Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Siapa tu? (PART1)

 

"Rof, kenapa awak asyik termenung ni?" 

"Eh, takde ape, jangan risau yer, saya ok" 

"Are you sure dear? You look awfully distracted today"

Rofidah diam dan kemudian memalingkan wajahnya keluar tingkap bas yang sedang dinaiki mereka.

"Rofidah, im sorryi really shouldn't ask such a lousy question"

"Bukan salah awak Karen, jadi awak tak payah minta maaf dengan saya ok, lagipun saya betul-betul ok" Ujar Rofidah sambil tersenyum. Karen megetapkan bibirnya dan kemudian mengangguk kecil, tanda faham.  

"Rof if you feel like talking, i will always be here for you, okey" Karen menawarkan diri, namun Rofidah hanya membalasnya dengan senyuman dan kembali termenung.

Perjalanan rombongan ke tasik kenyir yang membawa mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia  itu  meluncur laju menyusuri lebuh raya Karak, sebaik sahaja melalui kilometer 80E bas tersebut mula mengurangkan kelajuan. 

Tidak semena-mena seorang jejaka dalam lingkungan 20-an dengan ketrampilan dan raut wajah yang menarik tiba-tiba bingkas berdiri lalu berkata.

"Kawan-kawan, kita... akan berhenti di R&R karak sekejap lagi, so siapa yang nak  beli air, buang air atau cari mata air bolehlah lakukannya dalam masa 15 minit Ok!"
Kata-kata Azli membuatkan sebahagian rombongan tertawa besar. Selaku ketua rombongan sewajarnya dia menjadi orang yang layak memberi pengumuman sedemikian. 

 Azli menjeling lantas mengukirkan senyuman tepat kepada Rofidah namun Rofidah langsung tidak memberi sebarang reaksi. Bukannya Rofidah tidak perasan Azli sedang memandangnya, cuma rasa meluat yang amat  terhadap Azli terlalu  tebal, itu saja.
Hurm masih marah lagi dia ni. Getus hati kecil Azli. Dia tahu Rofidah masih memarahinya disebabkan peristiwa tempoh hari. Kesilapannya keluar menemani Ariana membeli belah di Mid Valley empat hari lepas membuatkan Rofidah naik berang. Apa tidaknya sedang dia asyik bergurau manja dengan Ariana, tiba-tiba sahaja mereka berdua terserempak dengan Rofidah. Insan mana  yang tidak sakit hati sekiranya cintanya diduakan? Siapa yang tak cemburu!

'I have to do something'. Bisik hati kecil Azli.

Sebaik sahaja bas berhenti di R&R Karak, separuh dari mahasiswa kejuruteraan yang menaikinya mula berpusu-pusu keluar  Rofidah juga keluar, dengan niat untuk menghilangkan dahaga sepanjang perjalanan di gerai makan berhampiran.
Belum sempat sepuluh langkah tiba-tiba dia terasa ada seseorang merentap tangan kanannya. Dia pantas tertoleh.

"Sayang...awak jangan buat saya macam ni yer... " Ujar Azli kepada. Rofidah tergamam dan kemudian menunduk sambil bibirnya digigit sedikit.

"Awak... saya mintak maaf sangat-sangat,saya janji  takkan buat lagi!  I've already told Ariana that we have nothing in common! Saya hanya serasi dengan awak jer!" 

Rofidah masih berdiam diri. Dia merasakan Azli tidak ikhlas memohon maaf.  Tangannya direntap sehingga Azli terhingguk sedikit kehadapan. 

"Darling...please...say something okey... i really need you!" sambung Azli lagi. 
Rofidah mengangkat kepalanya lalu berkata.

"Azli...i...i really  need to go to the toilet" Dengan mata yang kemerah-merahan Rofidah terus berpaling dan melangkah longlai menuju ke tandas awam R&R, tanpa dia sedari manik-manik halus mengalir deras dipipinya, sederas hatinya yang luluh.  

Azli ditinggalkan terpinga-pinga. Dia berdiri kaku sebentar di situ sebelum menoleh dan menyertai rakan-rakannya digerai makan. Di situ dia kembali bergelak ketawa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

****

Klik! Pintu tandas dikunci rapat. Penutup mangkuk tandas diturunkan dan Rofidah lantas duduk di atasnya. Tisu tandas dicapai dan air matanya dikesat-kesat. Esakanya terpantul di segenap ceruk ruang tandas awam itu membuatkan hatinya bertambah hiba. 'Aku memang bodoh mencintai orang seperti Azli!' bentak hati kecilnya. Tangannya dipukul-pukul ke riba. Tiba-tiba.

Kriiiukkkkkk! Bunyi seakan pintu tandas dibuka perlahan-lahan dan kemudian. Goommmm! Pintu tandas ditutup kencang. Rofidah terkejut pantas terbangun dari tempat duduknya .

"Siapa tu?" Rofidah bertanya dari dalam tandas yang dimasukinya tadi. Tiada sebarang jawapan, Senyap.

"Si... Siapa tu...Karen ke? Siapa kat luar tu?" Sekali lagi tiada jawapan. Hatinya yang tadinya sedih dan hiba tiba-tiba sahaja bertukar menjadi gusar. Gusar sekiranya ada orang yang cuba melakukan sesuatu yang berniat jahat seperti mangsa-mangsa rogol yang sejak dua menjak ini sering terpapar di dada akhbar dan majalah.

Mungkin Azli ni. Fikir Rofidah cuba menyenangkan sedikit hatinya. 

"Azli, you ke tu? I tahu mesti you kat luar tu kan? You tak payah susah-susah nak pujuk i. I dah decide! I nak break-up dengan you starting from today!" Suasana masih lagi senyap. 

"Azli?" Tiba-tiba suatu bunyi seakan bunyi heretan kedengaran.Sreettt! Sreettt! Sreettt! Dan kemudian bunyian itu berhenti betul-betul dihadapan pintu tandas Rofidah. 

Rofidah mula berasa kurang senang dan rasa takut mula menyelinap masuk ke urat sarafnya. Bulu tengkuknya tiba-tiba berdiri tegak. Dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. 

Rofidah sekali lagi memberanikan diri. Daun pintu tandasnya dibuka sedikit. Matanya mula mengintai dari sisi sempit itu. Tiada apa yang kelihatan selain cermin dan sinki. Dia sedikit lega. Mungkin perasaan saja. Rofidah pantas membuka pintu seluas-luas dan ternyata tiada siapa di luar. 'Huuuhh, nasib baik takde apa'. Dia terus menghembuskan nafas lega. Langkahnya di atur menuju ke pintu utama tandas. Tobol pintu lantas dipulas.

"Eh!Kenapa tak boleh buka ni, siapa plaklah yang nak main-main dengan i ni" Marah Rofidah. Sangkanya ada orang yang cuba bergurau tak kena tempat.
"Hei! Bukaklah pintu ni cepat! I nak keluar !" 

Tiada jawapan dari luar. Tidak semena-mena lampu tandas itu tiba-tiba terpadam. "Hei! Jangan main-main lah! You ingat i takut ker hah!" Kemarahannya kini berganda. Sudahlah cintanya diduakan kini ada pula orang yang ingin mempermain-mainkan dirinya sedemikian rupa. 

Keadaan didalam tandas kini gelap gelita. Baru kini dia sedar bahawa  tandas itu langsung tidak bertingkap.Tombol pintu dipulas-pulas dan digoyang-goyang sambil tangan kanannya memukul dedaun pintu. Tiada orang yang menyahut, seolah-olah tiada orang yang tahu dia di situ.

Kini udara didalam tandas terasa amat menyesakkan, berat. Tidak lama selepas itu lampu tandas tiba-tiba sahaja menyala tetapi berkelip-kelip. Bunyi decipan neon pula jelas kedengaran.

Nafasnya tersekat-sekat. Sedang dia asyik mengatur nafas, muncul satu kelibat lembaga hitam setinggi paras pinggang yang entah dari mana datangnya melintas disisinya dan kemudian masuk ke dalam tandas paling hujung. Rofidah terkejut lantas terjatuh dan terduduk di lantai tandas yang basah. Dadanya mula berombak kencang. Dia kini benar-benar takut dan panik. Lantai yang basah itu menyukarkan dia untuk bangkit berdiri.

Plap!Plap! Tangannya memukul-mukul lantai yang berair. 'Air apa ni? Soal hatinya. Pelik! Baunya seakan bau besi berkarat'. Rofidah mengamati betul dan ketika itulah dalam kerdipan lampu neon matanya terbeliak luas! Seluruh tubuhnya mula mengigil, air yang disangkanya air takungan rupa-rupanya adalah darah merah pekat yang memenuhi ruang lantai. Dan pada waktu itu juga kedengaran bunyi seakan bunyi gigi dikacip-kacip, tetapi bunyi ini cukup jelas dan mengerikan. 

Di hadapannya suatu makhluk yang sangat mengerunkan sedang memandang tepat Rofidah. Bentuknya seperti seekor anak lembu tanpa kepala, berbulu hitam keperangan dan tebal bulunya setebal bulu anjing.  Walaupun tidak berkepala, di bahagian depannya terdapat dua biji mata kecil kemerahan dan gigi tajam menyeringai. Mulut makhluk itu tidak henti-henti memuntahkan darah. Pastinya darah pada lantai tandas itu adalah dari muntahannya. 

Lagak makhluk itu seakan mahu menerkam Rofidah sekiranya dia cuba membuat sebarang pergerakan. Khoff! Khoff! Sekali sekala ia mendengus, meskipun tidak kelihatan hidung pada wajahnya. Barangkali terlindung oleh bulunya yang tebal itu.

"To...To...Tolong!" Suaranya tersekat-sekat. 

Sebaik sahaja Rofidah bersuara, makhluk itu mula meluru dan melompat kearahnya.
Ngorrrrniokkk!. Rofidah pantas mengelak ke kiri. Ia terus menghentam dinding di belakang. Ngorrrioookk! Ngorrrioook! Ngorrrioook! Makhluk aneh itu mengelupur dan merengek-rengek. Rofidah lantas menggagahkan diri, bingkas bangun dan berlari menuju ke tandas kedua dari hujung. Belum sempat Rofidah menutup pintu, makhluk itu terus menyondol ke arah pintu tandas, Rofidah tertolak ke belakang dan sekali lagi terjatuh. Ketika itu dia rasa seperti ingin menangis. Kejadian yang tidak disangka ini berlaku terlalu pantas, tidak mampu dihadam oleh fikirannya, segalanya bagaikan suatu mimpi ngeri . 'Ya Allah! Bantulah Aku!'

Makhluk itu kini berada betul-betul di atas tubuh Rofidah yang sedang terbaring di lantai. Tubuh Rofidah terasa amat kaku dan lemah. Makhluk itu terus mendengus-dengus. Badannya ditundukkan sedikit, mulutnya digangga luas bersedia untuk membaham Rofidah...

BERSAMBUNG DALAM PART-2

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) nice! good! jangan mimpi sudah!
  • 2) rasa berdebar-debar. nice!

  • (Penulis)
    3) Thanks Kurusawa dan iz_za, nantikan sambungannya okeyy.
  • 4) mungkin makhluk pelik itu adalah azli . saya tunggu sambungannya...

  • (Penulis)
    5) Thanks you all
  • 6) oh, sangat seram okey... terasa mood dan suasananya...

  • (Penulis)
    7) Thanks ridhrohzai
  • 8) saspen. macam thriller-thriller remaja hollywood la lebih kurang... kut?

  • (Penulis)
    9) Thanks rebel

  • (Penulis)
    10) Mintak sesiapa boleh komen lagi tentang karya saya. Really appreciate. Thanks

  • (Penulis)
    11) Terima kasih kepada Adra yang telah banyak membantu saya memperbaiki mutu penulisan.
  • 12) salam magikkeni. maaf lambat komen, kesibukan.
    kejap, di mana Adra mengomen? saya tak nampak pun. wah Adra dalam diam ya!


    pendapat saya:
    hmm, elemen suspensnya ada. seram jugak saya dibuatnya. hehe. dah la baca malam-malam gini!

    tanda baca boleh diperhalusi jika awak mahu serius.
    presentasinya pun boleh dibaiki, mungkin kecilkan font hingga jadi 12-15 perkataan sebaris.
  • 13) gila ah. masuk toilet siang ke malam ni? anjing mana tu? dari cite Harry Potter? haha

  • (Penulis)
    14) Thanks caha, saya baru jer berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Saya memang hargai sebarang komen. TQ

  • (Penulis)
    15) Oh ya saya lupa nak gambarkan waktu kejadian. Hahahaha! (Malu sendiri). Owh!anjing tu hanya rekaan semata2 tiada kene mengena dgn yang hidup atau mati.

Cerpen-cerpen lain nukilan Magikkeni

Read all stories by Magikkeni