleh seorang posmen. Akibat cedera parah yang serius(darah berjejer dan melimpah di atas bahu dan abdomen jalanraya), anjing Rotweiller yang bernama Cikonet itu terpaksa dikejarkan ke hospital binatang dengan kadar yang segera. Sewaktu ditemuramah, Cikonet berkata,
“wuf wuf wui!! Wiwwitt!!”
Posmen yang melakukan jenayah tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri. Saksi kejadian, encik Merambus al-Jadi-jadian berkata,
“masa tu, saya sedang makan putu bamboo di depan beranda rumah saya. Tiba-tiba saya dengar bunyi Wuf wuf wui!! Wiwwitt!!. Lepas tu saya nampak, posmen tu sedang menggonggong punggung kanan anjing tu…seram saya. Putu bamboo saya terjatuh ke lantai!!”
Dua.
Ipoh, 31 Disember. Seorang artis wanita yang terkenal memohon agar di madukan. Pelakon yang dikenali dalam sebuah telenova “Bawal Hitam, Bawal Goreng itu ditemui berkata demikian di dalam sebuah sidang akhbar di sini. Bersama- sama beliau ialah bakal madu yang dimaksudkannya. Apabila ditanya sebab beliau ingin dimadukan, beliau berkata,
“daripada suami saya buat maksiat, lebih baik dia kahwin lagi satu. Lagipun dia mampu”
Suami pelakon tersebut walau bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan wartawan. Beliau yang terkenal dengan lagu “ Mengopek nyior di Burkina Faso” itu, hanya menjawab,
“pucuk dicita ulam mendatang! No Komen!”.
Tiga.
Hollywood, Mac 2011. Filem buatan anak Malaysia, telah memenangi 15 Academy Awards di sini malam tadi. Ia termasuklah, Filem terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Bapuk Terbaik, Pelakon LaluLalang Terbaik, Pelakon Air Mata dan Hingus Terbaik, Penonton Terbaik dan sebagainya. Filem yang bertajuk “ Melabuh Punggung di Panggung Berhantu” itu berjaya mengalahkan 4 filem lain yang turut mendapat 15 pencalonan.
Empat.
South Africa, Jun 2010. Pasukan Malaysia telah berjaya memasuki pusingan akhir Piala Dunia 2010. Setelah mengalahkan pasukan Brazil di peringkat separuh akhir dengan bergayanya, pasukan Negara telah bersedia beraksi di peringkat akhir piala dunia 2010. Kapten pasukan Brazil ditemui berkata,
“Malaysia Boleh! Teh tarik satu!”
Lima.
Kuala Lumpur, bilakah?. Kerajaan telah menaikkan gaji minimum kepada RM 3000 akibat peningkatan ekonomi negara. Nilai Ringgit yang semakin kukuh membenarkan keadaan ini. Sehingga hari ini, Satu Ringgit Malaysia bersamaan dengan Satu Dollar Amerika. Rakyat Malaysia hanya perlu membayar 15 sen untuk seliter petrol.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen FantasiCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) hoho...hebat. ini yg betulnya..! baru berita namanya.
- Rizzy
- 15 years ago
-
2) WOHH!! kalau la semua ni betul! wuwhuhuhu
- jojo
- 15 years ago
-
3) no 2 tu cam x kan berlaku....hahahha
- Kekasih
- 15 years ago
-
4) nape huruf pertama dialog tu banyak tak dicapitalkan?
Enam
Seorang pensyarah bertaraf profesor di Universiti Malaya ditemui terbaring tanpa pakaian di seksyen wanita di sebuah pasaraya terkenal ibukota.
Pensyarah tersebut sebelumnya dikatakan telah terbang sebagai seekor lalat gergasi sebelum terhempas disembur minyak wangi yang menjadi kelemahannya dan bertukar menjadi manusia.
Jurucakap pasaraya berkenaan berkata, lalat gergasi yang terbang sebelum itu gemar bernyanyi dan melagukan puisi-puisi yang aneh. Maklumat lanjut bagaimanapun masih tidak didedahkan oleh pihak polis, ASP Rizzi Gadisneka atas faktor-faktor kekeluargaan.- cahatomic
- 15 years ago
-
5) kroh kroh kroh...klu no lima tu jadi kenyataan..aku pki helikopter la pastu..
- paktam85
- 15 years ago
-
6) Bestla kurusawa mcmanalah boleh dpt idea sehebat ini? 5 star bro
- koizumi
- 15 years ago
-
7) caha cukup suka bab orang terbaring tanpa pakaian ni..hmmmmm..
- Kurusawa
- 15 years ago
-
8) koizumi: Tq! no. 5 tu impian saya
- Kurusawa
- 15 years ago
-
9) no. 2 tu sgt suci permintaan artis wanita tu
- kamalia
- 15 years ago
-
10) kalaulah nombor lima itu terjadi
fuh!- uculer
- 15 years ago
-
11) aku suka yang nombor 4, kepada team bola malaysia, sila berlatih sungguh-sungguh, hahaha
- rebelliben
- 15 years ago
-
12) oho, kamu memang bijak membuat cerita satira begini...
- ridhrohzai
- 15 years ago
-
13) baru dapat baca berita surat khabar kuruhariansawa... ngehehe.. sy nak berita no 5 jadi nyata gak. ameen.
- shazmiey
- 15 years ago
-
14) vote for #5...
- status3008
- 15 years ago
-
15) kalaulah no 5 jadi kenyataan..
cikgu,saya dtg nk mintak surat berhenti sekolah!- hatikidal
- 15 years ago
-
16) I like no 5!!
- syud
- 14 years ago
-
17) saya vote no 5 jugak! (boleh vote ke?)
- NJay
- 14 years ago
-
18) South Africa, Jun 2010. Pasukan Malaysia telah berjaya memasuki pusingan akhir Piala Dunia 2010. Setelah mengalahkan pasukan Brazil di peringkat separuh akhir dengan bergayanya, pasukan Negara telah bersedia beraksi di peringkat akhir piala dunia 2010. Kapten pasukan Brazil ditemui berkata,
“Malaysia Boleh! Teh tarik satu!â€
wah...unbelievable le klu msuk news cam ni....kene gosok2 mate lu 2 3 kali nak tgk btol ke x btol pe..hahahaha..kretif tol....- akma
- 14 years ago
-
19) encik jojo ni faunder kita citizen rakyat kapasitor, sudah tentu hasil nya hebat2 belaka!!!
- kasutbiru
- 14 years ago
-
20) angkat semua ibu jari!
- kosong
- 14 years ago