Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jamdol mahu jadi kucing!

 

“siti ..kamu dah besar nak jadi apa?”

 

“jadi penyanyi pop cikgu!”

 

“bagus…Syahar?”

 

“saya nak jadi penggusti lumpur cikgu”

 

“menarik!....hmmm..Jamdol, kamu nak jadi apa?”

 

“saya nak jadi kucing cikgu!”

 

Waktu pelajaran Bahasa Malaysia kelas 3 Kuaci hari itu, dilalui  Jamdol dengan berdiri di atas kerusi.

Selesai murid-murid memberikan ucapan ‘terima kasih cikgu!’, Jamdol turun secara perlahan-lahan daripada berdiri. Dia membersihkan bekas tapak kasutnya yang berbekas di atas tempat duduk kerusinya. Semua murid lain berbondong-bondong menuju ke kantin sekolah. Sekarang ialah waktu rehat.

Jamdol berjalan lesu keluar dari kelasnya menuju ke kantin.

 

“Dol, apasal kau nak jadi kucing?”

 

Tiba-tiba datang Zamshuri menyoal sambil berjalan di sebelahnya. Zamshuri ialah kawan baik Jamdol. Dia merupakan seorang pengawas perpustakaan.

 

“Zam, apasal kau nak jadi Pilot?”

 

“hmmm…sebab aku nak bawak kapal terbang!”

 

“apasal kau nak bawak kapal terbang?”

 

“sebab seronok!”

 

“sebab itu je? Kalau macam tu jadi kucing lagi seronok!”

 

“hmmm..tak! tak! Aku nak jadi pilot sebab nak dapat gaji besar!”

 

“ooo..sebab nak jadi kaya?”

 

Mereka pun sampai di kantin. Jamdol membeli nasi lemak. Makanan tradisi kaum petani. Zamshuri pula membeli Kuey tiaw. Mereka berdua mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan deretan sinki. Sambil makan, mereka terus berbual. Datang beberapa orang lagi kawan sekelas mereka mengerumuni.

 

“Dol! Dol Kucing!!!”

 

Ejek Sharipah Al Syaidi. Jamdol tenang mengunyah ikan bilis.

 

“Sharipah, kenapa kau nak jadi Doktor?’ tanya Jamdol sambil menggigit sebiji kacang tanah.

 

“aku nak tolong orang sakit!”

 

“sebab itu aje?”

 

“hmmm..sebab boleh dapat duit banyak! Boleh dapat rumah besar!”

 

Ramai lagi kawan-kawan sekelas mereka hadir mengelilingi meja makan. Zamshuri pun jadi tak selesa dan terus berkata,

 

“dol, kau bagitau la kenapa kau nak jadi kucing? Rimas la aku!”

 

Jamdol berhenti mengunyah dan meletakkan tangannya yang bersambal di atas pinggan.

 

“korang semua nak jadi doktor laa..majistret laa..jurutera la..wakil rakyat laa...apa laa…aku nak jadi kucing!”

 

“sebab???!!!!”

 

Semua kawan-kawan Jamdol yang megelilingi meja tersebut menyergah.

 

“…..sebab….jadi kucing lebih baik daripada menjadi orang! Tak membunuh! Tak merompak! Tak merogol! Tak buang anak! Tak derhaka kat ibubapa! dan sebagainya!”

Jamdol terus menyambung makan. Kawan-kawan Jamdol terlopong. Malah mulut Sharipah Al Syaidi sudah mula menjuraikan air liur yang panjang hampir mencecah alas meja.

 

………………………………….

 

Esoknya.

 

“Sharipah..apa cita-cita kamu?”

 

“saya nak jadi badak sumbu cikgu!”

 

“hah! Badrul? ”

 

“saya nak jadi Aye-Aye cikgu!”

 

“aik??  Siti?”

 

“saya nak jadi biawak Komodo cikgu!”

 

Sudahnya, kesemua pelajar kelas 3 Kuaci menghabiskan matapelajaran Sains dengan berdiri di atas meja!

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahaha...manusia adalah sebaik-baik kejadian
  • 2) jamdol ni ada talent jadi wakil rakyat...
  • 3) hehehe... dalam humor ada sinisnya... bagus!
  • 4) saya mahu jadi jamdol hehe jamdol for president!
  • 5) bedebah! ko petik nama aku utk benda bukan-bukan.
    gelak aku baca ending dia

  • (Penulis)
    6) ko bukan penggusti lumpur ke sekarang? apasal seluar kau koyak kat ... tadi?
  • 7) kemon jamdol kucing juga makan anak! (eh betul ke?)

    hahaha, tapi memang ending yang bedebah!

  • (Penulis)
    8) boleh buat short film tak?
  • 9) Of course can!
  • 10) HAHAHAHA. saje bagi aku gelak besa.

    jadi kucing? sweet ape.
  • 11) reasy: ya tucin (bukan typo, hanya ekspresi comel kepada makhluk tuhan itu) memang makan anak.

    kurus: aku penah gak bercita2 nak jadik kucing tapi kucing kat kawasan umah aku ramai jadi beggar. tak jadilah.
  • 12) Adohai... lawak, nasib tak nyembur air kat skrin... sinis, sinis.. kakaka
  • 13) nak jadi chihuahua paris hilton. still kaya n febulus! haha
  • 14) Apa relevannya jadi badak sumbu? LOL.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa