Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Namaku Sikei
Namaku Sikei. Aku seorang gadis genit berwajah manis. Tapi kakiku berkudis. Jadi kalau kau sukakan aku, sila penuhkan dada dengan ilmu. Menggaru. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungei Besi dan aku pakai kasut putih bertali. Aku bercekak di rambut dan aku ada semput. Pergi sekolah aku pakai skirt labuh dan aku tak suka budak-budak kecoh. Dalam kelas aku darjah empat aku ada satu geng mengumpat. Hasnah, Maimon, Epul dan Siben kami masing-masing ada migraine. Bila cikgu masuk kelas kami paling malas kalau subjeknya ekonomi asas. Hasnah suka buat bunyi ‘panas’ kalau cikgu Johari masuk, dia kata kuat-kuat.. "mengannntuukkkkk~’.
Dalam banyak-banyak subjek, kami suka pendidikan seni yang diajar oleh cikgu Rijji. Cikgu Rijji selalu masuk bawa guli warna warni. Kadang-kadang dia bawa sebungkus meggi. Bila dia masuk kelas,kami semua jadi cergas, hilang malas . Dia masuk dengan cara melompat sambil pegang kertas berlipat.Lepas bagi salam, mata dia selalu pejam lalu dia letak kepala atas meja. Dia lena.Tapi lepas dia bagi chance kami bising sepuluh minit, dia pun bangkit.
‘Epul..! kasi beat one,two,one,two..!’
Epul terus ketuk meja dengan hujung tapak tangan dua-dua. Sambil berselang seli, jari-jarinya ketuk sekali. Dia pun buat bunyi macam ini.
‘Tum tak, tum,tum tum tak..! tum tak, tum tum tum tak..!
‘Sikei..! Muzik plizzz…~!’
Aku dan Maimon terus humming bila dapat signal. Kami mula sebut Hemmmmmm….~ lal lal lal lal..~. Bila cikgu Rijji dah berdiri semua kawan-kawan buat bunyi . Tipah, Jenab, dan Murugan buat sound macam organ. Mereka bagi kord B flet sambil buat mata macam sepet. Bila dia orang tukar F sharp, Siben terus masuk bunyi Harp.
‘Trengteneng neng neng, treng teneng neng.~ treennnnnggg!!~’
‘Tum tak, tum tum tum tak..tum tak, tum tum tum tak..’ beat Epul.
‘Jennn,jennn,jenn..jennnn..jejejeennnnn..jejejeennnn…~’ bunyi organ.
‘Tininiuu..tini niuuuu..tini niuuuu…~~~ ‘ aku buat efek. Dengan mata pakai spek, cikgu Rijji pakai cap dan terus rap :
Hey..anak muridku yang genius, aku suka bila korang serius,terus…! buat bunyi bagus, buang hingus, meleleh-leleh kau ambil tisu kau lap, kau tak pernah silap, bila aku suruh kau gilap ilmu di kepala kau tak menguap, walau datang asap lori bas pagi-pagi kau cergas, makan sarapan walau tak sempat, kau ligat berfikir tak nak dapat nombor last. Heh..!
‘Tum tak, tum tum tum tak..!
Hey..aku bukan tak nak ajar korang seni, tapi aku rasa lebih baik menyanyi, sebab korang memang suka buat bunyi, bising bising macam lebah hurung air buah, aku pasrah. Datang sekolah parking kereta aku selamba, langgar pasu bunga depan kelas lima tembikai aku sampai. Masuk kelas korang riang, main konda kondi dengan galah panjang, sorang depan sepuluh belakang, baling selipar pun korang sempat rancang. Kadang-kadang aku tengok korang main polis sentry aku dengki bila aku tak dapat join sekali. Cis..! sungguh keju ..! korang buat aku berbulu dekat mata, telinga dan ‘situ situ’, sebab itu aku masuk kelas aku tidur dulu..! hantuu..!
‘Tininiuu…tininiuu…tini niuuu…~’
Hey..anak muridku yang nakal-nakal, aku bukan nak ajar korang jadi bebal, tapi nak ajar korang jadi pandai, esok besar kalau tak jadi pegawai at least tak jadi pencacai, macam wak misai yang tolong cina dekat kedai. Cuba korang jangan belajar main-main, jangan bagi cikgu naik angin, kang tak pasal-pasal kasut terbang kena tepat dahi korang, siapa jugak yang salah kalau tak aku jugak kena 'ceramah', dengan guru besar dan korang punya abah..? cuba la bawa berubah.
‘Jennn,jennn,jenn..jennnn..jejejeennnnn..jejejeennnn…~
Hey..anak muridku yang buas buas, sebelum cikgu masuk kelas cuba korang kemas kemas kelas yang korang kasi sepah. Penyapu-penyapu yang korang kasi patah akibat main pedang pedang berlakon zaman perang, cuba korang buang dengan semua kertas komot bekas korang buat bot dengan jet jet yang korang lipat-lipat. Sebelum cikgu sebat dan hayun kerusi meja cuba korang bawa membaca. Kalau kerja rumah dah siap cuba lah bawa bawa revise kejap apa yang cikgu dah ajar. Kalau tak kimia, at least ilmu hisab. Heh..!
‘Trengteneng neng neng, treng teneng neng.~ treennnnnggg!!~’
Hey..anak muridku yang tak dengar kata, korang kalau bab buat muzik memang mengada-ngada. Sorang buat beat, tiga orang terus tahu masuk pitch segala, boleh tak korang macam ni semangat, bila cikgu ajar duduk tempat, masing-masing buka buku tunggu cikgu baik-baik. Ini pelik, siap boleh gelek-gelek masa cikgu ajar depan, buat perangai macam setan tan tan!. Haishhh…!
‘Tum tak, tum tum tum tak..!
Sebelum korang jadi bodoh, sebelum cikgu tak larat nak suruh, bawa-bawa lah sedar yang korang tu kena rajin belajar, bukan nak bagi korang stress tapi in this case korang kena test. Buat yang terbaik melentik, kalau tak boleh matematik , cuba fizik. Kalau adddmath korang boleh score memang cikgu tabik sampai masuk kubur. Cikgu follow , wo..wo..!
Tishhhh..!! Maimon buat efek crash.
Cikgu Rijji selalu akan berhenti bila dia tengok aku lari key. Dia angkat tangan tinggi-tinggi suruh kami berhenti buat bunyi. Kemudian baru dia akan mula mengajar.
Namaku Sikei. Aku suka cikgu Rijji.
p/s :gambar ni aku curik dari google. dan cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup, yang telah mati, atau yang telah menjadi member kapasitor.net. :)
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen EksperimentalCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) aku mengarut lagi..haha
- Rizzy
- 14 years ago
-
2) ceh...tgk tajuk die kat live feed dah menarik i utk baca sampai abis da......
hi, saya Sikei....- Kekasih
- 14 years ago
-
3) hahaha!
gila lambat aku tangkap sikei tu apa. kenapa la aku terbayang sarikei dari tadi.- cahatomic
- 14 years ago
-
4) hah, silakan buat lagu menggunakan lirik ini
- rebelliben
- 14 years ago
-
5) baca cite cikgu music gile2 ni teringat kat JAck Black dalam School Of Rock..hehehe
- LunaLuni
- 14 years ago
-
6) hehehe... kaedah mengajar baru yang boleh dipraktikkan ni.
- ridhrohzai
- 14 years ago
-
7) ni cite GLEE version cekgu rijji ek?
- syud
- 14 years ago
-
8) wah.. GLEE sungguh! sukaaa
- pinkyunki
- 14 years ago
-
9) hahahahahahahahaha habahabahbhbhabhabdhabd jfpjewfh;ihfkhafs abhkjdb hl97qw(&$%&^*&^)&( hhahahahahahah
kah kah kah kepalakotakkau- zInggOf
- 14 years ago
-
10) sabar apun.....sabar....keh3...
- Kekasih
- 14 years ago
-
11) Hm d paksa bc oleh adk ku:-D
- cancer
- 14 years ago
-
12) mana ade paksaan..
- Kekasih
- 14 years ago