Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Karma Sebatang Aerial

 

Malam itu riuh. Su’en Baja Kompos bawa anak beranak, Lan Wayering bawa anak beranak, Jusoh Kambing Aqiqah pun bawa anak beranak. Malam itu riuh. Mengalahkan pesta muda-mudi. Itu belum campur belia-belia kampungnya lagi, Ameng, Lokam, Siak, Tamrin. Belia-belia kampung duduk atas motor, berborak sambil hisap rokok sebatang ‘tong-tong’. Budak-budak kecil berlari keluar masuk rumah. Kejap-kejap ketawa, kejap-kejap ada yang menangis gosok-gosok mata.

Malam ini riuh. Bukan pasal kenduri. Bukan pasal jamuan harijadi.

Ameng ketua belia kampung berdiri di pintu masuk sambil ushar keadaan. “Bila nak siap pasangnya ni, Wak Jamil? Kami nak berlatih kompang pula lepas ni!”

“Engkorang nak berlatih kompang, pergilah! Sibuk kat sini buat apa?”

Ameng ketua belia kampung sengih. Kena sebijik.

“Hah! Dah boleh “on” belum Lan? Terkedek-kedek macam itik!” Wak Jamil pula sembur Lan Wayering.

“Kejaplah Wak, ni pertama kali aku pegang menatang HD-TV ni wak, manual pun tulis omputih. Manalah aku nak paham!”

“Tu lah, dulu orang tua suruh sekolah, kau pergi sabotaj sekolah!”

Berderai ketawa semua orang. Bini Su’en Baja Kompos ketawa sampai berguling-guling. Anak-anaknya yang 6 orang cuma perhati.

“Hah, dah siap! Yang kat luar tu cepatlah masuk, tadi macam beria sangat!” Giliran Lan Wayering pula tibai semua orang.

Malam ini riuh. Mengalahkan pesta muda-mudi. Wak Jamil beli televisyen baru. Bukan sebarangan TV, ini HDTV. Yang pertama di kampung. Ketua kampung sampai tarik muka melintas rumah Wak Jamil masa nak ke surau Maghrib tadi.

Ah Hong hantar HDTV petang tadi naik Storm warna kuning. Ah Hong bawa limau satu kotak. Hadiah katanya. Ah Hong kejap-kejap ketawa. Kejap-kejap ketawa. Poket penuh katakan. Bahu Wak Jamil ditepuk-tepuknya mesra.

Malam ini riuh. Semua orang sudah duduk di hadapan HDTV baru kepunyaan Wak Jamil. Yang pertama di kampung. Semua orang mahu merasakan kehebatan visual HDTV seperti yang selalu digembar-gemburkan oleh Wak Jamil setiap kali terserempak di mana-mana.

“Tengok HDTV ni puas tau? Dinoso sampai macam nak keluar dari TV. Punyalah real! Tu baru iklan tu aku tengok!” Wak Jamil kembang kempis hidungnya memberi penerangan. Semua orang dalam rumah terhangguk-hangguk mengiakan. “Haaa! Itu dia, ‘On’ kan dekoder Astro tu Jusoh.”

Jusoh hala remote Astro tepat ke dekoder, jarinya menekan butang di hujung kanan sebelah atas. Lampu hijau menyala.

Semua orang berdebar-debar. Ada juga beberapa orang yang tahan nafas.

[[[-]]]

“SERVICE CURRENTLY NOT AVAILABLE”

Semua orang diam sekejap. Jusoh cuba off dan on balik.

“SERVICE CURRENTLY NOT AVAILABLE”

Wak Jamil rampas remote dari Jusoh. Dia pula cuba off dan on balik.

“SERVICE CURRENTLY NOT AVAILABLE”

Su’en Baja Kompos berlari keluar tengok awan. Langit gelap macam nak hujan. Tapi hujan belum ada tanda-tanda nak turun. “Hujan belum turun lagi, takkan dah buat hal kut? Stesen berbayar hapanya camni?”

Suasana dalam rumah sunyi. Wak Jamil mencarut-carut. Yang kedengaran jelas cuma perkataan ‘Kapitalis’.

Malam ini sepatutnya riuh. Ada Su’en Baja Kompos anak beranak, ada Lan Wayering anak beranak, ada Jusoh Kambing Aqiqah anak beranak. Belia-belia kampung, Ameng, Lokam, Siak dan Tamrin. Anak-anak kecil berlari-lari di dalam rumah. Sebentar ketawa, sebentar menangis gosok-gosok mata.

Malam ini riuh. Hujan lebat turun mencurah-curah. HDTV cuma ditenung-tenung. Buatan Jepun. Jangankan mahu menonton, latihan kompang pun terpaksa dibatalkan!

NOTAKAKI: Cerpen mikro ini sudah aku publish lama di laman web aku: http://ordinariben.com

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Hehehe... Suasana yang digambarkan terasa...

  • (Penulis)
    2) ha ha, huru hara
  • 3) lan wiring?mcm familiar gitu..
  • 4) hehe. jenis tulisan frinjan yg boleh kira kemas juga. nice.
    tapi itulah, cerpen mikro. macam kompilasi entri blog sinaganaga dalam "sting-garden"


  • (Penulis)
    5) hatikidal: apa familiar?

    caha: sinaganaga nama besar tu

Cerpen-cerpen lain nukilan rebelliben

Read all stories by rebelliben