Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Koyak jugak?

 

Riji bangun dari duduknya yang panjang. Dari kerusi berbingkai besi berpelana kayu cengal berkerutu. Komputer peribadinya masih bernyawa menyala memancarkan foton-foton yang bisa membakar kornea mata anak kecil yang tidak bersedia.

”uuuuuiiiiighuuuurrrrrrrr!!!!”

Dia menggeliat. Bunyi erangan suaranya tak ubah macam nama puak di utara China yang sering ditindas pihak pemerintah.  Habis di letupkan semua sendi-sendinya. Sudah hampir 28 jam dia asyik terduduk di atas kerusi tersebut. Kalau orang biasa, pasti sudah diserang kematu di punggung. Paling tidak pun, mesti kebas-kebas lutut dan tumit. Tetapi tidak bagi Riji. Dia sudah terbiasa. Semasa dibangku sekolah, Riji pernah menjuarai pertandingan ”Duduk atas Kerusi Paling Lama”, sempena hari kantin sekolah. Dia masih simpan hadiah yang berupa sebuah ’Kerusi Malas’ mini yang bersalut emas palsu.

Ketika menggoyang-goyangkan pinggulnya untuk meregangkan otot badan yang sudah lama duduk, Riji tersentak. Tangan kanannya terasa sejuk! Tangan kanannya tersentuh kulit punggung kanannya!

”cilaka!! Koyak lagi! ”

Ini merupakan seluar yang ke-110 yang dipakainya koyak di bahagian  kanan punggung. Otak kirinya di bahagian serebelum di celah Girus Motor, di lapisan Pia maternya mula berkira-kira. Kenapa? Kenapa tiap-tiap kali mesti koyak di bahagian kanan? Nak mintak tolong anak pendekar Mustar jahitkan, tak boleh! Dia bukannya watak di dalam filem Pendekar Bujang Lapok!

Riji bingkas berlari seperti seekor ketam, mengiring-ngiring menutup lubang yang kian membenarkan angin mengipas daerah tersulitnya itu.

Dia berlari menuju ke bilik rehat pekerja di pejabatnya itu. Seusai dia menutup pintu bilik rehat yang bertanda ”Jangan Tidur” di belakangnya, Riji amat terkejut. Nyaris-nyaris dia tercarik bahagian lubang seluarnya yang koyak.

”eh! Paktam!, Caha!, Cornflique!, status!, Ben! Korang pun ada kat sini? Apahal?”

”yang kau pun masuk sini apasal pulak!”

Jawab Caha sambil mengunyah keropok lekor losong yang di belinya seminggu lalu sewaktu outstation di Terengganu.

”kau pun koyak jugak?”

Soalan Ben yang satu ini betul-betul meremangkan bulu tundun dan tengkuk Riji.

”biar betul?!! korang pun koyak jugak ke?”

Soalan Riji ini diselangi dengan bunyi kunyahan keropok lekor dari mulut Caha yang tak henti-henti bergerak.

Suasana senyap seketika. Masing-masing memandang ke arah punggung kanan sendiri yang terdedah di sapa bayu petang yang kering.

”aku ingat kita mesti bagitau kat bos la..”

Tiba-tiba Cornflique membuka mulut.

“ish! Tak nak la..malu la..”

Paktam pula berbisik. Bisikannya itu berbunyi bagaikan seorang suami yang mahu menggoda isterinya di kamar bulan madu.

”habis tu kita nak buat apa?”

Riji membentak!

”masuk ni dah 110 seluar aku koyak, semenjak kerja kat syarikat ni, tau tak!’

”aku dah 210!”

”aku baru 99”

Celahan Status dan Caha itu langsung tidak menurunkan suhu kemarahan Riji.

”korang tak pernah fikir ke? Pernah tak korang nampak pekerja pompuan kat sini koyak kat bahagian yang kita koyak?”

Tanya Riji dengan bersungguh-sungguh.

”ye ke? Mungkin diorang pun koyak, Cuma tak bagitau orang je.”

Teka Status sambil menggaru punggungnya yang semakin kesejukan.

”tak! Tak mungkin! Kalu ada yang koyak, aku mesti tahu punya....”

Caha dengan bangganya menempelak. Betul. Memang mustahil. Kalau ada seorang pekerja wanita yang tercarik seluar atau kain di pejabat yang Caha tidak perasan. Beliau seorang yang cermat, jika berkenaan dengan hal wanita.

”mesti ada konspirasi ni..”

”hmmmmmmmmmmmmmmm”

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) hmmmmmmmmmmmmm...
  • 2) encik Kularsawa, boleh saya gelak terbahak-bahak x? baca tajuk terus teringat dialog cikgu ros a.k.a anak pendekar mustar...haha..
  • 3) hahahahaha...sila jgn publish kasim baba seluar koyak! gagaga..adakah caha ..................................???? ohhhh aku keliru!
  • 4) ahahhahahah.......
  • 5) caha seluar koyak relax je baham keropok. kelakar aa cerita ni, terpaksa ku menahan hilai tawa memandangkan bos ada kat depan... kihkihkih...!!
  • 6) bunga raya budiman lu kuru.. kah kah kah
  • 7) dengan ini disahkan, hasil pemeriksaan terhadap kesemua pekerja wanita di pejabat ini didapati tiada seorang pun yang koyak. baik di luar mahupun di dalam........

    ehem!
  • 8) hmmmm....
  • 9) . ni lawak apakah? sluar korang cap ayem jantan ek? *xjantan langsung*

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa