Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisah Hati Terluka - Produser

 

Anthony Jackson, seorang produser terkenal abad ini. Beliau cukup terkenal dengan kebolehannya dalam melahirkan penyanyi wanita berkumpulan yang menjadi kegilaan ramai peminat. Pada hari ini, beliau akan menghadiri jemputan sesi temuramah bersama wartawan dari majalah Weekly Entertainment.

Wartawan: Apa khabar Tuan Anthony? Terima kasih kerana sudi hadir ke sesi temuramah untuk majalah kami, Weekly Entertainment.

Anthony: Oh khabar baik! Sama-sama. Temuramah ini juga merupakan satu penghargaan buat saya. Ianya seperti satu pengiktirafan terhadap usaha saya selama ini.

Wartawan: Baiklah, tanpa membuang masa lagi, mari mulakan sesi temuramah kita. Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah atas pencapaian penyanyi wanita berkumpulan milik syarikat tuan, Girls' Heart, yang mendapat Anugerah Platinum untuk penjualan album baru-baru ini.

Anthony: Oh terima kasih banyak-banyak atas ucapan tahniah itu. Gembira saya mendengarnya.

Wartawan: Semestinya. Haha. Baiklah, seperti yang tuan sedia maklum, Weekly Entertainment menjemput tuan pada minggu ini sempena Hari Kekasih. Jadi soalan yang bakal diajukan kepada tuan dalam temuramah ini pastinya menyentuh tentang isu-isu percintaan atau jodoh, dan pastinya ia adalah sesuatu yang berkaitan dengan tuan. Saya rasa tuan tidak keberatan untuk berbicara tentangnya, bukan?

Anthony: Isu-isu percintaan atau jodoh? Hahahaha. Saya tak sangka saya dijemput untuk ditemuramah demi isu-isu seperti ini. Tapi tak apa, saya tak keberatan untuk membicarakan tentangnya. Ajukan saja soalan. Saya akan cuba jawab apa yang saya mampu jawab.

Wartawan: Baiklah. Semua orang tahu yang tuan baru saja menyambut Hari Lahir ke-35 bulan lepas. 5 tahun saja lagi, usia tuan akan menjangkau 40-an. Jadi, bilakah masanya tuan akan menamatkan zaman bujang?

Anthony: Hahahaha... Bagus soalan ini. Jawapan saya mudah saja. Saya akan menamatkan zaman bujang apabila sampai masanya. Saya akan berkahwin apabila saya menjumpai orang yang betul, dan pada waktu yang betul.

Wartawan: Maksudnya? Gadis-gadis di luar sana tiada yang menepati citarasa tuan setakat ini?

Anthony: Oh kalau nak bercakap tentang citarasa, saya tak nafikan yang saya cenderung kepada gadis yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Sebagai contoh, saya sukakan gadis yang kelihatan comel berbanding dengan gadis yang kelihatan seksi atau elegan. Saya lebih sukakan gadis yang berambut lurus dan mempunyai ketinggian dan saiz tubuh yang lebih kecil daripada saya. Saya tak kisah tentang warna kulit dan saya boleh terima orang yang sama umur, 5 tahun lebih tua atau 10 tahun lebih muda daripada saya. Tapi walau apapun citarasa saya, yang penting, saya sukakan dirinya. Saya jatuh cinta padanya. Perasaan cinta padanya itulah yang paling penting. Dengan adanya perasaan cinta, saya boleh mengabaikan kriteria-kriteria yang saya perkatakan tadi. Saya bukannya tak pernah jatuh cinta dengan bermacam-macam jenis orang. Dari kurus kepada gemuk. Dari tinggi kepada rendah. Dari kulit gelap kepada kulit cerah. Semua ada. Cuma mereka saja yang tidak menerima saya.

Wartawan: Eh? Ada juga gadis yang tidak menerima tuan sebagai temannya?

Anthony: Eh ada! Apa pula tiada... Mereka pun ada citarasa tersendiri dan mereka ada hak untuk memilih. Jangan salahkan mereka. Saya pun sedar siapa diri saya dan saya anggap ianya belum rezeki saya untuk mempunyai seorang teman istimewa. Lebih-lebih lagi saya pada masa dahulu adalah seorang yang tidak berguna dan tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada orang yang saya cintai. Jadi apa yang saya boleh buat untuk membuktikan cinta saya? Tiada. Jadi tak hairanlah mereka menolak saya...

Wartawan: Begitu rupanya... Tapi kan sekarang ini tuan sudah mempunyai segala-galanya? Tuan sudah punyai kerjaya dan wang. Jadi sepatutnya tiada masalah untuk tuan mendapatkan seorang gadis sebagai teman hidup.

Anthony: Itu betul. Namun begitu, saya tiada kelapangan untuk mencari cinta buat masa ini. Kamu tahu sajalah betapa sibuknya saya menguruskan syarikat artis milik saya tu. Berbeza betul dengan masa saya belajar dulu. Pada masa itu saya beria-ia mencari cinta tapi semuanya tak kesampaian. Semua gadis yang saya suka pada masa itu semuanya mementingkan pelajaran. Tumpukan perhatian pada pelajaran dan belajar sampai habis, barulah boleh bercinta. Lihatlah betapa bagusnya mereka dan betapa teruknya saya pada masa itu. Haha. Tapi itulah. Buat masa ini, saya tiada masa untuk bercinta. Hidup saya terlalu sibuk untuk kerjaya. Dahulu, saya ada banyak masa lapang untuk cinta. Tapi sekarang tidak lagi begitu. Huhu.

Wartawan: Kalau dah macam tu, apa boleh buat kan... Jadi apa pandangan tuan terhadap pasangan-pasangan bercinta di luar sana? Tuan tak cemburukan mereka?

Anthony: Cemburu? Oh tidak... Saya takkan cemburu terhadap mereka. Malah saya mengagumi mereka! Kehidupan percintaan mereka sentiasa menjadi motivasi dan inspirasi kepada saya dalam mencari kebahagiaan sebenar saya. Atas sebab itu jugalah saya tak suka melihat mahupun mendengar kes-kes pasangan yang percintaan mereka terputus di tengah jalan. Dan saya tak suka juga melihat pasangan yang menyembunyikan status perhubungan mereka. Saya rasa mereka patut umumkannya.

Wartawan: Hmm menarik pandangan tuan tu. Dengan hanya beberapa soalan, saya rasa berpuas hati dengan hasil temuramah ini. Lagipun, masa sememangnya mencemburui kita. Boleh tuan berikan sepatah dua kata terakhir sebagai penamat temuramah ini?

Anthony: Kepada pasangan bercinta di luar sana, saya doakan kebahagiaan untuk anda semua. Jaga hubungan anda supaya tidak terputus di tengah jalan kerana kehidupan cinta anda adalah suatu motivasi dan inspirasi dalam mencari kebahagiaan sebenar saya. Itu saja. Dan juga jangan lupa dapatkan album terbaru Girls' Heart sempena Hari Kekasih ini. Haha.

Wartawan: Hehehe. Pandai tuan ambil kesempatan mempromosikan album terbaru. Baiklah, saya mewakili pihak Weekly Entertainment mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan menghadiri sesi temuramah kali ini.

Anthony: Sama-sama dan selamat maju jaya demi industri hiburan kita semua.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahahaaha..mcm blog la pulak..artikel. neway nice la. huhu
  • 2) teringat karangan temuramah masa kat sekolah dulu2
  • 3) hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
    ok.

    eh kejap ni real life ke, cerpen remaja ke, cerpen nasihat ke. hihi okeh. macam confuse kejap. tak dapat rasa konflik yang kuat dalam cerita ni.

    apapun tulisan yang kemas!
  • 4) saya berminatlah dengan encik anthony. masih bujang bukan? HAHAHA
  • 5) kita sependapat kamalia. saya abaikan struktur tetapi saya ambil berat mesej yang disampaikan.

    setuju dengan caha, tulisan dan penyampaiannya kemas.

    sepertinya ini adalah satu babak di dalam cerita yang panjang.

  • (Penulis)
    6) Bila saya lihat semula hasil tulisan ni, ya, saya lihat strukturnya memang salah. Saya ingatkan saya boleh menganggapnya sebagai sebuah cerpen, namun sebenarnya ia hanyalah satu dialog perbualan. Saya terlalu fokus kepada mesej sehingga mengabaikan struktur yang betul untuk sesebuah cerpen. Dan disebabkan ianya melibatkan dialog antara si penemuramah dan Anthony, jadi memang tiada konflik di situ. Konflik dalam diri Anthony, mungkin ada tapi ya, saya tak menguatkan konflik tersebut barangkali. Karya saya ni pada asalnya disiarkan di blog, kemudian barulah saya siarkan di Kapasitor. Saya nampak betapa pembaca di Kapasitor begitu prihatin terhadap struktur cerpen. Jadi, saya berterima kasih untuk segala komen dan kritikan anda semua. Saya akan memperbaiki penulisan saya. =)

Cerpen-cerpen lain nukilan acsonrobin

Read all stories by acsonrobin