Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Siapa tu? (PART 2)

 

No! This is not it! This is not how i want to die! Aku masih muda..masih banyak perkara yang mahu aku lakukan. Masih banyak tanggungjawab perlu aku pikul." Dalam saat yang getir itu Rofidah berfikir.   

"... Jasa ayah ibu belum aku balas. Adik belum tamat sekolah lagi. Anak kucing kesayanganku masih memerlukan tuannya. Facebook belum aku update. Cerpen pendek yag aku siapkan last week belum aku submit. Haah! Draf tesis yang Prof. Rahman mintapun belum aku submit! Yang paling penting Azli belum aku ajar cukup-cukup lagi!   

Kekuatan seakan terkumpul dalam jiwanya, membuak-buak. Mata yang dipejam, dibuka kembali. Jelas makhluk aneh masih di atasnya, menganggakan mulut seluas-luasnya. Segala tenaga dikumpul ke buku lima kanan.    

"Anjing sial!" Rofidah memekik lalu menalakan tumbukan tepat ke mata kiri makhluk itu. "Ngiiiiooook!" Ianya menjerit kesakitan lalu mengundur ke arah bertentangan. Biji mata kanannya berdarah, tetapi bukan bewarna merah sebaliknya bewarna hijau. "Ngiiiookk!" Makhluk itu sekali lagi menjerit.   

 Tak sia-sia aku masuk Silat Gayung Pattani semester ni. Getus hatinya. Dia tersenyum sendiri. Dulunya dia enggan menyertai persatuan silat, tetapi setelah dipujuk rayu oleh Azli dek kerana Azli mahu Rofidah di sisinya selalu maka tanpa rela hati Rofidah meyertainya. Namun apa yang berlaku hari ini merubah persepsinya, dia kini bersyukur Azli memujuknya waktu itu.   

Makhluk itu menguis-guis mata kirinya cuba menahan darahnya keluar barangkali. Kemudian ia kembali memandang Rofidah, pandangannya semakin garang dan keras. Ianya kini sedar Rofidah bukanlah mangsa yang senang ditundukkan seperti mangsa-mangsanya sebelum ini. Ia menundukan tubuhnya seakan ingin melompat. Dengusan pantas kedengaran.   

Rofidah segera mengambil posisi kuda-kuda. Tangannya diliang-liukkan persis pesilat handalan. Tangan kirinya diangkat seinci dari kepala, tangan kanannya pula didepa ke depan. Empat jari dikuis-kuis ke atas seakan gaya Bruce Lee! Keberaniannya kini telah kembali!  

 "Ayuh kalau berani!" Ujar Rofidah! Seakan faham dengan kata-kata Rofidah ia terus melompat ke arahnya. Rofidah mengelak ke kiri, ia sedikit terbabas lantas Rofidah segera melepaskan tumbukan ke sisi kanan makhluk itu. Ia mengelupur jatuh menghentam singki. Sinki itu pecah. Ia bangkit dan kembali berlari ke arah rofidah, seakan tidak puas hati.   

Rofidah pantas melompat dan menghayunkan tendangan tepat ke mata kanan makhluk tersebut. Zuuup! Bamm! Ia tersungkur menyembah lantai jubin yang basah itu, mengelupur dan melaung-laung. Kini ia hilang kebolehan melihat. Rofidah nampak peluang disitu, peluang untuk menamatkan riwayat makhluk sialan yang pelik dan mengerikan itu.   

Rofidah mencapai serpihan besar marmar sinki yang pecah tadi. Mengangkat tinggi di atas kepala. Rofidah mula mengira dalam hati.   

Satu...Dua..Tiiiig...   

"Thats enough lady!"
 Ujar suatu suara misteri yang entah dari mana datangnya. 

Tiba-tiba dua meter di hadapan muncul kepulan asap hitam berputar-putar yang kemudiannya membentuk susuk tubuh seakan manusia. Rofidah terperanjat dan terundur ke belakang, tetapi serpihan marmar sinki di atas kepalanya masih tidak dilepaskan.   

Susuk tubuh yang terbentuk dari asap tadi kini jelas menampakkan dirinya. Seorang lelaki berpakaian ala eropah klasik. Bertopi silinder hitam dan tinggi. Dengan kot hitam yang dalamnya dipadankan dengan kemeja beropol dan dileherya tersemat Bow tie. Cukup bergaya. Wajahnya, ya wajahnya memang mirip bangsawan dari mat saleh yang sangat tampan hampir tiada tolok bandingnya. Bermuka bujur, berhidung tinggi. Kulitnya putih, cuma bukan putih biasa tetapi putih pucat seakan tidak cukup zat, itu tidak penting. Anak matanya biru dan alis matanya lentik. Di tangannya memegang pedang panjang dan runcing ala pedang yang pernah dipakai oleh Nepolean Bonaparte.    

Kemunculan lelaki misteri yang terbentuk dari asap memang mengujakan, cuma ia hanya menambahkan lagi persoalan  yang bermain difikirannya. Rofidah hanya mampu tergamam dan terus terkedu,  itu sahaja.   

Lelaki itu seraya berkata ."Oh! Let me handle this dear"  

Lelaki itu menyeluk saku kanan kot labuhnya lalu mengeluarkan botol kaca berpenutup gabus setinggi 3 inci lalu di letak di atas lantai.  Pedang runcing di tangannya diangkat tinggi, lalu ditusuk tepat ke badan makhluk aneh itu. "Ngriooookkkkk......Nggiii... "Makhluk itu meraung, mengigil-gigil dan kemudian senyap. Selang dua saat tubuh makhluk it mereput dan bertukar menjadi debu yang terapung-apung seinci dari lantai. Debu itu kemudiannya menari-nari seakan mengikut liukan tangan lelaki misteri itu lantas  memasuki botol kaca tadi. Botol kaca ditutup dan disisip ke dalam kot labuhnya.  

"Aha! That should do the work " Lelaki itu bercakap seorang.  

Rofidah hanya memerhati dengan rasa takjub, serpihan sinki di atas kepalanya masih tidak dilepaskan.  

Lelaki itu berpaling dan mendekati Rofidah. Ternyata lelaki itu lebih tampan diamati dari jarak dekat. Rofidah terundur sikit ke belakang. Kepalanya mendongak melihat jejaka mat saleh yang handsome di hadapannya.  

"Well, young lady let me help you with that" Lelaki itu mengambil serpihan sinki dari tangan Rofidah lalu dileittak ke tepi.  

"Tha...tha...Thank you..." Spontan Rofidah mejawab sambil tangannya diturun ke sisi.  

"Oh! how rude of me..let me introduce myself" Ujar lelaki itu.Dia menundukkan sedikit badannya lalu menyambung.   "My name is Aelfric Maundrell, son of  Thomas Maundrell, Count of Esper"
Lelaki itu mengukirkan senyuman menampakkan gigi taringnya yang tajam bersinar. Terbeliak mata Rofidah dibuatnya. Dia mengundur ke belakang sebelum terhenti sebaik belakang tubuhnya menyentuh dinding.  

"Jangan apa-apakan saya!" Teriak Rofidah sambil kepalanya digeleng-geleng.  


"Oh! You orang Melayu?" Ujar lelaki itu. "Jangan takut, jangan takut, saya tidak apa-apakan kamu" Rofidah tidak menjangka Aelfric boleh bertutur bahasa melayu dengan fasih. Dia terdiam.  

"Saya datang untuk memburu anjing Circruq bukan kamu " Sambung Aelfric. Mungkin dia merujuk kepada makhluk yang baru dibunuhnya tadi.  

"Apa? Ciku?" Rofidah spontan bertanya.  

"Bukan...bukan Ciku, tapi Circruq..Ha!Ha!Ha!..Kamu memang lucu" Aelfric ketawa, Rofidah hanya tersenyum keliru.  

"Oh ya! Apa nama kamu?" Belum sempat Rofidah menjawab. "Opss! Wait a minute!" Aelfric mendekatkan wajahnya ke wajah Rofidah. Rofidah ketakutan lalu memejamkan matanya. Tangan Aelfric kini seinci dari ubun-ubun kepala Rofidah, Aelfric memejamkan matanya lalu... 

  "Ahaaa! Rofidah, nama kamu Rofidah, seorang pelajar universiti.. Hurm...what is this? Hurmmmm... interesting!"   Aelfric membuka kembali matanya lantas mengerutkan dahinya. Dia terdiam sebentar. Rofidah membukakan matanya.  

"Awak boleh membaca fikiran saya!" Rofidah tersentak dengan kebolehan Aelfric.  

"Yes. Indeed i can" Aelfric tersenyum.   "Bo...boleh saya tahu siapa awak dan apa makhluk yang menyerang saya tadi? Tanya Rofidah.  

"Well, saya adalah pemburu dan makhluk tadi adalah makanan tuan saya. Jadi senang cerita, saya memburu untuk tuan saya sebagai mata pecarian..sekadar itu sahaja saya boleh katakan...kerana segalanya terlalu kompleks untuk jelaskan"   Rofidah hanya menangguk. Tanda faham, namun masih tidak puas hati. Dia ingin bertanya lagi.

Tapi sebelum sempat dia menyambung pertanyaan.  

"Ohoo, kamu tahu?...kamu sangat bernasib baik.." Ujar Alefric.  

"Bernasib baik?" Soal Rofidah dengan nada perlahan.  

"Ya! bernasib baik kerana bertemu saya hari ini, kalau kamu terserempak dengan abang saya yang sedang memburu... pasti sudah lama dipenggalnya kepala kamu seperti yang telah dia lakukan pada seorang manusia yang melanggar mati buruannya tempoh  hari. Oh! dia benar-benar bencikan manusia..Ha!Ha!Ha!   Rofidah menelan air liur, dia tidak nampak apa-apa yang kelakar dengan kata-kata Aelfric hingga mampu mebuatkannya ketawa.  

"Oh, well i'll better get going or i'll miss my lunch.."  

"Ohoo, one more thing dear, lebih baik kamu tinggalkan sahaja si Azli, dia memang lebih sukakan Ariana berbanding kamu...percayalah dua ratus tahun sudah cukup untuk mengajar saya selok-belok percintaan..And you deserve a lot more better! Ha!Ha!Ha! "   Rofidah tergangga mendengar nasihat Aelfric. Sudah pasti Aelfric membaca segala yang ada dalam fikirannya sebentar tadi. Dia hanya membalas nasihat percuma itu dengan anggukkan.  

"Kamu tahu...Kamu memang seorang gadis yang istimewa." Dia diam dan kemudian menyambung "Hurmm... So this is good bye then..."  

Aelfric memetik jarinya dan seraya muncul kepulan asap hitam bersama kerdipan cahaya kuning dari bawah telapak kakinya dan sedikit demi sedikit tubuhnya mulai melerai bersama pusaran asap itu. Sebelum pusaran itu melitupi wajahnya dia brkata..   "Oh! saya terlupa! Please! Jangan beritahu sesiapa yang kita pernah bertemu ok! Atau saya terpaksa memburu kamu pula..Untill then we shall meet again.. Ha!Ha!Ha!..."   Aelfic megenyitkan mata kirinya kepada Rofidah dan dia kemudiannya hilang bersama-sama pusaran asap itu...Ghaib! 

  Suasana di dalam tandas awam itu kembali tenang seperti sedia kala, seperti sebelum Rofidah menjejakkan kaki ke dalamnya. Sinki dan pintu yang rosak sudah kembali elok, tidak terusik. Darah merah dilantai sudah tiada. Ajaib!  

"Magik ke ni?" Bisik hatinya. Dia hanya berdiri disitu. Terdiam seketika.   Dia sungguh takjub dengan segala apa yang telah berlaku. Rasa takjub itu berbaur dengan perasaan seram dan mistik . Namun semuanya seolah-olah memberinya kekuatan dalam jiwanya. Memberitahunya sesuatu... sesuatu yang hanya dia sahaja yang mampu merasainya...  

Kriiuuuk! Pintu tandas dibuka. Rofidah berpaling ke arahnya. Karen muncul disebalik daun pintu.   "Hey! Rofidah. Apa you tercegat kat situ. Semua orang dah naik bas.We better go now or we'll gonna be late!"   "Eh! You ok ke Rofidah? You nampak pucat sangat"   "Ohoo! I feel  a lot more better then before Karen" Rofidah lantas melukis segaris senyuman dan memeluk sahabat rapatnya itu.  


****  


Azli leka menilik jam tangan yang dibeli oleh Ariana kepadanya tempoh hari sambil menunggu semua peserta rombongan menaiki bas . Smart gak jam tangan ni. Getus hatinya.

Sedang dia masih leka...   Panggg! Satu tamparan hinggap ke pipinya.   "Aduh!" Rofidah menamparnya. Tamparannya nyata kuat.   "You know what Azli, mulai hari ini kita break! I tak nak tengok muka you lagi, faham! Dasar jantan hipokrit" Semua ahli rombangan yang berada di situ semua terkejut dengan tindakan Rofidah. Azli pula malu. Namun dia semacam akur dengan perbuatan dan kata-kata Rofidah. 

Rofidah terus menaiki bas tanpa menghiraukan Azli yang tertunduk kesakitan. Karen menurut di belakang.

"You..you... memang berani Rof..i tak sangka. I pun tak sanggup buat macam tu tau" Ujar Karen kagum. Rofidah senyum.

"It's nothing Karen compare to what i've gone through."

Rofidah mengeluarkan pena dan buku nota kecil dari tas tangannya. Dia menulis sesuatu di dalamnya dan lantas dia tersenyum sendiri.  

Aelfric Maundrell,Si jejaka pemburu misteri...


-TAMAT-

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Sudi-sudilahkomen dan vote ek. TQ
  • 2) nice. si aelfic tu memang suka gelak ke?
  • 3) ko letak dadah jenis apa dalam karya ko ni??? kenapa aku rasa ketagih nak baca lagi karya2 ko...jgn habiskan secepat ini...nak lagi...isk..isk..isk..

  • (Penulis)
    4) Thanks iz_za & cornflique. Aku tak taruk apa2 dadah dan apa2 yang sewaktu dgnnya. Just taip apa yang terlintas aje Thanks for you support

  • (Penulis)
    5) Well. Aelfric cakap memang dia suka ketawa dah tabiat katanya, baru kitaorang sembang tadi.
  • 6) payah ni kejap-kejap gelak masa bercakap.

  • (Penulis)
    7) Dia cakap ada reason kenapa mesti ketawa, supaya org kurang sikit takut dgn dia al maklumlah dia tu vampire
  • 8) ok, lps ni buat satu cerpen khas pasal Aelfric Maundrell je... hehe

  • (Penulis)
    9) Ada gak terpikir.. rasa macam nak buat Novel..Ha!Ha!Ha! (Itupon kalau ada masa)
  • 10) Oh, begitu kisahnya. Ada pula kaitan dengan cerpen "Itu bukan lembu" ya. Kreatif betul saudara ni. Setuju dengan Kamalia. Kena perjelaskan lagi tentang Aelfric Maundrell tu...

  • (Penulis)
    11) Nampaknya begitulah. Memang ada kaitan dua cerita tu. Thanks saya akan cuba buat sambungannya kalau ada keizinan.Thanks Ridhrohzai.
  • 12) eh, abes dah ke? ok. skarang aku faham perasaan caha bila baca cerpen aku..lalalalalala
  • 13) WAHHH!
    ending ni memang di luar jangkaan saya. tapi memang menarikk!!
    saya baru ingat karya ni bakal berakhir longgar, tanpa klimaks yang sewajarnya. ah, nampaknya saya terlalu memandang rendah imaginasi kamu.

    tabik! saya beri 5 untuk cerita yang menarik dan jarang-karang ada di kapasitor ini.
  • 14) btw, Adra gf kamu ke? hiks!
  • 15) kenapa pemburu mesti Mat Salleh? kenapa? ho ho

  • (Penulis)
    16) Thanks Caha, saya sangat teruja baca komen kamu.

  • (Penulis)
    17) Syud, bukan saya tak suka watak pemburu melayu ker apa. Cuma ingin suatu yang coraknya agak universal dan berlainan sedikit dari rona biasa. Thats all.Nak bereksperimen sikit barang kali.huhu
  • 18) heee. tak apa. cuma bertanya.

    bacalah cerita-cerita Adra. dia pon banyak berfantasi seperti kamu

  • (Penulis)
    19) Thanks Syud
  • 20) btol.. terasa macam boleh bayangkan aelfric. suka karya2 imaginatif macam ni~

Cerpen-cerpen lain nukilan Magikkeni

Read all stories by Magikkeni